THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 11 December 2013

KEK GULA HANGUS


Assalamualaikum




Alhamdulilah hari yang cukup ceria dan cerah..angin timor bertiup malu..nyaman sekali....

Hari ni sempat mengupdated blog kesayangan ...hari tu balik aja dari kerja teringin sangat nak makan Kek Gula Hangus..mencari -cari resepi terbaik..maka bermula projek godek-godek...

Sedap........kurang manis...hilanglah kempunan..Jom kongsi resepi mudah nie...


RESEPI KEK  GULA HANGUS




Bahan-bahan
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan susu pekat 
  • 4 biji telur gred A
  • 5 sudu besar butter@marjerin
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit esen vanila



Cara-cara
  • Masak gula di dalam periuk dgn api sederhana. Bila sudah keperangan kacau sentiasa guna senduk kayu sehingga berbuih. Kecilkan api, masukkan air (berhati-hati ye) dan kacau sehingga gula larut. Matikan api dan masukkan butter. Ketepikan dan biarkan gula hangus SEJUK.
  • Ayak tepung, soda bicarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  • Pukul telur menggunakan hand whisk.(hana blend 2 minit). Masukkan susu pekat dan esen vanila.
  • Masukkan pula tepung dan kacau sebati.
  • Kemudian masukkan gula hangus yang sudah sejuk tadi. Kacau. Tapis jika ada yg berketul.
  • Lengserkan loyang dengan butter@marjerin dan alaskan dengan baking paper.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sebentar. Untuk mendapatkan sarang yang cantik seeloknya perap 3-4jam dan semasa perap, loyang seeloknya ditutup.
  • Bakar 1 jam suhu 170C. Uji kek, jika kek masih goyang2, tambahkan sedikit masa lagi.
  • Biarkan sejuk dahulu baru potong.






Monday, 25 November 2013

MEE GORENG BASAH ISTIMEWA

Assalamualaikum



Bertemu lagi...aduh...bersawang sungguh blog kesayangan kita nie..maaf banyak banyak..entah mengapa kebelakangan ni mood berblog makin suram.....hope lepas nie rajin la kita mengupdated blog ni ya..

Apa khabar rakan-rakan  di luar sana...harap semuanya sihat sihat ya... cuti sekolah dah pun bermula.riuh rendah dengan suara anak-anak dirumah...seronok kan..kita ibubapa nie lagi la sibukkan..undangan kenduri di sana-sini..majlis berkhatan..majlis kahwin..tak lepas juga kenduri kesyukuran..

Walaupun mood mengupdated sedikit suram....tapi mood memasak tak leh pulak suram...nun..perut masing-masing sentiasa berkeroncong...apatah lagi cuaca yang sedikit sejuk dek hujan nie.buat anak-anak nak makannnnn aja....so jom kongsi menu yang dihidang buat anak anak semalam...



Menu ringkas kesukaan anak-anak..

Selamat mencuba ya... resepi?? tak yah la...ni main campak-campak aja...

Sunday, 6 October 2013

LEMON BLUEBERRY MUFFIN


Aduh ......rasa lama benor tak updated blog kesayangan ku ini...nak kata sibok tak le sibok sangat cuma tak ada resepi baru nak kongsi..lagi pun anak teruna sorang tu tengah kuarantin exam PMR..esok and lusa merdeka la..mama pun seram sejuk aja..doa mama semoga Aiman dapat menjawab soalan dengan tenang.

Hari ni nak kongsi muffin yang baru aja keluar dari oven..buat makan petang..dah lama x buat muffin..sedap gak makan hujan-hujan ni kena dengan secawan teh rasperry ..emm sedap...anak anak pun asyik merungut lapar aja..jom kongsi resepi ringkas ni..





LEMON BLUEBERY MUFFIN


A. bahan kering

3 cawan tepung
2sdk baking powder
secubit garam

B. bahan basah

1cawan mentega cair atau 1 cawan minyak
1cawan yogurt plain
2 biji telur 
1/2 cawan susu segar
1cwn gula halus
1cwn buah bluberry
1biji lemon diparut kulitnya 
sedikit jus lemon

Campur bahan kering gaul rata..dalam satu mangkuk campur bahan basah sama rata..kemudian campur kedua duanya bahan basah kedlm bahan kering..

Masukkan kedalam acuan di sukai..bakar selama 40minit dgn suhu 170...

