THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Thursday, 24 January 2013

KEK BATIK YOGURT dan SALAM MAULIDUR RASUL


Hari ni semua bercuti kan...sempena Maulidur Rasul... mengambil kesempatan cuti ari ni berehat bersama keluarga..hari ni tak dak plan nak ke mana mana cuma malam nanti nak ke Perlis rumah kakak sulung yang mengadakan kenduri tahlil...

Jadi kek ni buat juadah malam nanti....tumpang kenduri....

Bila masa agak sibuk ni aktiviti membaking pun harap tungu cuti aja yang ada masa pun..bila singgah dapur kawan kawan..semangat tu macam di caj caj...aduh..list yg menunggu pun dah tinggi KLCC...

Jom kongsi salah satu resepi yang ada dlm perpustakaan ....


KEK BATIK YOGURT

2 cwn tepung gandum*
1sdk baking powder*
1sdk soda*
secubit garam*
1/2 cwn serbuk koko

* ayak semuanya ( serbuk koko di masuk kemudian)

1cwn minyak
1cwn susu segar
1cwn air suam
1 1/2 cwn yogurt asli
1sdk vanilla
1sdk serbuk nescafe/kopi segera
1cwn gula halus

semua diatas di campur dan kacau sebati..kemudian masukkan tepung yg diayak...gaul hingga sebati ..bahagi kepada dua bahagian. Salalh satu dimasukkan serbuk koko dan serbuk kopi..gaul sebati kemudian masukkan dlm loyang berselang seli..bakar selama 30minit dgn suhu 170.



Jumpa lagi...

Wednesday, 23 January 2013

KHASIAT MADU


KHASIAT MADU
BAHTERA YUBALAM
PELUANG PERNIAGAAN
PRODUK KAMI
APA ITU MADU
KHASIAT MADU
FAKTA MENARIK TENTANG MADU
HUBUNGI KAMI
LOKASI KAMI


Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri








KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI


A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
                       
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
           
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.







CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.
 SAPULAH MADU JIKA ANDA

    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
    dan luka terlindung dari kuman.
    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
    lain-lain.
    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    4. Mengelak dari kembung perut bayi.
                       

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Tuesday, 15 January 2013

CUCUR IKAN BILIS


Tak tahu kenapa dua tiga hari ni balik dari kerja mesti teringin nak makan cucuq..walaupun 1 jam memandu letih ni jangan cakap la..tapi kerana teringin sangat..sanggup dgn baju kerja tu la gaul cucuq ikan bilis nie..jangan mengidam sudah..he he he


Bila memandu sorang sorang ni mula lah start korek balik cd lama lama...buat teman sementara nak sampai opis...so time sekarang hari hari mulai dari rumah Alleycats la peneman ..best tau dengar lagu lama lama...boleh lah berkaraoke sorang sorang...terasa kembali muda...zaman bercinta dulu....sedar sedar dah sampai....



Resepi ni teramat la senangnya...nak juga ka...ok la jom tengok bahan bahannya...






CUCUR IKAN BILIS

2cwn tepung gandum
2 biji bawang besar
2 biji cili hidup
sedikit daun kucai
boleh juga di letak jagung kalau suka
100 gm ikan bilis di mesin halus
garam secukup rasa
air sejuk

Gaul semuanya sehingga sebati. Goreng dgn minyak panas..sehingga garing..kan senang hidang dengan sos cili..


Monday, 14 January 2013

BUBUR JAGUNG


Selamat petang semua... apa menu petang nie...kalau yang masih berkira kira mencari resepi tu apa kata jom makan bubur jagung...bubur jagung ni memang menjadi feberat no 1 saya...sedap lagi kalau di makan sejuk..

Selalunya kat rumah tu saya sorang aja yang tukang perabih...buat pun periuk kecik aja jagung dlm 2 tongkol ..resepi ni tak mengunakan gula so sapa sapa yang rasa dirinya terlebih manis tu jgn risau nak makan ya.. pakai aja susu cair ideal gerenti manis secukupnya..so boleh bedal dua tiga pinggan





BUBUR JAGUNG

2 cawan santan
2 tongkol jagung
1 tin susu cair
1 cawan air gula merah
20gm sagu
secubit garam

Masak santan ..bersama susu cair..agak agak mendidih masukkan sagu..bila sagu dah masak masukkan jagung ..air gula merah dengan sedikit garam..didih lagi dlm 10 minit..

