Assalamualaikum
Krabi Island adalah idaman setiap pengemar percutian di pulau pulau..deretan pulau yang cantik..penuh dengan aktiviti snorkling..heavy adventure...berenang ke dasar laut..dan lawatan ke pulau pulau kecil..Dari Krabi Town ..kita boleh menruskan perjalan selama 2jam lagi ke Phuket.
Bercutian kami bermula pada 16hb March 2012 Jumaat ..9.30 pagi perjalanan sejauh 900km memang begitu mengasyikan dengan pemandangan perkampungan begitu bersih . Perjalan menempuhi beberapa bandar di mulai dari Imigeresen Bukit Kayu Hitam ..dan juga pemeriksaan kastam Thailand menuju ke pekan Sadao dan ...melalui tepian bandar Hatyai...ke Phatallong..sebuah bandar kecil..mengunakan jalan highway....dari Phatallong kami meneruskan perjalanan ke Trang sebuah lagi bandar kecil...singgah sebentar di petrol stesyen bagi mengisi minyak..boleh dikatakan setiap bilik air yang di sediakan sepanjang perjalanan kami amatlah bersih dan selesa.
Dari Trang kami meneruskan perjalanan ke Krabi..dan sampai ke Krabi Town dalam pukul 3 petang..waktu Thailand lewat sejam dari waktu Malaysia..Dari Krabi Town kami meneruskan lagi perjalan sejauh 14km ke Aou Nang yang terkenal dengan pantainya yang begitu sibuk dan happening di waktu malam..
Sebelum ke Pantai Aou nang kami sempat singgah sebentar mengisi perut..di sini tidak susah nak mendapatkan makanan Halal kerana dimana terdapat masjid adalah restoran makanan halal..Masjid boleh dilihat di sepanjang perjalanan kita ke Krabi.
Hasana Palace tempat penginapan kami yang begitu bersih dan selesa.Hotel ni baru sahaja di buka..dengan hanya RM120 semalam.bersama extra bed .memang begitu berbaloi.
Krabi Island di kelilingi dengan deretan pulau pulau yang begitu cantik sekali...
Selepas berehat dan solat..kami mula meneroka di sepanjang bandar Aou nang..
Jom kongsi photo photo percutian ini..
Tut tut atau pun teksi..banyak di sediakan di pulau peranginan ni pilih aja mana yang suka..Dengan charge THB5..atau RM5 kita dah boleh pusing pusing ke deretan kedai kedai di sepanjang pantai.
Tut tut yang mengunakan motosikal pun ada..
Gerai gerai yang menjual perbagai makanan..penkek pisang...ehmmm menarik juga..
Model model sedang ber posing..
Deretan kedai kedai..cantik..bersih sangat.........Mat mat saleh and minah minah saleh punya lah ramai..macam dok kat London pun ada...
Ada berani!!!!!!!
Sesat jalan..no problem banyak tourist kiosk di sediakan...
Rasa lapar singgah aja di gerai muslim...Sea food banyak sangat....
Ni memang best..fresh fruit shake..apple ada..pisang..tembikai..carrot..banyak lagi ..pilih aja harga THB20..RM2.00
Nenas madu..memang manis..jangan lupa mencuba bila datang di sini..ya THB5 ..5kupang aja sebiji..
Terimakasih my lv ...penat bawa kereta kan..jauh perjalanan kami..tapi minat kami sekeluarga yang sukakan adventure dan melihat negara orang membawa kami ke sini..
Lepak lepak kejap kat tepi pantai...ok..will continue to day 2..banyak lagi gambar gambar nak di kongsi...tungguuuuuuuuuuuuu.........................................................................