Thursday, 19 September 2013

POPIA GORENG ...jom minum petang


Assalamualaikum

Bertemu sekali lagi.. alhamdulilah semuanya kembali seperti biasa..diri ni pun dah sihat sepenuhnya..cuti rehat selama 3 minggu memang best sangat..bila dapat lari sekejap dari kesibukkan kerja ni cukup bernilai..


Tanggal 29hb August 2013 tarikh yang amat penting buat diri ni tarikh dimana saya selamat menjalani angioplasty atau pembedahan jantung..akibat saluran darah yang tersumbat.. READ di Kedah Medical Center (KMC) so lepas nie kena le tukar gaya hidup kepada lebih sihat kan...pengalaman cukup bererti,,tak leh tension tension..stress stress..hidup mesti kena happy happy..

So my hubby dah bagi warning no more baking baking..so sad...:((...

Camna ya..me minat sangat nak masak nie..rasa tak le tengok oven tu diam tak membakar..aduhhh..pas nie kena sembunyi sembunyi le masak ye..masak boleh hide hide..habih bau..nak hide camna..:o)..tengok le nanti ke plan lain..

Cam hari nie..kita tayang Popia Goreng permintaan si anak teruna..menu ni Makteh yang masak...so kita cuma goreng aja..tersangat le sedap....nya..senang aja resepinya ya..



Jom minum petang..jumpa lagi nanti...terimakasih kerana sudi singah di dapur saya ya..mana yang berkenaan tu ambik aja..harap sudi mencubanya..

Monday, 9 September 2013

MARBLE CAKE



Berjumpa lagi ya...

Resepi yang di tayang hari ni adalah atas permintaan anak dara sorang tu yang nak sangat makan kek..memang lama dah mama tak baking..so buat juga untuk my daughter..

Kek ni dah banyak kali di buat..resepi pun dah ada di sini so selongkar aja dlm ni ya..jika teringin nak mencuba,,lagi sedap kalau pakai butter SCS,harum aja baunya..kali ni saya tukar esen vanilla dengan esen rose..memang berbaloi wangi ..dulu-dulu mak-mak kita pakai esen rose dibandingkan dengan esen vanilla..tak salah sesekali tukar perfume...



Friday, 6 September 2013

BREAD PUDING...so awesome.........

Assalamualaikum

Bertemu buat sekian kalinya selepas menyepi seketika kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan..Alhamdulilah semuanya sudah selesai..semoga cepat sembuh dan sihat sihat ....hendaknya..

Dapur masih lagi ditutup...so belum masak lagi apa-apa..cuma hari ni bila dok clear lappy ni terjumpa Bread Puding yang ada dalam simpanan.resepi ni memang amat sedap..rasa nya yang lembut.nyaman nya..tergigit kepingan badam tu yang menambah lemak merdu Bread Puding ni..


BREAD PUDING
by hanimmdzain


15 keping roti 
2 biji telur
1 tin susu cair
1cwn heavy cream
1/2 cawan gula halus
1sdk esen vanilla
1/2 sudu serbuk kayu manis

Lembutkan roti dengan sedikit air panas.ketepikan.. Satukan telur gula..susu cair ..heavy cream..esen vanilla dan serbuk kayu manis kacau sebati..tuang dalam adunan roti tadi..gaul mesra..masukkan sedikit kismis..tuang dalam acuan disukai..tabur badam keping bakar selama 30minit dgn suhu 170..

Dah pun siap..kalau rajin..boleh ditambah dengan sos kastard..



Thursday, 22 August 2013

SELINGAN.....Shaun The Sheep - The Big Chase

Assalamualaikum 
sahabat semua.maaf teramat sangat...terlalu sibuk untuk mengupdated blog kesayangan ku ini di tambah keadaan kesihatan yang kurang memuaskan...so hari ni jom layan my feberat show wants me tension with work load...

Enjoy ya..hik hik hik...love all..:o)



Wednesday, 14 August 2013

ALFATIHAH....


Alfatihah buat anakanda tersayang Muhammad Azuan Harris Bin Mohd Alias ..semoga tenang di Syurga Firdaus..mama kirimkan  Yassin dan Alfatihah buat anakanda tersayang..nyawa mama..mama sayang Along selamanya...

MUHAMMAD AZUAN HARRIS BIN MOHD ALIAS
28hb Disember 1991 - 14 Ogos 2007.

