THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 29 February 2012

KEJOHANAN TENPIN BOLING


Assalamualaikum

Hari ni kerja kat Penang lagi ..baru aja sampai rumah..so selesai aja kerja rumah and dinner gan family terus aja mengadap laptop..

Actually hari ni nak membukukan sedikit photo photo sekitar kejohanan Tenpin Boling Aiman dan Alyssa yang berlangsung kemarin 28hb dan 29hb Februari 2012..utk kenang kenangan.



  Johan bawah 15tahun
tahniah anak ku...syabas atas kerja kuat dan usaha yg tidak putus putus..


 Aiman dan sahabat yang mendapat tempat kedua...


 Sekolah Rendah Sultanah Asma..

Tahniah Alyssa..dapat no 9..tahun depan kena usaha kuat sikit nak join dengan abang Aiman..
 Alyssa dengan hadiah...senyum mahal tu..tak dak RM00,000 jgn cuba intai intai tau..he he he..
 mana satu nak pilih ni..semuanya cantik cantik


 kasut baru Alyssa..


 Bola idaman Aiman..RM0000...mama dah pening kepala..
 Alyssa dah dapat bola baru..



Terimakasih yang tidak terhingga kepada sahabat sahabat blogger dan silent readers  yg sudi singgah di blog hanimmdzain ini......salam perkenalan dan jangan segan-segan untuk meninggalkan comment anda ya terimakasih semua...

Tuesday, 28 February 2012

TORTILLA CHEESE WRAP

Assalamualaikum

Selamat bertemu kembali..apa khabar hari ini..maaf ye hari ni bersiaran di waktu malam..

Hari ni seharian menemani Aiman n Alyssa dalam tournament Tenpin Boling peringkat Kota Setar , Kedah..Alhamdulilah Aiman mendapat pertama bagi kategori bawah 15 tahun..and Alyssa rangking top 10 bagi bawah 12 tahun.walaupun baru 10 tahun dah mewakili sekolah dari umur 9 tahun lagi.

Dah makan malam..rasanya semua dah dinner tinggal nak sleep aja kan..Dua tiga hari lepas Alyssa kurang sihat so makan pun tak berapa lalu..so dia minta mama nya buatkan tortilla with nugget n salad..so hari ni share la our makan malam..


 Actually resepi ni amatlah senang nak buat ..beli aja tortilla yg pelbagai rasa spt black pepper, kentang,bawang putih banyak di jual di pasaraya besar spt Giant or Tesco.


Intinya bolehlah di letak nugget , sausage or telur dadar..bahan wajibnya mestilah cheese mozarella, parmesan n cheddar..
tambahkan sedikit sayuran, mayonies dan cili..siap ..
 Kalau sedang berdiet..menu ni amatlah sesuai..cuma kurangkan segala jenis cheese aja
Panaskan sedikit diatas kuali non stick..biar cheese cair..sedap sangat di makan panas - panas..

Monday, 27 February 2012

RED VELVET CUP CAKE....

 Assalamualaikum

Bermula minggu baru..hari ni...dahpun  penghujung bulan februari..Bagi tahun ni ada 29 februari so sesiapa yang lahir pada hari tu ..tahun ni boleh la sambut happy besday..

Semalam banyak juga resepi resepi baru yang di cuba..biasala..tengah syok membaking ni..saya cuba la satu cup cake yang menjadi kegilaan satu ketika dulu Red Velvet Cup Cake...


Satu kepujian boleh di berikan pada kek ni kerana ke ini sangatlah gebus...kurang manis .

Jom kita buat
2 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan koko powder*
1sdk baking powder*
1sdk garam halus* ( * di ayak bersama )

11/2 cawan gula halus
1/2 cawan mentega atau buttercup
2 biji telur
1sdk esen vanilla

1 cawan susu segar
1sdk pewarna merah  ( masukkan pewarna dalam susu kacau sebati )

1sdk cuka atau lemon jus
1sdk baking soda

 
Pukul mentega dan gula hingga kembang ..kemudian masukkan telur sebiji sebiji pukul lagi hingga sebati , masukkan esen vanilla  dan pukul hingga gebu.  Masukkan tepung koko yang telah di ayak tadi gaul sebati , kemudian masukkan susu yg telah diletakan pewarna.gaul lagi.

Dalam satu mangkuk satukan cuka/jus lemon bersama 1sdk baking soda..biar berbuih..kemudian campurkan kedalam adunan kek tadi..gaul sebati..

Bolehlah dimasukkan ke dalam acuan cupcake dan bakar selama 20 minit..

Tara.....dah boleh di makan..kalau rajin bolehlah di hiaskan dengan cream cheese atau cream well..




 

Kek ni mudah aja nak buatnya..jangan takut nak mencubanya...memang sedap gebus boleh dihadiahkan pada kawan kawan utk hadiah harijadi atau perkahwinan...

Sunday, 26 February 2012

IKAN TENGGIRI MASAK TAUCHU...

 Assalamualaikum..


