THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Thursday, 17 May 2012

APAM PUTRI AYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Dah hari Khamis...kejap aja ya..Apa khabar pagi ni..masih sejuk ke...sejuk tu malas le nak keja hari ni..ka??


Ya la kadang kadang hari segan sedunia tu datang le sekali sekala..apa nak buat kata cerita Labu dan Labi.." Selagi mata belum pejam keja keja keja....."...


Dah sarapan ka..atau masih dok tercari cari kawan nak ajak pi breakfast...Kalau yang kat rumah tu apa kata hari ni kita buat Apam Putri Ayu..actually dah banyak kali try kejadian apam ni tak secantik hari ni..puji sendiri nampak..tuah tanah kembang semangkuk..


Bila kadang kadang kuih yang kita suka makan tu terasa le nak cuba buat sendirikan..Jom kita semak resepi yang diambil dari my resepi..nuirisyah terimakasih kerana sudi kongsi resepi yang sedap ni..minta di izinkan bagi saya berkongsi dgn rakan taulan di luar sana..




APAM PUTRI AYU



Bahan-bahan ( 1 Family )

  • 250gm tepung gandum
  • 250ml santan
  • 300gm gula
  • 5 biji telur
  • 2 camca teh ovallete
  • 2 camca teh paste pandan
  • 1 camca teh baking powder
  • sedikit pewarna hijau
  • kelapa putih digaul dengan garam dan tepung ubi

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu. Kemudia masukkan santan, tepung gandum, bakin powder, paste pandan dan perwarna hijau dan kacau lagi hingga sebati.
  2. Sapu sedikit minyak kepada acuan. masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan tepung dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  3. Selamat mencuba!!!!! :)



Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian


Sampai jumpa lagi ...love u all and thanks..my dear friends.....

Wednesday, 16 May 2012

AYAM GORENG RANGUP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Haa....malam malam tayang ayam goreng ...apa nak kata..sahih menu malam ni...betoi betoi..memang benar rakan taulan..dah banyak hari permintaan anak dara sorang tu nak makan ayam goreng..so malam ni memenuhi hajat nya..lagi lagi anak dara tu kurang sihat...


Simple aja..tapi sedap..lagi makan panas panas..



AYAM GORENG RANGUP
Olahan hanimmdzain


1 ekor ayam di potong kecil kecil
1 kotak Ayam goreng Adabi..( hik hik hik shortcut )


2 biji telur - di kacau 


Ayam dipotong bersih..mula mula masukkan ayam dalam telur..kemudian masukkan pulak dalam tepung goreng adabi..goreng dalam minyak panas..


Agak garing.angkat ....tara..dah boleh makan..







Sedap ni..makan panas panas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...