THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Sunday, 24 February 2013

KEK LAPIS PRUNE


Bertemu sekali lagi ...

Pagi pagi lagi  dah bertolak ke Penang..ada meeting ...boleh tahan ..jugakah la..about 240 pergi balik dari rumah..Alor Star..mencari rezeki buat keluarga harap selamat pergi dan balik...

Berkongsi resepi dengan rakan di luar sana..juadah hari minggu..Kek Lapis Prune..sedap..soft..kek kukus ni sentiasa mencabar bila mencubanya..

Layan dulu photo taken..nanti free saya kongsikan resepinya ya..



Boleh tahan juga cabaran nak jadi secantik nie..



memang berbaloi baloi mencubanya...sedapppppppppp

Wednesday, 20 February 2013

DONAT BALL....so simple


Salam Sejahtera...bertemu lagi ari ni dah hari Rabu...pemanduan  ketempat kerja hari ni rasa lama sangat.....nasib la ada gak asam asam dalam keta tu buat ubat mengantuk....Apa khabar semua ari nie...sihat tak?..

Nampak tak Donat Ball nie...resepi minum petang ari tu...simple aja..senang ...sedap di makan panas panas...bila tak da idea..sila sila la mencuba resepi simple ni..anak anak mesti suka lebih lagi kalau ada lebihan coklat ganache...



DONAT BALL


2 cwn tepung gandum/tepung high protein lagi baik
1 biji kuning telur
11gm yis kering
3/4 gula halus
2 sdb susu pekat manis/susu tepung
secubit garam
air suam secukupnya

Gaul semua sekali masukkan air sikit sikit sampai jadi doh yang lembut. Perap selama 2 jam..bila dah naik2 sekali ganda tu..boleh la buat bulat bulat..kemudian di goreng dgn minyak panas..angkat gaul dengan gula halus or disalut coklat ganache.

Buat seteko teh O...emmm habih sepiring..Donat Ball..

Selamat mencuba....


Monday, 18 February 2013

Pulut Sekaya Utara...


Assalamualaikum..

Bertemu di petang isnin ni....akibat kerja yang berlambak lambak atas meja ni....take 5 kejap  nak release otak yang nak biul tengok target yang belum cantik..:((..cuaca hari ni amat nyaman  sekali tengok sepanjang perjalanan 52km ke pejabat sawah padi terbentang luas..ada dah siap di mesin..ada setengah lagi masih hijau...

Tengok kerenah pemandu sekarang memang kena banyak bersabar.ada yg pecut bagai nak gila ,...ada gak yang pandu macam jalan nie dia yang punya...aduh.sabar aja le..yg penting speed kena ikut sal banyak speed trap....

Apa menu untuk minum petang nanti ..kalau masih tercari-cari..jom pekena Pulut Sekaya..disebelah utara ni pulut susu mudah didapati..banyak terdapat di Padang Besar..Danok..Thailand...nak kulit gebu..selalu la makan pulut...

Resepi dari rakan blogger bila chah ke dapur.terimakasih atas reepi yang best ni .mohon di kongsi bersama di sini...




PULUT SEKAYA


Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 20cm/8 inci):
Sumber : Ibu Mertua/ Chah ke dapur
Lapisan bawah
1 cawan pulut hitam
1 cawan pulut putih
 jika tak mahu hitam sangat seperti versi saya, gunakan ½ cawan sahaja pulut hitam dan 1 ½ cawan pulut putih
Santan pekat
Simpulan bahasa daun pandan
Garam secukupnya
Secubit gula

Lapisan atas
3 biji telur
 cawan santan pekat
¼ cawan jus pandan (daripada 7-8 helai daun pandan)
Gula secukupnya
3 ½ sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
Garam

Cara-cara:
  • Basuh dan rendam pulut hitam semalaman. Pulut putih pula cukup sekadar 1-2 jam sahaja. Ini kerana pulut hitam lebih keras berbanding dengan pulut putih. Jika tidak, masa mengukus perlu dipanjangkan.
  • Campurkan siputih dan si hitam. Jangan lupa daun pandan untuk mewangikan pulut.
  • Kukus hingga masak. Gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. Kacau dan harung sebati.
  • masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut betul-betul lembut.
  • Keluarkan pulut  dari pengukus dan tekan dalam springform hingga padat. Jika tidak menggunakan springform,  lapik loyang biasa dengan plastik untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan dari loyang   dan memotongnya nanti.  
Sediakan bancuhan untuk lapisan atasnya pula. 
  • Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
  • Pecah-pecahkan buih-buih yang timbul untuk mengelakkan permukaan kuih tidak licin bila telah masak nanti.  
  • Tuang perlahan-lahan atas lapisan pulut tadi. Kukus hingga masak anggaran 25-35 minit dan hingga nampak wap keluar dari pengukus. Jika asyik tak sure je macam saya, cucuk aje dengan garfu untuk ujian masak ke belum, belum ke masak.




Sunday, 17 February 2013

CHOCOLATE MASCARPONE CHEESE CAKE


Wah...senyum meleret bila anak buah Nur Aleya Natasha..dapat sebiji kek buat sambutan Hari Lahir yg ke 12 pada 15hb Februari yang lalu..Chocolate Mascarpone Cheese Cake..pertama kali buat kek yang mewah dengan rasa cheese ni....Maktok cakap sedap..boleh habih sepotong ...siap simpan extra dalam peti ais...

Rugi ye sapa sapa di luar sana yg tak berkesempatan merasanya...Nana ,,jgn marah ye....
Tungu besday Nana nanti kita buat lain ya..resepi boleh di dapati dlm blog sini ya...


           

                      Pekat dengan rasa coklat dan cheese..













Layan gambar dulu ya.........

Friday, 15 February 2013

PASTRY SARDINE ROLL


Assalamualaikum...salam petang jumaat...doakan semuanya gembira bersama keluarga tersayang..

Emmm agak lama berdiam diri dek kekangan kerja yang padat membataskan..diri..but untuk hari ni I'm..on leave..so happy dapat duduk rumah diam diam ..buat handphone still berdering non stop...:o)...

Dah minum petang..kalau belum jom buat Pastry Sardine Roll untuk keluarga..senang ..sedap di makan panas panas..resepi diambil dari Ita masam manis...siap tak kenal kan..semua resepinya mengancam..mesti nak cuba..mohon dikongsi bersama ya..



PASTRY SARDINE ROLL

Pastri secukupnya

1 tin sardin ~ buang tulang tengah dan dilenyek bersama sosnya 
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris 
1 inc halia ~ dicincang
1 batang lada merah ~ buang biji dan cincang halus
1 batang cili hijau ~ buang biji dan cincang halus
1 biji kentang ~ didadu kecil
1/2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk
1 biji perahan limau nipis
garam secukup rasa 

Tumiskan bahan hiris dan halia hingga harum
Masukkan kentang dan masak hingga kentang lembut
Masukkan sardin  dan lada hitam masak hingga terbit minyak
Perasakan dengan garam
Taburkan lada hijau dan merah dan perahkan jus limau
Gaul rata
Biarkan sejuk

Ambil sekeping puff pastri
Kelar-kelarkan sebelah bahagian dengan pisau
bahagian yang tidak di kelar letakkan inti sardin dan gulung
Susun dalam loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan awal pada suhu 200 ~ 220 C bergantung pada oven selama 20 minit atau sehingga puff kuning keemasan
Angkat dan hidangkan segera



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...