ALFATIHAH

Tuesday, 6 August 2013

BISKUT SEMPERIT @ DAHLIA



Tu dia baru start nak buat cookies..tu pun puas anak dara sorang tu merayu nak makan kuih semperit...
siap juga la 2 balang ..seronok bukan main anak dara tu siap tolong bubuh ceri..

Actualy memang seronok bila masak dengan anak-anak nie..nak buat lagu mana mama nie sibuk kerja outstation..balik rumah petang dah layu..

Hari ni nak buat lagi satu biskut..ha ha ha nanti kita share ya..ada sapa-sapa nak resepi biskut semperit..memang senang sangat..resepi di ambil dari Sifu Mat Gebu..mohon di kongsi disini..semua resepi resepi Mat Gebu nie terbaikkkk...sangat..

BISKUT SEMPERIT/DAHLIA

300gm butter SCS
160gm gula halus
2 biji kuning telur
1sdk esen vanila
250gm tepung gandum*
100 gm tepung jagung*
160gm tepung kastard* (* ayak )

Putar butter dengan gula hingga kembang...masukkan telur dan esen vanila butter lagi hingga gebu..masukan tepung sikit sikit gaul sebati..adunan ni elok lembut untuk ditekan dalam acuan semperit.

Bakar 170c selamat 20 minit. Tunggu sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Memang gebu dan sedap biskut nie..

Selamat mencuba ya..


Monday, 5 August 2013

AYAM POP MASALA


Assalamualaikum

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua..rasanya mood nak beraya semakin berkobar-kobar..tambahan anak anak la yang paling seronok..rata-rata sekarang bila weekend ada dirumah nie asyik terbau aroma biskut raya aja...kan...berbuka pun siap makan biskut raya..

Yang nak balik kampung tu berhati -hati ya...di jalanraya..ingat yang menanti di kampung tu..
Kami sekeluarga memang dah duduk di kampung so tak de le suasana balik kampung tu..rumah mak pun 100m aja..rumah makmertua tambah 200m lagi sampai le..so..tak kalut la nak berebut rumah sapa nak balik tahun nie..kami semua sekampung gitu..he he he...

Ayam Pop Masala hidangan berbuka semalam di rumah mak..sedap dan ringkas anak-anak pasti suka..ayam digoreng kecik-kecik..ditumis bersama sedikit cili kisar..tambah serbuk kari masala..goreng hingga garing..tambah sos tomato,kicap manis ABC dan sedikit gula ..masukkan chiken pop gaul rata..kemudian masukkan selabu bawang besar daun kari dan cili hidup..gaul lagi ..dah siap boleh diangkat.
Kalut tak ada serbuk kari masala..guna aja serbuk kari daging..pun sedap..

Selamat mencuba.


Monday, 29 July 2013

UDANG MASAM MANIS


Assalamualaikum

Haru biru juga mencari menu untuk hidangan berbuka dan bersahur..bermacam kerenah anak anak kan..macam macam pulak yang di mintanya mengalah kan Chef mama mencuba pelbagai resepi.....tapikan anak anak kita nie memang penyejuk hati.. mama masak le macammana pun mesti kata sedapnyaaaa mama bila ditanya sedap ka tak...

Tu la dikatakan air tangan ibu....

Jom kongsi lagi satu resepi simple Udang Masam Manis..senang aje Udang di goreng sedang bersama kunyit..Kisar 2 labu bawang besar bersama sedikit halia dan 5 tangkai cili kering..tumis hingga garing..masukkan sos cili.sos tomato dan sos tiram...perasakan dengan sedikit garam dan gula...siap..senangkan..pekena pulak dengan nasi panas panas mesti anak anak suka,,,

Selamat mencuba...

Wednesday, 24 July 2013

BUAH MELAKA



Siapa tak suka makan kuih Buah Melaka..rasanya semua orang sukakan..lebih - lebih lagi bila tergigit akan gula melaka di dalamnya...perrrrr  sedap tu.... bukan sahaja senang dan cepat penyediaanya....cantik bila di pelbagaikan warnanya..menarik..

BUAH MELAKA

Tepung Pulut
Gula melaka di potong dadu
Kelapa aka nyiok untuk di salut bersama sedikit garam lebih elok kalau nyiok tu di kukus sebentar agar boleh bertahan lama..
air untuk adunan..

