THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday, 30 April 2012

BUBUR PULUT HITAM MANIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Salam pagi Isnin..apa khabar rakan rakan pengunjung pengunjung..hanimmdzain@blogspot..selamat menempuh minggu baru dan bersambung dengan awal bulan Mei..1hb mei jangan lupa ya..cuti bagi pekerja macam saya ..dah ada rancangan ka ?..mungkin ada yang sudah berada di kampung bertemu ibu dan ayah..seronok kan dapat berhimpun dan makan bersama..

Mengambil kesempatan mendoakan adik tersayang Norhawani SINI cepat sembuh..kesian ..mula Iris kena kemudian Najla..last mama le..demam campak..aduh..sengal sengal satu badan..banyakkkan berehat ya..

Jom kongsi resepi hari ni..Bubur Pulut Hitam Manis..Hitam si hitam manis..memang manis kan nama pun bubur..

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara

  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.



Emmmm sedapnya....

Selamat berkerja..ya kerja kat pejabat kerja kat rumah..kerja kerja kat mana jua...


Jumpa lagi salam sayang untuk semua....................Bye..

 

Friday, 27 April 2012

JEMPUT PISANG DENGAN SAMBAL BILIS

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..


 Salam Jumaat..yahoo...hari ni cuti..ambik cuti tahunan..bestnya relax relax kat rumah..dua tiga hari kerja memang teramatlah sibuk..mula meeting kat penang..than...ada program kat perlis pulak..aduh..letih benor dok dalam kereta seharian..

Hari ni ada tempahan muffin untuk kenduri arwah..so..pepagi dah mula me Muffin...tunggu muffin sejuk sebelum di pack kan...sementara tu ..buat cucuq kodok orang utara cakap..jemput pisang...nama lainnya..makan pulak dengan sambai ikan bilis..pehhh...sedapnya..makanan orang kampung..



Resepi tak yah lah ye senang aja..lenyek pisang emas dalam 5 biji masukkan tepung gandum garam dan air sejuk..gaul sebati..jgn lupa letak gula sikit..pas tu goreng dlm minyak banyak ..jemput jemput dlm kuali goreng hingga garing..Hidangkan dgn sambal bilis..yang lebih lebih makan tengahari tu kan..


 Punya le sedap..manis pedas.pedas manis...sepinggan habis saya melantak....


Ok selamat beristirehat di hujung minggu..jangan sedih sedih..jangan do geram kat orang..jangan dok pening pening..buang perasaan yang tak baik tu jauh jauh..Ceria selalu..pasti hidup lebih bermakna...

Sampai jumpa lagi esok...JOM RELAX.........

Thursday, 26 April 2012

SWEET SMOOTHY RAINBOW JELLO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Selamat bertemu lagi...apa khabar semua rakan rakan sekalian..kekangan kerja yang bertali arus ni membataskan saya untuk mengupdated blog ni...memang sibuk sangat..maaf ya..asyik asyik laksa -laksa..memang rindu sangat bila sehari tak mengupdated blog ni...aduh apa nak buat kerja kerja kerja..

Terimakasih kerana masih setia berkunjung ke sini..Jom tanpa lengah..mari berkongsi Jello yang sedap ni...



SWEET SMOOTHY RAINBOW JELLO
olahan hanimmdzain@blogspot




Bahan bahannya

Agar agar tali 200gm
1 tin susu cair
1 cawan gula

pewarna ikut suka

Masak agar -agar hingga hancur..masukkan gula..masak lagi hingga sebati semuanya.
Bahagi adunan ke pada 2 bahagian..
1 bahagian di campurkan 1 tin susu cair.
1 lagi akan di gunakan utk di campurkan pewarna.

Ambil adunan yang kosong sebanyak 75ml..masukkan pewarna di sukai..
kemudian di masukkan kedalam loyang..sejukkan..kemudian ambil lagi 75ml adunan susu di campurkan warna yang mula-mula tadi..lapiskan dalam lapis pertama tadi..sejukkan..teruskan melapis dengan warna di sukai hingga habis kesemua adunan agar-agar kosong dan susu..






