THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday, 29 July 2013

UDANG MASAM MANIS


Assalamualaikum

Haru biru juga mencari menu untuk hidangan berbuka dan bersahur..bermacam kerenah anak anak kan..macam macam pulak yang di mintanya mengalah kan Chef mama mencuba pelbagai resepi.....tapikan anak anak kita nie memang penyejuk hati.. mama masak le macammana pun mesti kata sedapnyaaaa mama bila ditanya sedap ka tak...

Tu la dikatakan air tangan ibu....

Jom kongsi lagi satu resepi simple Udang Masam Manis..senang aje Udang di goreng sedang bersama kunyit..Kisar 2 labu bawang besar bersama sedikit halia dan 5 tangkai cili kering..tumis hingga garing..masukkan sos cili.sos tomato dan sos tiram...perasakan dengan sedikit garam dan gula...siap..senangkan..pekena pulak dengan nasi panas panas mesti anak anak suka,,,

Selamat mencuba...

Wednesday, 24 July 2013

BUAH MELAKA



Siapa tak suka makan kuih Buah Melaka..rasanya semua orang sukakan..lebih - lebih lagi bila tergigit akan gula melaka di dalamnya...perrrrr  sedap tu.... bukan sahaja senang dan cepat penyediaanya....cantik bila di pelbagaikan warnanya..menarik..

BUAH MELAKA

Tepung Pulut
Gula melaka di potong dadu
Kelapa aka nyiok untuk di salut bersama sedikit garam lebih elok kalau nyiok tu di kukus sebentar agar boleh bertahan lama..
air untuk adunan..

Buah Melaka ni sememangnya kuih kegemaran hamba...diantara kuih kuih melayu....teringat kuih melayu ni teringin lak nak makan Qasidah..aduss sedap tu....sapa tak kenal kuih nie....sayang seribu kali sayang..kuih yang teramatlah senang nak buatnya...dan sedapppp

Ok esok tungu kita perkenalkan kuih nie ya......

Tuesday, 23 July 2013

DAGING MERAH THAI



Dah 14hari puasa..rasanya dah jem mencari menu berbuka..sampai dah tak tau nak makan apa dah ..kami sekeluarga berbuka mesti pekena nasi..tak main le takat takat makan kuih tu...bila dah makan nasi mesti lauk pauknya dua tiga jenis..

Daging Merah Thai versi..salah satu menu kesukaan keluarga..bila dah dekat dengan Thailand nie..terkena tempias daging ala ala siam...selalunya di setkan bersama tomyam campur dan ayam paprik..rasanya semua gemar dengan rasa thai niekan..


DAGING MERAH  THAI




Bahan-bahan (4-5 orang)
500 g daging
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan Thailand ( nampla)
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut (dikoyakkan)
2 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging. Goreng daging sehingga hampir masak.
  3. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos ikan Thailand dan sos tiram. Kacau sekata. Kalau nak kuah banyak sikit, tambah air dan sos tomato.
  4. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.

Monday, 22 July 2013

MINI MURTABAK


Bersiaran lagi kita selepas semua orang dah jemu melihat kuah durian tu... hik hik hik...maaf  yang teramat sangat..masa agak terbatas untuk mengupdated blog nie..dek kerana sering outstation.. after berbuka dan terawih..badan ni dah layu selayunya yang nampak hanya bantal aja..zzzzzzzzz

Hari nie bersemangat sikit..Monday blues katakan.....Mini Murtabak..juadah berbuka semalam yang kita buat meraikan mak dan adik berbuka di rumah..cepat aja nak buatnya.. semestinya rangup dan sedappppp..memang kalau kuih nie kita buat sendiri dirumah lebih enak memenuhi citarasa tekak. 

Nak resepi ..rasanya semua orang dah pandaikan..Kulit kita pakai spring roll pastry yang ada di jual di pasaran.. intinya ikut suka buat macam inti karipap.atau sardin atau tuna..

Lebih baik di goreng dekat dekat nak berbuka..baru kulitnya rangup..

Ok selamat mencubanya...ya..



Tuesday, 16 July 2013

KUAH DURIAN BERSAMA ROTI DADAR


Assalamualaikum

Hari ni sekali lagi nak tayang kuih muih melayu..buat pembuka selera..rata -rata kat Kedah nie especially kat Alor Setar banyak durian di jual..rasanya tahun nie menjadi sungguh durian hingga harga amatla  murah..

Bila dah banyak nie ramai la yang bersedekah buah durian ni kat kami..sayang pulak bila dah banyak tak termakan la pulak so saya kupas semua buah simpan setengah dalam peti sejuk sebahagian lagi saya buat kuah durian dimakan bersama roti dadar..aka roti jala...





KUAH DURIAN

Isi durian
200ml santan 
1/2 cwn gula
secubit garam
1 helai daun pandan di ikat.