Buah Melaka ni sememangnya kuih kegemaran hamba...diantara kuih kuih melayu....teringat kuih melayu ni teringin lak nak makan Qasidah..aduss sedap tu....sapa tak kenal kuih nie....sayang seribu kali sayang..kuih yang teramatlah senang nak buatnya...dan sedapppp

Ok esok tungu kita perkenalkan kuih nie ya......

Tuesday, 23 July 2013

DAGING MERAH THAI



Dah 14hari puasa..rasanya dah jem mencari menu berbuka..sampai dah tak tau nak makan apa dah ..kami sekeluarga berbuka mesti pekena nasi..tak main le takat takat makan kuih tu...bila dah makan nasi mesti lauk pauknya dua tiga jenis..

Daging Merah Thai versi..salah satu menu kesukaan keluarga..bila dah dekat dengan Thailand nie..terkena tempias daging ala ala siam...selalunya di setkan bersama tomyam campur dan ayam paprik..rasanya semua gemar dengan rasa thai niekan..


DAGING MERAH  THAI




Bahan-bahan (4-5 orang)
500 g daging
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan Thailand ( nampla)
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut (dikoyakkan)
2 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging. Goreng daging sehingga hampir masak.
  3. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos ikan Thailand dan sos tiram. Kacau sekata. Kalau nak kuah banyak sikit, tambah air dan sos tomato.
  4. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.

Monday, 22 July 2013

MINI MURTABAK


Bersiaran lagi kita selepas semua orang dah jemu melihat kuah durian tu... hik hik hik...maaf  yang teramat sangat..masa agak terbatas untuk mengupdated blog nie..dek kerana sering outstation.. after berbuka dan terawih..badan ni dah layu selayunya yang nampak hanya bantal aja..zzzzzzzzz

Hari nie bersemangat sikit..Monday blues katakan.....Mini Murtabak..juadah berbuka semalam yang kita buat meraikan mak dan adik berbuka di rumah..cepat aja nak buatnya.. semestinya rangup dan sedappppp..memang kalau kuih nie kita buat sendiri dirumah lebih enak memenuhi citarasa tekak. 

Nak resepi ..rasanya semua orang dah pandaikan..Kulit kita pakai spring roll pastry yang ada di jual di pasaran.. intinya ikut suka buat macam inti karipap.atau sardin atau tuna..

Lebih baik di goreng dekat dekat nak berbuka..baru kulitnya rangup..

Ok selamat mencubanya...ya..



Tuesday, 16 July 2013

KUAH DURIAN BERSAMA ROTI DADAR


Assalamualaikum

Hari ni sekali lagi nak tayang kuih muih melayu..buat pembuka selera..rata -rata kat Kedah nie especially kat Alor Setar banyak durian di jual..rasanya tahun nie menjadi sungguh durian hingga harga amatla  murah..

Bila dah banyak nie ramai la yang bersedekah buah durian ni kat kami..sayang pulak bila dah banyak tak termakan la pulak so saya kupas semua buah simpan setengah dalam peti sejuk sebahagian lagi saya buat kuah durian dimakan bersama roti dadar..aka roti jala...





KUAH DURIAN

Isi durian
200ml santan 
1/2 cwn gula
secubit garam
1 helai daun pandan di ikat.

Didih santan _ daun pandan hingga mendidih masukkan gula dan garam..kemudian masukkan isi durian..masak hingga pekat..Siap.


ROTI DADAR/ROTI JALA

1cwn tepung gandum'
300ml santan
1biji telur
secubit garam


Campur semua bahan dan di kisar halus di tapis.. Gunakan pan tidak lekat dadar sekeping sekeping..atau boleh juga di buat seperti roti jala..Siap................

Sunday, 14 July 2013

AGAR AGAR PELANGI


Sekejap aja masa berlalu..macamana puasa rakan-rakan semua..harap semuanya berjalan lancar..bila puasa nie selera nak makan nie nak makan tu bertambah tambah..kalau ikutkan nafsu nie ..mati kita dek kerana makan..walau bagaimana pun jagalah pemakanan kita ya...yang manis tu kurangkan..begitujuga yang berlemak dan masin..berhati -hati ya ..makan la berpada-pada..nasihat untuk diri sendiri juga..