Senangkan..dengan keadaan cuaca yang panas ni memang sesuai sangat dapat makan lapisan jello atau agar agar yang lemak manis ni..




Sudi sudi merasa ya...Cantikkan lapisan pelangi ni,,sayang nak makan sebenarnya....



Selamat mencubanya ya..dan insyalaah jumpa lagi esok..love u all...Bye....

Tuesday, 24 April 2012

LAKSA AUSTRALIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Selamat pagi..semua rakan rakan...terimakasih keranan masih sudi singgah di blog saya ini..Tiada apa yang istimewa..cuma catatan segalanya tentang kehidupan..sedikit perkongsian resepi..Saya budak baru belajar kalau ada salah dan silap mohon di maafkan..

Aduhh..ke main glamour nama resepi hari ni..Laksa Australia..kenapa ada Australia di belakang Laksa tu..awat kat sana pun ada orang jual laksa ka..dasyat ni...hik hik hik..memang ada crita di sebalik namanya..


Selama berada di Adelaide Australia ...pelbagai kenangan terpahat di hati ini..salah satunya mengenai menu ni le...bila dah berada di negara orang tu..makanan ni lebih sedap kalau di masak sendiri..nak beli memang ada makanan halal di sana..tetapi masak sendiri menjadi kemestian..setiap hujung minggu kami berhimpun untuk acara pot luck or berhimpun untuk majlis ilmu ..

Adalah satu hari tu..seorang rakan ni menjemput kami makan kat rumah dia..masa ni kami baru 2 minggu kat Adelaide..sampai aja depan pintu rumah tu dah terbau harum kuah Laksa..aduh mana nak dapat segala mak nenek ulam ulam kat sini..bila tengok aja atas meja terhidang Laksa yang lengkap dengan segala ulam..bunga kantan ...apa lagi kami sekeluarga memang le hantu laksa ..belasah le kami cukup cukup..

Actualy semua ramuan nak buat Laksa ada di sana..cuma kami yang tak pandai lagi nak cari Asian shop..
manalah nak tau..Laksa pun boleh buat kat Australia ni..ingat kena makan gandum aja..hik hik hik.....

Ok jom kita tengok bahan bahan membuat Laksa versi Australia.memang cukup simple tak yah siang siang ikan.yang pasti..rasanya tak lari bahkan lagi best..



LAKSA AUSTRALIA
olahan hanimmdzain@blogspot.com

Kuah

2 tin ikan makeral  (buang sosnya kemudian di mesin halus )
100gm cili kering*
4 ulas bawang besar*
2cm belacan* (* semua di mesin halus )

2 batang bunga kantan
2 batang serai
5 tangkai daun kesom
garam secukup rasa.

Dalam satu periuk..campur ikan yang telah di mesin halus..cili ..kemudian titikkan serai ..campur sekali dlm kuah..bunga kantan di belah dua..daum kesom masuk sekali..Didihkan atas api selama 20 minit.

1 bungkus Laksa di rendan dan di rebus hingga masak.

Ulam Ulaman

Timun, Salad , Bawang , Telur rebus dan Lemon atau limau kasturi.

Senangkan..ganti aja ikan tu denga Ikan makeral dalam tin..boleh aja kalau nak guna ikan sardin..tetapi ikan makeral ni lebih banyak isi ikannya dan lebi halus..








Nak buat laksa ni tak le susah mana cuma yang leceh bila nak kena rebus ikan kemudian kena kelas tulang pulak..So..lepas ni bila rasa nak makan Laksa cuba le laksa versi Australia ni..

Selamat mencuba ya..

Monday, 23 April 2012

DRIED CRANBERRY SHORTBREAD BARS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera






Salam pagi Isnin..ayoh..kerja..kerja..bermula hari pertama dalam minggu ni....jangan lupa bersarapan dahulu sebelum mula kerja ya....minggu ni agak mencabar bagi saya..kerja agak padat...insyaalah yang terbaik akan  saya berikan buat syarikat yang di sayangi..

Hari ni nak kongsi satu resepi yang menjadi feberat saya..resepi ni ciptaan saya sendiri..hasil gabungan yogurt dan cranberry  memang sedap sekali ..jom kita tengok resepinya yang ringkas senang aja nak buat..






