THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Sunday, 3 June 2012

SERAWA LABU DAN JAGUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Selamat malam semua..aik..malam malam baru mengupdated blog..hari ni tuan tanah agak buzy sikit..menyelesaikan kerja kerja rumah yang tertangguh..bila semuanya dah beres ha...bolehlah mengadap lappy dgn amannya.  Bagaimana hari anda semua..mesti semua rakan rakan sibuk memenuhi undangan majlis perkhawinan yg banyak kan..nampak gaya dapur tak berasap la dua tiga hari ni ye..


Petang tadi mesi mengosongkan peti sejuk..so terjumpa sebelah labu ..so memang beberapa hari ni teringat nak makan serawa pisang so..dah ada labu..belasah aja le..Ada sesiapa rakan rakan yang tak biasa dengar istilah SERAWA dak..serawa tu sama maksud BUBUR..orang sebelah utara ni lebih terkenal dgn istilah serawa..


Ok Jom semak resepi ringkas nie..




SERAWA LABU DAN JAGUNG


Labu agak agak sebelah- dipotong dadu
1 tongkol jagung
200ml santan 
1 tin susu cair
2sdb sagu
2sdb gula ( ikut suka ya nak manis atau kurang)
secubit garam
sehelai daun pandan


Mula mula rebus labu  agak agak lembut masukkan jagung..dlm 5 minit masukkan santan dan susu cair.letak daun pandan.masak lagi 5 minit..masukkan gula dan garam..masak lagi 5 minit..didih aja serawa terus tutup api..


Dah boleh dihidangkan panas atau sejuk..sedap juga dicicah dgn roti bengali atau roti 4 segi..


Selamat mencuba ya...


Jumpa lagi..Bye...................

Friday, 1 June 2012

PUDING STRAWBERRY YOGURT CHOCOLATE RICE


Salam Jumaat yang barakah ini..doa dipanjatkan agar hari ni yang bakal di lalui di penuhi dgn rahmat dan di permudahkan...Apa khabar rakan rakan pembaca semua..harap semuanya dalam keadaan sihat ceria selalu. Hari ni dah kembali bertugas..best sangat bila dapat duduk dalam office..ini ha...bila dah cuti panjang rindu la pulak kat office..

Mesti masih yang ramai sedang menghabiskan cuti sekolah ni dgn anak anak kan..best tau bila dapat duduk sembang sembang dgn anak anak..Ok..cuti dah habis..so jom kita continue dgn agenda masak memasak..rindu tau bila lama tak membaking dan bergaduh dgn periuk belanga nie..



Hari nie nak share satu resepi pencuci mulut..best sangat sejuk lemak manis ..Haaa rama rama jangan lupa ada sapa sapa yang berkenan..nak tau sila komen nanti kite jawapkan..cantik tau..Jom kita semak resepi yang ringkas nie..

PUDING STRAWBERRY YOGURT CHOCOLATE RICE

1 tin susu cair
1/2 cawan yogurt perasa vanilla
1 bungkus serbuk dadih perasa strawberry
1cwn gula halus
2 cawan air

Chocolate rice dan buah strawberry untuk hiasan.

Didih air ..masukkan gula..masak lagi hingga gula hancur..masukkan 1 tin susu cair dan yogurt.kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan yang di sukai...Beku di dalam peti sejuk dan hias dengan bah strawberry dan chocolate rice.Sedap di makan sejuk..

Senangkan..nak tahu macammana rasanya mesti kena cuba..:))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...