THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 11 December 2013

KEK GULA HANGUS


Assalamualaikum




Alhamdulilah hari yang cukup ceria dan cerah..angin timor bertiup malu..nyaman sekali....

Hari ni sempat mengupdated blog kesayangan ...hari tu balik aja dari kerja teringin sangat nak makan Kek Gula Hangus..mencari -cari resepi terbaik..maka bermula projek godek-godek...

Sedap........kurang manis...hilanglah kempunan..Jom kongsi resepi mudah nie...


RESEPI KEK  GULA HANGUS




Bahan-bahan
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan susu pekat 
  • 4 biji telur gred A
  • 5 sudu besar butter@marjerin
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit esen vanila



Cara-cara
  • Masak gula di dalam periuk dgn api sederhana. Bila sudah keperangan kacau sentiasa guna senduk kayu sehingga berbuih. Kecilkan api, masukkan air (berhati-hati ye) dan kacau sehingga gula larut. Matikan api dan masukkan butter. Ketepikan dan biarkan gula hangus SEJUK.
  • Ayak tepung, soda bicarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  • Pukul telur menggunakan hand whisk.(hana blend 2 minit). Masukkan susu pekat dan esen vanila.
  • Masukkan pula tepung dan kacau sebati.
  • Kemudian masukkan gula hangus yang sudah sejuk tadi. Kacau. Tapis jika ada yg berketul.
  • Lengserkan loyang dengan butter@marjerin dan alaskan dengan baking paper.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sebentar. Untuk mendapatkan sarang yang cantik seeloknya perap 3-4jam dan semasa perap, loyang seeloknya ditutup.
  • Bakar 1 jam suhu 170C. Uji kek, jika kek masih goyang2, tambahkan sedikit masa lagi.
  • Biarkan sejuk dahulu baru potong.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...