DRIED CRANBERRY SHORTBREAD BARS
from : hanimmdzain@blogspot.com




Bahan -bahannya


        A.
1 cawan tepung gandum*
1sdk baking powder*
1sdk soda bikarbonat*
1sdk garam halus * ( * semua di ayak 2 kali )


     B.
1cawan yogurt perasa strawberry
1/2 cawan minyak
200ml susu segar
5 sdbesar susu pekat manis
1/2 cawan gula halus


semua diatas di campur dan di kacau sebati.
   
     C.
Buah - buahan campuran kering
Almond slice utk hiasan


Satukan A + B..kacau sebati..kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah di lapis dgn kertas dan di sapu mentega..hiaskan dengan buahan-buahan..Bakar selama 30minit ..sebelum di keluarkan tabur slice dan bakar lagi dlm 5 minit..


Potong selepas kek sejuk..


Rasanya memang sedap sangat ..gebus..potong dan simpan dlm tupperware..


Rasa masam manis cranberry memang menjadikan kek ni lengkap ...

Ok selamat mencubanya ya..tak rugi mencuba kek yang senang dan sedap..sesuai di hidang utk makan petang..

Jumpa lagi esok....jOm KeRja.....

Sunday, 22 April 2012

JOM BERKEBUN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Good morning everbody...semoga sihat ceria selalu..hari ni hari minggu..berliburlah dengan keluarga tersayang...penuhkan kasih sayang..makan bersama..satu kenikmatan yang tiada taranya...

Sempena hari relax sedunia hari ni..jom saya bawa jalan -jalan ke kebun saya yang mendamai jiwa...


Limau nipis


Lemon


Daun kari


Pokok Kunyit


Alovera


Teja buah hati


pokok apa tah..lupa namanya..


Kiambang


Bunga Keladi Air

Jebat..sayang sangat

Ok jumpa lagi ..Jom relax..Bye....................

Friday, 20 April 2012

BEEF AND OMELETTE WRAP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




 Salam pagi jumaat ..salam sejahtera untuk semua rakan rakan pengunjung blog ini..apa plan hari ini..atau dah ada plan untuk cuti hujung minggu...walau apa yang ingin dirancang..doa saya biarlah semuanya bermula dan berakhir dengan yang baik-baik..

Mengambil keberkatan hari Jumaat sudi sudi membaca hadis di bawah sebagai renungan bersama
                                               
SETIAP UMAT ADA UJIANNYA


Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).  



Kesimpulan Hadis:  


Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram. 





   Apa menu sarapan hari ini..Jom berkongsi sarapan ringkas but berkhasiat ni.




BEEF AND OMELETTE WRAP 


Ingredients


1 Mission Wholegrain Wrap ( boleh di dapati di psry Giant)
3 Large eggs
10 Unsalted butter diced
1tbsp sour cream
salt
Freshly ground black pepper
Few snipped chives or salad
2 beef sausages,chocked fine


Method


1. Heat butter in non-stick frying fan
2. When sizzling,pour in the eggs,sprinkle over some chives and black pepper.
3. Cut the sausages in half lengthwise and arrange them on top of the omelette.
    Carefully fold the bottom of the Mission Wrap over the filling.
4. Then fold the two sides in and finish by rolling it all up until completely closed.
                                              






BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).
 

Kesimpulan Hadis: 


1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 
2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.





Thursday, 19 April 2012

SWEETS SMARTTIES MUFFIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Selamat pagi..Salam Ceria..rakan blogger semua..harap harap biarlah ceria selalu ya..semoga hari yang akan dilalui hari ni menjanjikan jutaan kejayaan dalam apa jua yang kita lakukkan..jangan cepat putus asa...yang penting usaha..diikuti dengan doa pada yang satu .



Semeriah hidangan hari ni..Sweets Smartties Muffin..menu yang sedap dan senang cara membakingnya..kalau diikutkan ada banyak resepi Chocolate muffin ni..ada pelbagai cara yang mestinya rasapun berbeza beza..Kali ini saya mencuba resepi dari rakan blooger ..IZAH MUFFIN LOVERS muffin mengunakan Yogurt tanpa telur..memang gebus sangat sangat..lembab ..sedap aja bila kita makan..Mohon dikongsikan bersama rakan rakan lain yang mencubanya..terimakasih Izah kerana berkongsi muffin yang sedap ni..semoga perkongsian ni berpanjangan dan hanya Allah shj yang memberi ganjaranya..



