THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 6 February 2013

CORNFLAKES MADU


Assalamualaikum..

Kenapa hari ni terasa begitu letih sekali mungkin cuaca panas dua tiga hari ni kan..jemur kain pun sat ja dah kering..pokok bunga kat luar rumah tu kena la jurus dua tiga kali ...kita yg dok dalam rumah ni kerja minum tak henti henti sat sirap..sat..ais kosong..

Cornflakes Madu permintaan my anak dara..yang berkenan la sangat...siap tunggu tepi dapur tunggu bila boleh makan...bukan lah susah sangat nak buat..penyakit malas nak duduk tepi oven tu yang buat tertangguh..tangguh...



So simple nak buat butter yang dicairkan bersama madu dan sedikit gula halus dan juga 1sdk vanilla...semuanya cair..masukkan cornflakes gaul sebati..masukkan kedalam cup dan bakar selama 10.15 minit dgn suhu 150..tabur sedikit coklat rice..



Sunday, 3 February 2013

KEK KUKUS ASAM MANIS


Sudah menjadi kemestian..bila ja off..mesti nak  baking kek..dah ketagih sangat nak makan kek...maka terhasillah kek ni..

ari tu masa jalan jalan bolg sifu Ita Masam Manis ternampak resepi ni..mudah sangat nak buat kebetulan my hubby suka sangat makan asam ni..sentiasa ada kat rumah..so apa lagi dok tungu ari nak cuba..minta sharekan resepi ni di sini pulak ya Ita...terimakasih kerana sudi berkongsi resepi resepi yang cukup mavelous....

Jom baking...





KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 

Selamat mencubanya ya...tersangat la sedapnya..lembut aja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...