THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Saturday, 27 October 2012

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


Salam Aidil Adha buat semua pengunjung pengunjung hanimmdzain..semoga sihat sihat semuanya..

Hari nin maybe ramai yang buat kenduri qurban atau aqiqah kan ..saya pun nie baru aja balik dari makan kenduri qurban,..boleh kata semuanya menu daging..jangan sampai naik darah udah la ye..

Jom kongsi satu lagi resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese yang sedap sangat nie.....memang terbaik ..bukan aja cara 
bahan -bahannya mudah didapati ...nak buatnya pun senang sangat..

Resepi ni di intai dari dapur ita masam manis..dan juga dari dapur yatie..dan beberapa blogger yg lain juga..mohon di kongsi di dapur saya pulak moga..berpanjangan ilmu yg di kongsi ni semoga sama sama mendapat keberkatan dari NYA..amin...

Jom masak....






KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: Yatie  dan Ita 

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Monday, 22 October 2012

FRUIT TART wt MANGGA HARUM MANIS


 Assalamualaikum...

Rindu benar nak berblog ..apa kan daya tekanan kerja yang amat busy membataskan masa untuk mengupdated blog nie..walaupun blog ni lah menjadi kesayangan hamba..

Apa khabar semua..sihat ka?

Doakan kita di beri kesihatan yang baik ya...maaf di pohon untuk pengunjung pengunjung hanimmdzain ni asyik asyik buka dok tengok menu yang sama ya...ok ok..Jom hari nie nak hidang menu sepesial buat tetamu..sila lah rasa Fruit Tart ni..spesial tau ada Mangga Harum Manis lagi...meletup..






Kalau ada yang berkenan di hati tu silalah dapatkan resepinya di SINI YA 

Rasa harum manis mangga tu yang menawan kalbu..buat makan petang dengan secawan teh panas..emmm sedapnyaaa....





Selamat mencubanya ya...

Jumpa lagi nanti ya..jaga diri..

Tuesday, 16 October 2012

KEK BATIK CHOCOLATE CHIP


Dua tiga hari nie bila petang aja mesti hujan..hujan rahmat..sejuk aja bila malam..ala ala winter time..
best kan...seronok tumbuh tumbuhan...kekenyangan..bersih bila air hujan membasuh debu debu daun..

Mood kita pulak bila hujan aja perut pun meragam sama lebat dengan hujan turun..walau hidangan petang  co kodok pisang..dgn kopi pekat suam suam..emmm..sat aja lincin..

Kek batik Chocolate Chip ..ni aja sepotong sempat di bawa lari sebelum di kerjakan anak anak menakan..letak sepiring sat aja hilang..memang suka betul depa dgn kek nie..



Resepi yang cukup ringkas..rasanya semua dah pandai buat kan..

Jom pekena sepotong....

Monday, 15 October 2012

APPLE CRUMBLE PIE


Meriah betul weekend lepas...bila dapat berhimpun adik beradik..memang best sangat..walau hidangan tengahari tak seberapa..habis juga nasi seperiuk..anak anak menakan ni hidang apa pun tiada masalah..masa ni lah maktam nya..membaking untuk makan petang nanti..

Apple Crumble Pie..ni ha..menu petang untuk depa..maktam dah macam buka kelas..bila dok memproses soalan bertubi tubi mai dari depa..pasai apa buat macam nie..pasai apa bubuh tepung nie..boleh rasa dak maktam..bila boleh makan nie...kan seronok bila ramai ramai..nak tergelak pun ada masing masing dok tunggu depan oven...Alia..Mia..Lala..Scha..Aiman...



Resepi diambil dari Sifu kita Ita MasamManis... JENGUK DI SINI YA minta di kongsi ya ita utk tatapan yang lain pulak.memang meletup..sedap sangat...hasil airtangan Ita memang dikagumi selalu...tu la bakat yang di anugerah ilahikan...

Jom tengok resepinya..



APPLE CRUMBLE PIE

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

Gaulkan tepung dengan gula aising
Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti
Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.
masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis
Ketepikan
Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan hirisan Apple. Gaul rata
Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.
Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat
Angkat dan biarkan sejuk

Bahan Crumble
75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula
35g chip cokelat


Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie
Panaskan ketuhar pada suhu 220C
Sediakan acuan pie 12"
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan
Tutupkan atas pie dengan crumble.
Hiaskan dengan baki hirisan apple
Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.
Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.




Saturday, 13 October 2012

PAU LEMBUT


Minggu nie dah start minggu exam bagi anak anak...masa ni la baru nampak depa dok pulun study..tak panggung kepala...sebelum nie puas mak bapak jerit suruh baca buku...macam tu la kita gamaknya kecik kecik dulu..ya..

Habis exam..mula la demam cuti sekolah bermula..masa nie mak ayah pun demam gak..anak anak kat rumah..jadual harian pun kena susun lain ..puaslah berperang...dengan depa kan..cam tu lah sementara nak besar..

Ok..nak kongsi resepi Pau yang lembut nie..rasanya nie lah yang pertama dan terakhir nak buat Pau nie..memang tangan nie tak selembut Pau ...rasanya minat baking nie lebih dari kukus...mengkukus nie..



Pau inti ayam kentang dan Kaya nie..memang lembu sangat.....dua tiga biji juga sedap dok gap...




 


hanya gunakan tepung pau 3 cwn, 1sdk yis,1sdk gula,1/2 sdk garam,2sdb minyak,1sdk baking powder ..gaul kan dengan air suam hingga menjadi doh yang tidak melekat..perap 2 jam.Bulatkan ...masukkan inti..perap lagi 1 jam..Bolehlah dikukus selama 10 mint.