Didih santan _ daun pandan hingga mendidih masukkan gula dan garam..kemudian masukkan isi durian..masak hingga pekat..Siap.


ROTI DADAR/ROTI JALA

1cwn tepung gandum'
300ml santan
1biji telur
secubit garam


Campur semua bahan dan di kisar halus di tapis.. Gunakan pan tidak lekat dadar sekeping sekeping..atau boleh juga di buat seperti roti jala..Siap................

Sunday, 14 July 2013

AGAR AGAR PELANGI


Sekejap aja masa berlalu..macamana puasa rakan-rakan semua..harap semuanya berjalan lancar..bila puasa nie selera nak makan nie nak makan tu bertambah tambah..kalau ikutkan nafsu nie ..mati kita dek kerana makan..walau bagaimana pun jagalah pemakanan kita ya...yang manis tu kurangkan..begitujuga yang berlemak dan masin..berhati -hati ya ..makan la berpada-pada..nasihat untuk diri sendiri juga..

Tertawan dak dengan agar-agar pelangi di atas...menarikkan..yang bestnya agar-agar nie mudah aja nak buat..yang paling penting kesabaran tu..untuk melapis..jom kongsi resepi ringkas nie..



AGAR-AGAR PELANGI

1 peket agar-agar serbuk
3 cwn air
150ml susu segar
1cwn gula
pewarna hijau,oren, merah, biru
pes pandan utk hijau
pes oren utk warna oren
pes strawberry untuk warna merah

Masak air biar mendidih masukkan agar-agar..dan gula masak hingga sebati. Kemudian bahagikan mengikut warna di sukai...Lapis mengikut warna setiap warna di bahagikan dengan agaragar berperisa susu..setiap lapis mestilah di sejukan.

Untuk adik adik diluar sana yang masih baru berjinak jinak memasak tu silalah mencubanya..memang senang sedap..dan menarik..



Masak agar

Friday, 12 July 2013

KERABU PELAM


Hari ni dah masuk hari ke 3 ramadhan...kejap aja masa berlalu..tup tap tup tap..dah dekat nak raya.baru 3 hari puasa dah jem nak  cari resepi berbuka..bagi ibubapa yang berkerja macam saya nie..susah juga nak mengejar masa untuk memasak kat rumah..lebih lagi lah saya nie yang travel setiap hari ...masa sejam nak sampai rumah nie memang mejemukan..dengan traffic yang tak tentu..sampai rumah badan dah letih..nak masak lagi..adusss menduga iman. sungguh..

Hari nie nak kongsi resepi kerabu pelam atau kerabu mangga yang simple aja..masam manis kerabu membuka selera seisi keluarga..


KERABU PELAM

2 biji pelam/mangga muda
1 batang carrot di parut halus
3 biji cabai hidup*
6 biji cabai melaka*
1 ulas bawang besar*
*(di hiris halus)
1/2 cwn kacang goreng
1/2 cwn gajus
1/2 cwn sotong kering bergula dicarik-carik
1/2 cwn ikan bilis di goreng
2 sdb sos ikan
2 sdb cuka
garam dan gula secukup rasa

gaulkan gula bersama sos ikan dan cuka hingga sebati..masukkan bahan di hiris..kemudian masukkan bahan -bahan lain..siap..hiaskan dgn salad..simpan dlam petiais sebelum di hidangkan..

Selamat mencuba ya...



Thursday, 11 July 2013

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan buat semua rakan -rakan blogger ..pengunjungpengunjung hanimmdzain....semoga ramadhan kali ini sama sama lah kita mempertingkatkan amal ibadat..dan jangan lupa rajin rajin lah mencipta resepi resepi baru buat hidangan sekeluarga..

Tuesday, 2 July 2013

NASI ULAM SAYUR KELADI

Assalamualaikum



Selamat bertemu kembali...apakhabar rakan-rakan semua..semoga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu ya...agak lama juga blog kesayangan ni..tak bersiaran..maaf ya...kerana tuntutan kerja yang agak sibuk membatas masa untuk mengupdated..sejak ketiadaan ni saya berkunjung ke Johor ...selama 5 hari atas urusan kerja..

Wah hari ni nak kongsi bersama rakan-rakan resepi warisan mak..Nasi Ulam dan Sayur Keladi..menu ni adalah menu kak yati kakak sulung saya ..pada hari Ahad lepas..memang resepi mak tiada tandingan nya..sangat lah sedapnya...penyediaan nya agak rumit kerana ada step by step yang perlu kita ikut bagi mendapat rasa yang tepat dan sedap..pelbagai ulam ulaman digunakan..ditambah dengan kerisik..ikan kering...dlln..

Selalunya Nasi Ulam di makan dengan Sayur keladi ..saya pulak suka makan dengan sambal ikan bilis..tak terkata sedapnya ...sedar tak sedar 2 pinggan habis...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...