SWEETS SMARTTIES MUFFIN


resepi asal  MUFFIN COKLAT YOGURT
by izahdaut.



MUFFIN COKLAT YOGURT
by: izahdaut

1 cwn tepung
1/2 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda
1 sk nescafe
secubit garam
3/4 cwn gula
1/2 cwn minyak
1/2 cwn yogurt
1/8 cwn susu segar
1/4 lebih sikit air panas

Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
Satukan bahan basah kecuali air panas. Gaul sebati.
Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Sebatikan.
Akhirnya masukkan air panas. Sebatikan.
Masukkan ke dalam muffin cup dan bakor pada suhu 180 slama 25 minit.




Selamat mencubanya




Ok kita jumpa lagi ya..selamat menempuh hari Khamis..bagi rakan yang berkerja macam saya ni..rajin rajin kerja..

Jumpa lagi ya..Bye..

Wednesday, 18 April 2012

TIPS KESIHATAN- MEMAHAMI SAKIT KEPALA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Apa khabar..harapan semuanya sihat dan ceria selalu..hari ni tidak ada menu baru ya..tuan tanah dua tiga hari ni sibuk sesangat dengan kerja..tambahan bila bangun pagi aja mesti rasa mual dan sakit kepala..

Apa kata jom hari ni kita search internet dan cari artikel mengenai Sakit Kepala..

Jom kongsi..

Memahami sakit kepala

Pengenalan Sakit kepala adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.
Jenis-jenis sakit kepala :
  • Sakit kepala akut
  • Sakit kepala kronik atau berulang-ulang
  • Migrain
  • Sakit kepala tegang ( Tension headache

Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulang

Sakit kepala yang berlaku berulangkali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang mempunyai migrain atau sakit kepala disebabkan ketegangan.

Migrain

Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk-nyucuk sebelah kepala. Ianya bermula di bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua-dua belah kepala. Kanak-kanak juga akan merasa loya dan muntah. Kanak-kanak mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan sakit kepalanya semakin teruk.

Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai sakit otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot-otot di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi yang tegang di sekolah atau di rumah.

Merawat Sakit Kepala

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Ubat-ubatan
  • Terapi pelengkap dan pilihan alternatif

Gaya Hidup Sihat

Kanak-kanak yang mengalami migrain dan sakit kepala tegang (tension headache) akan beransur pulih dari gejala-gejala sakit ini jika mereka mempraktikan gaya hidup sihat seperti :-
♦ Makan secara sihat
  • Memakan makanan seimbang dan berjadual. Makan yang tidak mengikut jadual boleh menyebabkan migrain.
  • Hindari dari memakan makanan yang boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala tegang (tension headache).
    • Satu pertiga dari kanak-kanak tahu yang apabila mereka mengambil makanan tertentu boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala tegang
      (tension headache).
      Kanak-kanak di negara barat melaporkan pengambilan keju, cokelat, buah-buahan citrus (cth. oren), pemanis tiruan dan monosodium glutamate merupakan makanan pencetus migrain atau sakit kepala tegang (tension headache).
    • Pengambilan kafein dalam kopi dan minuman berkabonat juga boleh menyebabkan sakit kepala di kalangan remaja dan orang dewasa.
    • Merekod dan menyimpan catatan harian tentang kejadian sakit kepala boleh membantu untuk mengesan jenis makanan yang boleh mencetuskan sakit kepala.
    • Makanan tidak dikenalpasti sebagai pencetus sakit kepala tegang.
♦Kualiti Tidur Yang Baik
  • Penjagaan tidur yang mencukupi akan membantu mengurangkan kejadiaan sakit kepala.
  • Ini melibatkan :-
    • Persiapan sebelum waktu tidur Elakkan mengadakan aktiviti yang merangsangkan untuk anak anda menjelang waktu tidur. Membaca buku bersama-sama atau suramkan bilik tidur boleh mewujudkan suasana yang menggalakkan kanak-kanak untuk tidur.
    • Persiapan tempat tidur yang sesuai Pastikan tempat tidur sentiasa kemas, bersih dan selesa.
  • Senaman
    • Senaman adalah untuk meningkatkan kecergasan dan badan yang sihat. Senaman secara berkala dapat menghindari sakit kepala di kalangan orang dewasa.
    • Senaman juga dapat mengurangkan tekanan baik di rumah atau di sekolah bagi kanak-kanak. Mereka merasa lebih cergas dan gembira dan boleh meningkatkan prestasi akademik mereka.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubat diberi untuk dua tujuan iaitu:-
  • Untuk mengurangkan sakit (Painkillers)
    • untuk memulihkan gejala semasa sakit kepala.
    • Ubat-ubatan yang biasa digunakan di Malaysia ialah paracetamol, ibuprofen dan mefenamic acid.
    • Untuk orang dewasa yang mengalami migrain, mereka dibekalkan dengan ubat sumatripan (Imigran) dan Caffein/ergotamine (Carfegot), tetapi tidak secara rutin kepada kanak-kanak.
    • Ubat penahan sakit (painkillers) diberi kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala.

