THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday 15 August 2012

BISKUT SEMPRIT PELANGI


Assalamualaikum...jumpa lagi ya..

Hari nie dah 26 ramadhan..kejap betul masa berlalu..macammana persiapan raya..dah berapa jenis biskut?...wah mesti meriah nanti balang balang biskut dgn pelbagai rasa..nie belum masuk kek lagi..boleh melentur meja nanti sal berat dgn makanan..ya la mana meriahnya raya kalau tak dihidangkan biskut ..kek dan macam macam makanan..utk tetamu..

Kalau di tanya raya..rasanya 1syawal la yang paling bermakna..kalau diikutkan hati dah tawar rasanya nak sambut raya bermula dari raya terakhir bersama Along 2007 ..apatah lagi bila dengar aja takbir ..runtuh hati nie di kuat kan semangat nie bila ingat kesian Aiman dan Scha yg masih mentah nak faham perasaan mama dan abah..

Ok ok ...jgn sedih sedih kan...Jom kongsi biskut raya nie..Semprit Pelangi mudah..senang dan sedap..jutaan terimakasih utk resepi nie siapa lagi kalau bukan Sifu No1 kita ita masam manis..mohon di kongsi bersama ya..


BISKUT SEMPRIT PELANGI
dari Ita masam manis



250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur 
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard 
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka

Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka

Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang 
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

* jika nak buat yang pelangi, masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan, jika guna acuan semprit yang tekan guna jari 

Selamat Menyambut AidilFitri 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...