Sebelum nak masuk tidur ni nak share satu menu yang menjadi feberat seisi rumah ..Ikan Tenggiri masak tauchu...bila aja hidangan ni..maka bertambah tambah la nasi semua orang..ya la..ikan tenggiri ni masak apa pun sedap..isinya yang gebu..manis ni memang best sangat makan dgn nasi panas..


Menu ni senang aja ..goreng ikan ..potong bawang besar..cabai melaka..bawang putih...halia..tumis hingga garing..than masukkan taucu ..saya basuh sikit tauchu tu sal selalunya tauchu ni masin sikit..letakkan  air asam jawa..last letakkan sedikit kicap manis..dah boleh di makan..
Kalau ada sesiapa yang tak berapa lalu nak makan nasi tu..boleh lah masak menu ni..mesti laju je makan nasi..


Ok selamat malam semua....sweet dream...jumpa lagi esok ye...

ACAR BUAH BUAHAN



Assalamualaikum






 Dah makan tengahari...masak apa hari ni...semestinya hari minggu sebegini hidangan mestilah istimewa sedikit dari hari hari biasa...bagi yang bersekolah hari ni anak anak pun dah balik..bolehlah hidangkan nasi..sesuatu yang amat istimewa dapat makan bersama sambil bercerita hal hal sekolah tadi..

Hari ni nak share satu menu pembuka selera..Acar Buah Buahan..Acar dahulu dihidangkan pada bulan puasa rasanya yang masam masam manis pembuka selera..tetapi zaman dah berubah..acar sekarang dihidangkan di rumah rumah kenduri atau utk makan tengahari..dan makan malam. Nak membuatnya bukanlah susah sangat..







Jom kita semak bahan-bahannya.

20 tangkai cili kering*
4  ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia * (* semuanya dikisar halus)
Gula / Garam secukup rasa
Cuka 1/2 botol kecil.




Buah buahan jeruk


Kurma,Kismis, Mempelam , Apricot,Buah Limau , Prune ,Buah Kana , atau apa apa jenis jeruk yang di sukai. Sedikit Cili Hidup , Cili Melaka , Bawang Merah , Bawang Putih ,Halia dan sedikit bijian utk di tabur.


Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak lagi 5 minit.Kemudian masukkan cuka masak lagi 5 minit.Bila dah sebati masukkan buahan-buahan gaul hingga rata. Masak agak-agak kering..bolehlah di angkat dan di tabur sedikit bijian bila di hidangkan.


Acar ni lebih sedap bila di simpan 2 atau 3 hari..rasa masam manis lebih terserlah..Kalau buahan di keringkan terlebih dahulu dan bahan tumis dimasak hingga betul betul masak..acar boleh di simpan berbualan lamanya.

Ok selamat menjamu selera...jangan lupa mencubanya ya...

Saturday, 25 February 2012

Taman Herba.....

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu..bestnya bila tiba hari Sabtu dan ahad ni..rasa hati cam nak duduk rumah aja tak nak keluar nak rehat serehat nya...macam nilah orang bekerja..minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk...letih ke hulu ke hilir..hari ni nak relax sikit..

Minta maaf dua tiga hari ni tak ada entry masak..ya..insyallah banyak gak resepi nak dijalan hari ni n esok..so nanti kita share sama-sama ya..


Hari ni nak share gambar gambar yang diambil masa cuti hari tu..Masa jalan jalan kat Cameron Highland sempat meneroka Taman Herba kat Mardi..bestnya dapat tengok dan bau fresh herba macam Times,Rosemary,oregano..selalunya beli yang kering aja..sekali ni dapat tengok dan bau yang betul betul bukan cubaan...tau




 Tomato kecil
 Rosemary
 Oregano
 Asparagus
 Parsli
 Cabai Melaka
 Salad
 Salad lagi
 Salad warna purple cantik
 Anggur
 Strawberry
Alyssa kat rimbunan daun Teh

Ok esok kita jumpa lagi ye....

Friday, 24 February 2012

Doa Taubat - Madrasah Al Junied ( With Lyrics )



Assalamualaikum..salam jumaat untuk semua..semoga hari ini lebih ceria dari semalam..

Sekadar renungan

Daripada Abu Malik al-Harith bin A'sim al-Asya'ri r.a. katanya

Telah bersabda Rasul S.A.W : Kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman,ucapan alhamdulilah memenuhi neraca,subhanallah serta alhamdulilah memenuhi neraca,subhanallah serta alhamdulilah keduanya memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi..sembahyang sebagai cahaya,sedekah pula bukti iman,sabar itu sebagai sinaran,           al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia di pagi lagi ada yang menjual dirinya (memelihara diri daripada siksaan Allah)dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah).

Amin

Wednesday, 22 February 2012

BLUE LIKE A SKY...jelly crystal again

Assalamualaikum




Selamat bertemu lagi...minggu ni adalah minggu yang paling sibuk...isnin kerja  outstation di penang  ..till kul 9 malam..selasa ke penang lagi...hari ni ke sungai petani..aduh...boleh pitam bawa kereta jauh jauh ni..