Terapi Pelengkap dan Pilihan Altenatif

Terdapat terapi pelengkap dan pilihan altenatif yang dibuktikan dapat membantu mengurangkan gejala, tetapi keberkesanan terapi lain masih lagi belum dikenalpasti. Di bawah ini terdapat beberapa terapi yang berguna untuk merawat kanak-kanak sakit kepala. Kebanyakannya adalah selamat dan tidak membahayakan kanak-kanak.

Terbukti dapat membantu :
  • Teknik menenangkan diri (relaxation techniques)
  • - Senaman pernafasan
    - Terapi muzik
    - Terapi aroma
    - Yoga
    - Urutan badan dan tapak kaki (reflexology)
    Terapi-terapi ini dapat menenang fikiran dan otot-otot
  • Teknik mengendalikan tekanan (Stress management techniques) Ini melibatkan strategi tingkahlaku untuk membolehkan kanak-kanak mengatasi tekanan (stress) dengan baik di sekolah atau di rumah.
sumber artikel dari Google..

Tuesday, 17 April 2012

KETUPAT PALAS DGN RENDANG DAGING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Selamat pagi...dah sarapan ..Kesian ya..dah 2 hari tuan tanah tak meng updated blog ni..bukannya apa saja nak tayang kek tu lama sikit..hik hik..susah nak mendecorate..tu..yang pasti anak teruna si Aiman tu senyum sampai ke telinga..semasa ride tour di Langkawi hari tu  Abah buat surprise party sewaktu dinner kat tepi kolam renang kat Sri Intan Langkawi..seronak benor la anak teruna tu..hadiah untuk Aiman kali ni kasut bowling yang berharga rm0000..penat penat mak dan abah..

Ok kita ke menu hari ni..aduss...sekarang tak yah tunggu Aidilfitri..bila bila masa boleh merasa ketupat dan rendang.. menu ni memang mendapat tempat No 1 dalam menu kegemaran saya..tambah tambah dapat makan ketupat palas yang mak buat..sedap tak terkira..lemak ..ada pulak jagung..memang meletup.. 

 

Ketupat palas menjadi kemestian bagi kami di kawasan utara ..dihidangkan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha..kebanyakkan kaum ibu dan anak dara belajar cara-cara membalut ketupat palas ni..
selalunya pulut di tanak bersama santan.. kekadang di campur kacang ketupat..jagung..atau ada juga yang menyukai pulut hitam utk di buat ketupat..



Rendang daging ni dinamakan Musalmah Daging meletup dengan rasa rempah ratus nya...nanti saya lampirkan resepinya ya..



Di makan bersama serunding ayam ,daging, atau ikan..gulai ayam dan daging juga selalu di sajikan bersama-sama ketupat palas ni..Bagi saya apa jenis rendang atau serunding tetap menjadi feberat saya..

Ok selamat minum pagi.jom kerja..jumpa lagi esok..Salam sayang untuk semua..Bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...