THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Sunday 30 December 2012

OREN POPPY SEED MUFFIN and Mama Birthday



Bertemu sekali lagi....kalau di ikutkan minggu ni adalah minggu yang paling sibuk..anak anak dah nak mula bersekolah persiapan perlu di sempurnakan..berlari lah ibu bapa sekejap kedai Bata..sekejap kat kedai buku sekolah..bak kat penuhlah kedai kedai peralatan sekolah ...semuanya nak baru...hemmm....poket pun dah mula susut...

Hari ni sempatlah menyelesaikan beberapa tugasan yang tertanggung...kain setinggi gunung kinabalu selesai...gunting rambut anak dara tu pun selesai..kemas peti ais..beres...beli barang dapur pun siap...emmm ...apa lagi..buku sekolah anak anak pun tip top tunggu nak p sekolah aja..wah...best sangat bila semua keja beres...

Hari ni nak kongsi jamuan ringkas bersama ibu dan adik adik tersayang pada sabtu lepas..ceritanya anak dara sorang tu nak buat surprise party utk mama yg sambut birthday 15 disember lepas malangnya mama kena turun KL atas urusan kerja maka tarik muka 14 si anak dara tu..so nak menunjukan betapa terujanya mama bila dapat kek dari anak dara sorang tu..ni..la yang berlaku..
jom layan menu menu ringkas utk mama..

p/s for the first time dapat kek dari my angel..anak dara dah besar..thank you dear....



Oren Poppy Seed Muffin nie resepi baru yang di cuba..not bad...terasa orennya..nanti saya add kan resepinya ya...


 surprise kek....tersangat la sedapnya...


 Laksa Utara



Coklat Tiramisu dan Makaroni Goreng

Friday 28 December 2012

CREPE with PANDAN FILLING


Assalamualaikum..

Salam Jumaat penghulu segala hari...sepuluh jari disusun memohon maaf kerana lama sangat diri ni menyepi dek kerana kesibukkan kerja..

Selesai sudah percutian kami sekeluarga 2012..emm hope to share wt u all nanti ya..tinggal lagi  3 hari 2012 akan meninggalkan kita...Harapan biarlah 2013 yang bakal datang nanti akan lebih menceriakan..

Ok..bagi menghilangkan rindu ..jom kongsi Crepe with Pandan Filling..rasanya tak payah la nak kongsi resepi sal semua dah pandai buat..dek kerana demam crepe nie kan..




Jumpa lagi nanti ya... salam sayang buat semua pengunjung pengunjung hanimmdzain...


DAAAAAAAAAAAAAA

Thursday 6 December 2012

NEW YORK CHEESE CAKE


Assalamualaikum..salam sejahtera

Selamat bertemu kembali..semoga hari ni lebih ceria dari semalam..ya...

Buat hubby selamat mengembara Cross Border Thailand -Loas- Cambodia-Vietnam bersama rakan rakan riders..bermula semalam 5 hb hingga 15hb Disember.Semoga dirahmati sentiasa di dalam perjalanan nanti ..love u always..enjoy ride..ya..jangan lupa hadiahnya nanti ye...

Hari ni nak terus ke hidangan yang cukup istimewa..permintaan my sweet heart Alyssa yang nak sangat mama buat kan..hari hari dok tanya..New York Cheese Cake..

Cake yang sedap ..mewah dengan rasa cheesenya..yang seronoknya punya la senang sangat nak buatnya..Kalau kat secret receipi ni boleh tahan harganya.




NEW YORK CHEESE CAKE

500gm philladephia cheese( 2 ketul)
3 biji telur
1cwn gula castor
1sdb parutan kulit oren/lemon
1sdb lemon juice

Biscuit Oreo
1/2 cwn Butter di cairkan ( utk kulit atau crustnya ya )

Hancurkan biskut dicampurkan dengan butter cair..masukkan ke dalam loyang. sejukkan dlm peti ais selama 20minit.