Siap hidang.


Selamat mencubanya ya.

Tuesday, 8 January 2013

BROWNIES with CHERRIES


Assalamualaikum...salam sayang buat semua pengunjung.....rakan rakan blogger....apa khabar semua..

macamni la ya...malam baru boleh nak meng updated blog kesayangan ni....bila dah kerja jauh nie...lambat la sampai rumah..bila dah sampai rumah tu..banyak la pulak keja nak di settlekan....sampai kadang kadang dengan baju kerja tu la sampai ke malam..nakbuat  lagu mana  kan yang penting kata hati saya bila kita buat sesuatu dengan perasaan gembira..ikhlas..insyallah semuanya  diberkati..


Jom kita kongsi ari nie projek weekend lepas..Brownies..so simple nak tengok resepinya....




BROWNIES with CHERRIES


a. 1cwn susu segar/cair
    1 cawan mentega cair
    11/2 cawan gula perang
    1 cwn plain yogurt 
    1 cwn air panas ( gaul sebati )

b. 3 biji telur
    1 sdk esen vanilla ( pukul sebati )

c.  2 cwn tepung gandum
    1cwn serbuk koko
    1sdk baking powder
    1 sdk soda bikarbonat
    1/2 sdk garam ( ayak semuanya)

Campur B dlm A..gaul sebati..kemudian sikit sikit masukkan C..gaul lagi hingga semua sebati.

Kemudian bakar dlm loyang yg telah di lapik ..bakar selama 30 minit 180..




Rasa yang lembut lembab dgn rasa yogurtnya..sedap buat makan petang.....

Jumpa lagi esok............

Sunday, 6 January 2013

5th January 2013 my 23rd Anniversary


5hb January 2013 dah 23tahun usia perkahwinan ini...ditambah dengan 10 tahun sebagai rakan sekampung..genap 33 tahun bersama....doakan semoga sehidup semati....sayang kamu sangat sangat...
Terimakasih utk segalanya......


Thursday, 3 January 2013

MUFFIN BUAH BUAHAN


Mulai 1 januari 2013 bermula lah tempat kerja saya yang baru..is about 40km from my house..Perlis Indera Kayangan...dan juga Langkawi Pulau Lagenda..my feberat place....boleh tahan jugalah drive pepagi sorang sorang nie...dah tak boleh kira dah berapa kali saya menguap sementara nak sampai opis....Langkawi maybe next week will be my first visit...there as a Manager...besar tanggungjawab nie...

Busy busy pun berblog still jalan...rindu pada kawan kawan kalau tak buka satu hari..kesian pulak pada adik adik yg masuk blog akak asyik baca benda yang sama..insyallah..mencuri masa utk mengupdated blog nie ya..

Muffin buah buahan resepi minggu nie..muffin ringkas utk sajian di petang hari..sedap dan gebu aja...layan dulu gambar gambar nya ya..









Nak resepi tak?..kena tunggu la ye..dah malas nak menaip ni...

Jumpa lagi esok ...thanks kerana sudi singgah di sini...

Tuesday, 1 January 2013

SELAMAT TINGGAL 2012..SELAMAT DATANG 2013


Happy new year everbody.....moga 2013 menjanjikan kebahagian dan diberi kesihatan yang baik seisi keluarga.

Anak anak dah mula bersekolah ...hari nie...Alyssa bangun awal katanya rindu kat kawan kawan...
Aiman pun ke sekolah awal nak booking meja depan...seronok kan bila ingat zaman persekolahan..

Hari ni nak kongsi percutian kami sekeluarga...because last minute cancel ke Singapore...nie tempat ganti utk anak anak.






Alyssa enjoy swimming




2 day at KL..enjoy la juga jln jln....ni baru Part 1..tunggu ada lagi cite tau.....Jalan Jalan Cari Pasal..he he he...tungguuuuuuuuuuuuuuuu...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...