THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 29 January 2014

SEAFOOD MAKARONI



Assalamualaikum semua..................

Wah semangat betoi la sekarang nie bila dapat updated blog hari -hari....bukannya apa seronok dapat mengilhamkan resepi-resepi yang dapat dikongsi bersama sahabat sahabat yang disayangi semua..

Bila dapat baca blog rakan rakan di sini memang terpegun kan bila kita kaum ibu semua nie berkreatif dengan masakan..bukan keja senang nak mennampat hati keluarga..hebat hebat..

Lagi satu resepi Makaroni Seafood..cukup senang nie...nak buatnya..anak anak kecik yg jemu makan nasi nie mesti suka kan..variasi resepi makaroni nie..boleh di cuba..cuma selalu mesti pakai ayam atau daging cincang..cuma hari nie cuba gantikan dengan isi ketam...rupa rupanya lagi sedap..kita hiris tebal tebal sikit..anak anak bila nampak isi ketam yang pink-pink tu..aduss siap berebut rebut..

Ok jangan lupa mencubanya ya.. simple ..cepat..dan semestinya sedap...

Jumpa Lagi.....daaaaaaaaaaa



Monday, 27 January 2014

COKLAT CUP CAKE

Assalamualaikum

Bertemu lagi rakan rakan blogger semua..apa khabar semua..keadaan cuaca yang dingin lagi nyaman nie membuatkan hati pun cool aja kan..kalaulah sepanjang tahun cuaca cam nie kan best kan ..

Bagi kami yang tinggal di utara nie cuaca dingin nie lebih ketara lebih-lebih lagi di Perlis..hari nie ja 20C..angin bertiup kuat ..woi petang nanti ramai lah anak-anak main wau dalam bendang yang dah di tuai padi..

Selalunya bila cuaca sejuk nie otomatik lah perut sedia aja lapar..hari nie nak share coklat cupcake yang di buat untuk anak-anak..rasanya resepi tak payah lah ye..senang ja nak baking nya cuma kali nie saya letakkan coklat bar dalam adunan cup cake..bila nak makan tu melelehlah keluar coklat cair tu..memang sedap..

Ok kita jumpa lagi nanti ya..bye..



Tuesday, 14 January 2014

COCONUT CHEESE CAKE

 Assalamualaikum



Alhamdulilah..bertemu lagi ...apa khabar rakan semua semoga sihat bersama keluarga tersayang.Harap-harap mood berblog ni sentiasa berkobar-kobar...sayang sangat ni..kadang-kadang masa yang membuat tak cukup tangan..

Anak-anak dah pun kembali kesekolah..pagi-pagi tu sunyi sekejap rumah...petang..ja..seronok mendengar celoteh anak-anak dok sembang hal hal sekolah...

Hari ni nak kongsi kek yang cukup sedap..senang ja nak buat..Kek kelapa berkeju..jom kita tengok bahan-bahannya boleh dicuba untuk menu petang. Terimakasih yang tidak terhingga buat zilaforever kerana sudi berkongsi resepi yang sedap..nie..mohon dikongsi bersama rakan  rakan semua..

KEK KELAPA
resepi dari zila norazila

Bahan-bahan

5 biji telur ayam gred A
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
300 gram kelapa parut putih
1 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
1sdk esen vanilla
cheedar cheese secukupnya di sagat

Cara -caranya

Satukan tepung gandum , baking powder ayak.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan sedikit esen vanilla
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak , gaul rata
Masukkan kelapa parut dan ratakan sehingga sebati
Akhir sekali masukkan minyak masak
tabur cheedar cheese secukupnya
bakar 30 minit atau sehingga masak.



senang dan mudah kan...cuba tau..semestinya..sedapppp

Wednesday, 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014



Assalamualaikum


Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 buat rakan sahabat semua pengunjung pengunjung hanimmdzain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...