Tertawan dak dengan agar-agar pelangi di atas...menarikkan..yang bestnya agar-agar nie mudah aja nak buat..yang paling penting kesabaran tu..untuk melapis..jom kongsi resepi ringkas nie..



AGAR-AGAR PELANGI

1 peket agar-agar serbuk
3 cwn air
150ml susu segar
1cwn gula
pewarna hijau,oren, merah, biru
pes pandan utk hijau
pes oren utk warna oren
pes strawberry untuk warna merah

Masak air biar mendidih masukkan agar-agar..dan gula masak hingga sebati. Kemudian bahagikan mengikut warna di sukai...Lapis mengikut warna setiap warna di bahagikan dengan agaragar berperisa susu..setiap lapis mestilah di sejukan.

Untuk adik adik diluar sana yang masih baru berjinak jinak memasak tu silalah mencubanya..memang senang sedap..dan menarik..



Masak agar

Friday, 12 July 2013

KERABU PELAM


Hari ni dah masuk hari ke 3 ramadhan...kejap aja masa berlalu..tup tap tup tap..dah dekat nak raya.baru 3 hari puasa dah jem nak  cari resepi berbuka..bagi ibubapa yang berkerja macam saya nie..susah juga nak mengejar masa untuk memasak kat rumah..lebih lagi lah saya nie yang travel setiap hari ...masa sejam nak sampai rumah nie memang mejemukan..dengan traffic yang tak tentu..sampai rumah badan dah letih..nak masak lagi..adusss menduga iman. sungguh..

Hari nie nak kongsi resepi kerabu pelam atau kerabu mangga yang simple aja..masam manis kerabu membuka selera seisi keluarga..


KERABU PELAM

2 biji pelam/mangga muda
1 batang carrot di parut halus
3 biji cabai hidup*
6 biji cabai melaka*
1 ulas bawang besar*
*(di hiris halus)
1/2 cwn kacang goreng
1/2 cwn gajus
1/2 cwn sotong kering bergula dicarik-carik
1/2 cwn ikan bilis di goreng
2 sdb sos ikan
2 sdb cuka
garam dan gula secukup rasa

gaulkan gula bersama sos ikan dan cuka hingga sebati..masukkan bahan di hiris..kemudian masukkan bahan -bahan lain..siap..hiaskan dgn salad..simpan dlam petiais sebelum di hidangkan..

Selamat mencuba ya...



Thursday, 11 July 2013

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan buat semua rakan -rakan blogger ..pengunjungpengunjung hanimmdzain....semoga ramadhan kali ini sama sama lah kita mempertingkatkan amal ibadat..dan jangan lupa rajin rajin lah mencipta resepi resepi baru buat hidangan sekeluarga..

Tuesday, 2 July 2013

NASI ULAM SAYUR KELADI

Assalamualaikum



Selamat bertemu kembali...apakhabar rakan-rakan semua..semoga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu ya...agak lama juga blog kesayangan ni..tak bersiaran..maaf ya...kerana tuntutan kerja yang agak sibuk membatas masa untuk mengupdated..sejak ketiadaan ni saya berkunjung ke Johor ...selama 5 hari atas urusan kerja..

Wah hari ni nak kongsi bersama rakan-rakan resepi warisan mak..Nasi Ulam dan Sayur Keladi..menu ni adalah menu kak yati kakak sulung saya ..pada hari Ahad lepas..memang resepi mak tiada tandingan nya..sangat lah sedapnya...penyediaan nya agak rumit kerana ada step by step yang perlu kita ikut bagi mendapat rasa yang tepat dan sedap..pelbagai ulam ulaman digunakan..ditambah dengan kerisik..ikan kering...dlln..

Selalunya Nasi Ulam di makan dengan Sayur keladi ..saya pulak suka makan dengan sambal ikan bilis..tak terkata sedapnya ...sedar tak sedar 2 pinggan habis...






Wednesday, 19 June 2013

DONUT MAYONIES....


Tu dia...montok lagi gebuss..kita punya donut...tapi kita nie tak le semontok donut tu..karang ada pulak yang terperasan  ....:))..
pekena panas panas kejap aja hilang dua tiga ketoi...

Rasanya rakan semua dah PHD bahagian buat donut nie tak yah kita taip resepinya di sini ya..jom layan ja..photo photo yang menawan nie...




Yang teringin tu ambik ja ..ya..kita murah hati ari nie.........