Putar cheese dan gula hingga lembut dan gebus. masukkan parutan kulit oren/lemon dan juice nya. gaul sebati.Masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga gebu.Masukkan ke dalam crust tadi dan bakar selama 1 jam.

Setelah siap dibakar sejukkan kedlm peti ais semalam.

Siap .


Bagi peminat peminat cheese..tunggu apa lagi..

Selamat mencuba...Jumpa Lagi.

Sunday 2 December 2012

KARIPAP PUSING


Bertemu lagi....semoga rakan rakan di luar sana berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Jutaan terimakasih yang tidak terhingga bagi rakan rakan yang sudi mengintai dapur saya yang tidak seberapa ini..terimakasih juga bagi yang sudi berkongsi idea idea dan resepi resepi yang cukup istimewa...bagi saya yang baru berjinak jinak dlm blog dan juga masakkan ni..tunjuk ajar dari senior amat dinantikan.


Bila membaca blog kekawan yang mencuba resepi baru..diri ni dah tak boleh duduk diam lebih lebih lagi resepi resepi yang begitu dramatik..macam lah hidangan saya hari ni..Karipap Pusing...tak termimpi boleh buat sendiri..memang tak pandai langsung nak buat ni..kalau karipap biasa tu ok la..tapi yang ni yang berpusing pusing memang tak reti nak buat..


Terimakasih kepada rakan blogger Cahaya Shiela SPICES JOURNEY DISINI yang sudi berkongsi step by step ..semoga perkongsian ni diberi ganjaran dariNYA..mohon dipanjangkan disini untuk yg baru utk mencubanya.




 

 

Pusing jangan tak pusing....meletup............... 



Memang rangup..sedap...bestnyaaaaaaaaaaa...menjadi sebiji dua biji and dapat 24 biji..TerimaKasih Cifu


 

KARIPAP PUSING

A.

1 cwn tepung gandum

2sdb margerin
2sdb shortening
1/4 air + 1sdk garam(gaul semuanya uli dan bahagi 4 bahagian)

B.


2 cwn tepung gandum

1/2 cawan minyak panas
secubit garam
1/2 cawan air sejuk.

( gaul semuanya uli dan bahagi 4 bahagian)

INTI..ikut suka ya ..macam buat inti karipap inti daging /ayam/sardin..masak biar kering sedikit ya.



1.  Ambil 1 bahagian B..canai nipis kemudian masukkan A.di tengah        tengah bulatkan  macam sebiji bola ..ketepikan.

2. Ambil sebiji doh tadi canai lagi nipis kemudian gulung dan direhatkan 10 minit.


3. Potong kepada 6 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai nipis untuk membentuk sebiji karipap..masukkan inti dan klim tepi.


4. Buat sampai habis..adunan ni kita akan dapat 24 biji.


5.  Goreng dengan minyak panas. Kekuningan bolehlah diangkat.


Untuk pembelajaran yang lebih tepat boleh lah merujuk kepada link Cahaya Shiela ya..


Jangan lupa mencuba..mesti tidak menghampakan.


TERBAIKKKKK



Saturday 1 December 2012

DURIAN CREPE....


Assalamualaikum ...Selamat berhujung minggu..yang sedang bercuti bersama keluarga tu enjoy the time dengan anak anak ya...

Yang kan rumah macam saya nie ..selamat beristirehat..sedang buat apa tu...mungkin ada yang tengah sibuk dengan hidangan makan petang hari nie...

Fenomena Crepe sedang melanda dikalangan blogge blogger sekarang nie..tak terkecuali saya disini..bila tengok gambar yg dipost kekawang teringin pulak nak merasanya..semuanya cantik cantik dengan pelbagai intinya..rata rata semuanya kata sedap..so tercabar la diri nie nak cuba..so..ni ha..hasilnya...






Memang benar ...rasanya memang sedap...tersangatlah ..ruginya  kalau belum  mencuba...


Pelbagai resepi yang dapat kita baca di kalangan kawan kawan blogger...boleh lah cuba mengikut kesesuaian..

Yang pasti memang meletup...............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...