THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Tuesday, 20 March 2012

SOFT BANANA CAKE

Assalamualaikum...


Bertemu sekali lagi..apa khabar semua pemgunjung pengunjung blog hanimmdzain..hari ni berN3 malam -malam la pulak..actualy nak masukkan entri ni pagi tadi..dek kerana bos dok melekat kat office banyak le masalah nak di bincangkan..


Ok ..nak melancong dahpun ...settle ..so back to normal la ya...kalau la boleh nak jalan hari hari syokkan... kalau tak yah kerja...melancong je...tengok tempat orang...apakan daya..tak termampu la pulak...


Selepas puas kembara..jom kita jenguk dapur  pulak...apa resepi kali ni...


Hari ni nak kongsi satu lagi resepi kek yang memang best sangat Soft Banana Cake..rasanya yang sangat gebus...nak baking pun amatle senang..semua boleh buat pakat campak je.


Jom kita tengok bahan-bahanya..




2 cawan tepung kek
6 biji telur
1 cwn pisang emas yg di lecek halus(pisang apa pun boleh)
1 cawan gula halus
1sdk soda bicarbonat
1sdk esen pisang
1 1/2 cwn margerin
200ml susu segar
1 sdk garam


1. Pukul gula dan margerin hingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen pisang
4. Campurkan tepung kek dan soda.., garam masukkan sikit sikit dalam adunan telur tadi.
5. Campurkan susu kedlm adunan kek.kacau sebati.
6. Campur pisang emas yg di lecek tadi kacau sebati
7. Tuang dlm acuan yg di leser dgn sedikit margerin dan bakar selama 30minit suhu 170C.







Sila lah mencubanya ya...


Kemumu di tengah pekan          
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
   Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu 
   Bagai rumah tidak berdinding







Monday, 19 March 2012

BESTNYA CUTI CUTI KE KRABI ISLAND THAILAND..day 2

Masih lagi di Aou nang Krabi Island...kalau nak ikutkan gambar yang diambil beratus ratus keping masakan semua tempat tempat di sini menarik dan cantik.. kalau nak letak semuanya dalam blog ni alamat jam le internet ni nak loading ..so..saya pilih pilih aja gambar yg ada.. ya...kalau nak lebih lagi kena le datang berkunjung ke sini..gerenti berbaloi..




Berposing di center of this Island..sebelum berangkat pulang tengahari ...percutian di sini memang best..setiap negara yang kita lawati akan ada pelbagai keistimewa tersendiri..bak kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan..insyallah kami akan ke sini lagi..yang pastinya akan terus berkunjung ke Phuket..

So end of day one..kami bertolak balik pada pikul 1tengahari 17hb March 2012..perjalanan di teruskan ke Hatyai city of south Thailand...


Selepas menempuh perjalanan selama 4 jam dari Krabi Town kami sampai ke bandar Hat Yai pada jam lebih kurang 5.30 petang..Bandar Hat Yai agak sibuk dengan kenderaan ..so tujuan kami ke sini hanya nak melihat Floating Market yang baru di buka... ala ala Bangkok River...jom kita lihat apa pulak cerita di sana...




FLOATING MARKET AT HAT YAI , THAILAND



Floating market satu lagi tempat tumpuan pelancong ke sini ...baru aja di  buka di bandar Hat Yai ini.. yang istimewa kebanyakkan peniaga adalah perempuan yang membuka gerai di atas sampan- sampan..unik juga..segala mak nenek juadah ada di jual ..boleh di katakan kesemua bertanda halal..dan mereka juga fasih berbahasa melayu..jom kita layan gambar-gambar yang di snap  oleh Mr Hubby..


Ramainya manusia...

 

Yang ni best dan unik..beli Oren juice or air kelapa dapat bekas air yang unik pilih aja..bentuk jar..hello kitte..coke..doremon dlln..harga THB25 ..RM2.50..murah kan..kreatif..

Ambik kau..nak jagung rebus colour apa semua ada..purple..mix purple n yellow...

Potato spring..best gak..THB2 ..RM2.00 le

Sea food...

 
Aiman pilih yang ni bekas air dalam buluh...

 
jagung rebus yang di rebus dengan daun pandan..

 

Nasi Arab THB25..murah boleh le tahan..

 
Penghibur jalanan ada ayam ..kura kura...

 
Cara bayar peniaga menghulurkan raga..kita masukkan duit aja...

 
Yang ni tiram yang di masak dalam acuan..agak agak adunan nya macam telur di campur dengan santan atau susu..not bad...THB20

 
Pemandangan dari jauh..air sungai tu tak berapa clear...macam air nescafe..

 
Yang ni cantik...agar agar pelbagai bentuk...

 
Me and my two lovely son and daughter..both of them memang ikut minat yang sama macam me and my hubby..tak pernah mengeluh walau jauh perjalanan..usia mereka masih muda..tapi dah jauh perjalanan mereka ..so dah habis cerita untuk kali ini..ada yang tanya kemana pulak kembara kami...tunggu ya ..




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...