Monday, 17 June 2013

MEE UDANG istimewa....Pulau Sayak..Kedah..

Assalamualaikum





Salam pagi Isnin..bertemu lagi kita di minggu baru nie..ya...kejap aja masa berlalu..bagaimana cuti hujung minggu..lepas..seronok...Hari ni kita nak kongsi jalan -jalan cari makan kami anak beranak..tak ramai pun kami 4 orang aja..minggu lepas..bawa anak-anak jalan tengok tempat bersejarah kawasan di Kedah nie yang terkena Tsunami 2004..Kampung Pulau Sayak..selain terdapat peninggalan rumah-rumah yang di lambung ombak Tsunami dulu anak-anak juga dapat melihat penempatan baru penduduk yang kehilangan hartabenda semasa kejadian dulu.

Rumah-rumah yang roboh akibat ribut dijaga rapi oleh pihak-pihak berkenaan bagi tujuan sejarah..

Hari ni Pulau Sayak bukan saja terkenal dgn kejadian Tsunami tapi amat terkenal dengan keenakkan Mee Udang yang emmmm sangat sedap..udang yang dihidangkan..adussss besaq besaq..tu ha..tengok dalam photo diatas..

Jangan tanya resepi ni ya....depa tak bagi tau...tapi kan kita rasa mee ni lebih kurang macam kita buat mee bandung aja...cuma Udang nya tu yang fresh lagi besar besar...

Jom-jom kita pakat pakat terliuq tengok mee nie.............:)



Kalau ada yang teringin tu..google google la kat mana Kampung Pulau Sayak di Kedah nie ya..

Jumpa lagi.......

Friday, 14 June 2013

QUICHE AYAM CENDAWAN


Salam pagi jumaat...alhamdulilah..walaupun pagi ni cuaca di sebelah utara ni agak mendung....perasaan dan minda kita ni tak mendung sebabnya pagi nie kita dapat cakap dengan mak kita..ceria aja suara mak kita hari nie...ya allah panjang kan usia mak berikan kesihataan yang baik utk mak...sayang mak sesangat...

Syahdu pulak kita pagi nie....ye...kita nie sensitif sikit kalau hari jumaat..teringat arwah anak.dan .abah..rasa begitu istimewa sangat bila malam jumaat terasa mereka kembali bersama..doakan  mereka berdua di tempatkan di syurga firdaus...tak pernah ...mama lupa utk sedekahkan yassin untuk along dan abah  setiap hari....semoga kita bertemu nanti...ya....

Ok jom makan..sarapan apa pagi nie..hari nie jom kongsi sarapan orang putih Quiche..senang sangat nak buat pastinya sedap...




QUICHE AYAM CENDAWAN


sumber RASA

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung gandum
170gm mentega sejuk |dipotong kiub
8 sudu makan air ais
Secubit garam
 
 
BAHAN INTI:
2 keping dada ayam | dipotong kiub
6 biji cendawan butang |dihiris kasar dan digoreng sekejap
50gm bayam |dipotong kasar
2 biji kentang |dipotong kiub dan direbus
3 biji telur
1 biji bawang besar |dicincang
200gm krim masakan (sour cream) |boleh digantikan krim masakan
200ml susu
200gm keju Cheddar |diparut
Garam dan lada hitam secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
1. Untuk penyediaan pastrinya, gaulkan tepung bersama garam dan mentega sehingga sebati dan kering.
2. Kemudian campurkan air ais sedikit demi sedikit dengan garpu sehingga menjadi adunan.
3. Uli sekejap adunan dan bungkus dengan plastik pembungkus makanan. Biarkan sekejap di dalam peti ais selama 30 minit.
4. Untuk intinya, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga lembut.
5. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga masak.
6. Setelah itu masukkan bayam dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Gaulkan rata, angkat dan
sejukkan.
7. Keluarkan pastri dan canai 5mm menggunakan penggelek. Letakkan ke dalam loyang tat/quiche dan kemaskan bucunya.
8. Sementara itu, pukul telur bersama krim masakan, susu, garam dan lada hitam sehingga kembang.
9. Letakkan inti di atas adunan kemudian
tuangkan campuran telur tadi sehingga
memenuhi quiche.
10. Bakar dalam ketuhar pada suhu 220 C
selama 20 minit kemudian turunkan suhunya
pada 170 C selama 40 mini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...