Inti buat macam buat inti karipap or boleh juga gunakan inti Kaya.

Selamat mencuba ya...

Sunday, 7 October 2012

PULUT INTI


Bertemu lagi ya..dah tengahari..nie dah makan tengahari?...

Apa menu hari nie...apa aja yang di nikmati biarlah berpada pada...ya....kesihatan perlu di utamakan .lebihkan sayuran ya..atau ulam ulaman......hari ni Alor Setar hujan..lebat juga lah..sejuk aja duduk dalam rumah ni...

Bila hujan nie apa lagi yang sedap..tidur n makan le....ari nie buat Pulut Inti....my feberat nie...ada cerita di sebalik pulut ni...semalam pi Pasar Tani..jalan jalan ternampak kuih ni..apa lagi belilah sebungkus dengan harga rm2.00..sampai umah nak makan le..pegang aja pulut dah berair..punya lah angin satu badan..dah basi...naya naya...geram sangat macam nak antaq balik aja..

Semalam rendam pulut satu pot..hari nie ha.....makan puas puas..he he he..balas dendam ya...






PULUT INTI

Pulut

1 cawan beras pulut susu (rendam semalaman)
1cawan santan pekat *
1sdk garam* (* masak sedikit atas api perlahan )

Kukus pulut..dgn sehelai daun pandan...hingga pulut masak.Bila pulut masak gaulkan dgn santan yang di masak tadi..kukus lagi 10 minit ..dah siap.

Inti.

2cwn kelapa parut
1cwn air gula merah
1 sdb gula
1sdb tepung gandum.
1 helai daun pandan

Dalam kuali masukkan air gula merah , kelapa , daun pandan , dan gula..gaul sebati dan masak hingga kering.Agak agak nak kering masukan tepung gandum masak lagi 3 minit ..angkat sejukkan.

Selamat mencubanya ya...kata orang bila selalu makan pulut nie kulit gebu dan halus macam pulut susu...he he he...

kata saya..makan banyak pulut nie angin satu badan.....mula lah sakit satu badan and lenguh lenguh...bila masuk era 40ann tu mulalah penyakit singgah mai.kan  .........he he he..





Wednesday, 3 October 2012

OREN MUFFIN....so simple...


Gud morning.....

 Bila bangun pagi...aja mulalah otak nie berfikir..nak buat nie nak buat tu....sampai tak tau mana dulu nak mula...dari kerja di opis sampai la kerja di rumah..kalau cakap kerja opis mula duduk atas kerusi..drive kereta..tak habis habis dgn kerja....kerja rumah pulak dari sebesar besar kerja ..sampai sekecil hama..pun tak pernah habis....aduh....ni baru dinamakan TENSION!!!!!!

Kata saya merungut pun last last saya juga nak kena settle...hik hik..untuk meredakan keadaan jom kita makan Oren Muffin so simple nie.......enjoy life...enjoy your work...love ur family...insyallah semuanya akan jadi lebih simple ...............







Ingredients:

  • 2 cups all-purpose flour, or 2¼ cups pastry flour, sifted
  • ½ cup granulated sugar
  • 1 Tbsp baking powder
  • ½ tsp salt
  • 1 cup whole milk
  • 1 tsp pure vanilla extract
  • 1/2 cup oren juice
  • 1 large egg (or 2 medium)
  • 4 oz butter (½ stick) or shortening

Preparation:

  1. Preheat oven to 400° F.

  2. Combine the flour, baking powder and salt.

  3. Unwrap the butter and heat it in the microwave, in a microwave-safe bowl, for about a minute, until it's thoroughly melted. Set it aside at room temperature to cool, but don't let it solidify again.

  4. Beat the eggs in a separate bowl and then add the sugar, milk and vanilla to the eggs.

  5. Thoroughly grease and flour a muffin pan (or use paper muffin liners).

  6. Pour a tiny bit of the melted butter into the egg-vanilla-milk mixture and stir it in. Repeat 3-4 more times, adding a slightly larger amount of the liquid butter each time until it is all incorporated.

    IMPORTANT: Don't add hot melted butter to the egg mixture as the heat from the butter would cook the egg, and that's not what you want to do!

  7. Add the liquid ingredients to the dry ones and mix no more than ten seconds. The batter should be visibly lumpy, and you may see pockets of dry flour. That's OK! It's extremely important not to overmix the batter, or the resulting muffins will be too hard.

  8. Gently pour the batter into the prepared muffin pan and bake immediately.

    TIP: The dry and wet ingredients, respectively, can be mixed in advance, but as soon as the wet and dry ingredients have been combined with each other, the liquid will activate the baking powder and the batter must be baked right away.

  9. Bake 20 minutes or until a toothpick inserted into the center of a muffin comes out clean.


Tuesday, 2 October 2012

KETAM MASAK BERCILI MASAMMANIS


Hai....bertemu lagi ya...

Sayang betul saya dengan blog ni...sampai tak keruan jadinya bila tak buka satu hari...rindu nak baca updated kawan kawan...kan seronok hidup nie bila sehaluan...Bila ingat kerja yang sentiasa di di dlm kereta ...atas jalanraya...serupa jadi mabuk macam pompuan bunting 3bulan....penat sangat....

Tak pa ...kita lupa sat pasai kerja...nak buat lagu mana..demi mencari rezekikan...

Dah hampir tengahari kan apa kata jom pekena Ketam Masak Bercili MasamManis ni...woi..sedap betoi makan dengan nasi panas panas...nieee


dek kerana sekarang nie kat opis..so malam malam karang saya updated resepinya ya..

so layan dulu gambar ketam ya...jangan ada pulak yang termimpi mimpi nak makan ketam hari ni ya....

Da...jumpa lagi nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...