Memang amat lah letih..balik aja rumah dah tingai 1/2 selinder aja ..nampak bantal ja...apakan daya ..demi mencari rezeki...


Sebelum mata ni semakin layu jom kita share resepi jelly ni..actualy jelly kali ni di buat kerana tak sabar-sabar nak try acuan yang baru di beli..rambang mata bila tengok pelbagai jenis acuan ada di pasaran..acuan jenis ni juga boleh di gunakan utk membuat coklat..





Resepinya mudah aja hanya gunakan 1 peket agar-agar serbuk. gula ikut suka nak manis atau kurang..200ml susu segar..1sdk esen vanilla..1 tin laici yg dikisar halus..sedikit pewarna di sukai.


Masak air lebih kurang 2 cawan..mendidih masukkan serbuk agar-agar..gula, esen vanila ,susu , laici yg telah dikisar halus dan pewarna di sukai. tunggu hingga sedikit suam masukkan ke dalam acuan. sejukkan dlm peti ais taraaaa dah boleh dimakan..

BLUE LIKE A SKY..BLUE LIKE A OCEAN...
AND CELCOM BLUE.....

Monday, 20 February 2012

STRAWBERRY BANANA MUFFIN


Assalamualaikum...


Bermula hari pertama bagi minggu ini..today kerja di Penang..cuaca pulau amatlah panas sekali..memang agak letih bila berpanas ni..demi kerjaya..ku gagahi jua..


Hari ni nak kongsi lagi satu resepi muffin yang sedap dan gebus..aja..bila duduk duduk kat rumah hari tu mula la mereka reka kerja..nampak ada 2 biji pisang nangka lebih buat goreng ..drp pisang tu masuk cik tong..baik buat something..


Tara...terhasillah Strawberry Banana Muffin...jom kita semak respinya..










Strawberry Banana Muffins Recipe:

1/2 cup (1 stick) (113 grams) unsaltedbutter, melted
2 largeeggs, lightly beaten

1 teaspoon (4 grams) purevanillaextract

2 large ripe bananas, mashed (about 1 cup)
1 cup (240 ml) freshstrawberries(cut into bite sized pieces)
2 1/4 cups (295 grams) all-purposeflour
3/4 cup (160 grams) light brownsugar
1 1/2 teaspoonsbaking powder

1/4 teaspoonbaking soda
1 teaspoon (4 grams) ground cinnamon
1/2 teaspoon (2.5 grams) salt

Strawberry Banana Muffins:


Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C). 
Place the oven rack in the center of the oven. Line a 12 cup muffin pan with paper liners or lightly butter or spray the muffin cups with a vegetable spray.

In a small saucepan melt the butter. Let cool to room temperature.
In a medium sized bowl whisk together the eggs, vanilla extract and mashed banana. Add the melted butter and stir to combine.  
In another large bowl combine the flour, sugar, baking powder, baking soda, cinnamon, and salt. Gentlyfoldin the berries, making sure they are coated with flour. (This helps to prevent the berries from sinking during baking.) Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir only until the ingredients are just combined. Do not over mix the batter or toughmuffinswill result. 
Divide the batter evenly among the 12muffin cups, using two spoons or an ice cream scoop. Place in the oven and bake until a tester inserted in the center of a muffin comes out clean, about 20 to25 minutes. Transfer to a wire rack to cool. Can be stored for a few days at room temperature.
Makes 12 regular sized muffins. Preparation time: 20 minutes.


Read more:http://www.joyofbaking.com/muffins/StrawberryBananaMuffins.html#ixzz1mj1FsFiB






Resepi ringkas di ambil dari Joyof baking....









Selamat mencuba ya...

Sunday, 19 February 2012

BLACKCURRANT JELLY CRYSTAL

Assalamualaikum


Selamat bercuti..dan merehat kan diri..hari ni tak ada apa-apa rancangan anak anak semuanya bersekolah..
sementara menantikan kepulangan Aiman and Alyssa..sempat lah menjalan kan projek ..panas-panas ni apa lagi yang sedap makan jelly le..

Blackcurrant Jelly Crystal ni bukan ja senang nak buat rasanya yang masam masam manis tu yang buatkan tak sedar dah berapa ketul dah gap..

Resepinya mudah aja..guna aja instant jelly apa apa perasa pun boleh..di masak dengan air panas..
masukkan kedlm acuan kesukaan..bila dah agak suam masukkan dlm peti ais..

Pas tu kita buat lapisan bawah..

10gm agar-agar tali ( yg serbuk pun boleh)
40gm gula ( ikut suka nak manis lebih atau kurang)
20ml susu segar ( nak pakai susu cair pun boleh guna 1 tin)
1sdk vanilla

Masak agar-agar dengan sedikit air agak2 dlm 1 cwn..bila dah agar-agar larut masukkan gula..than susu last masukkan esen vanilla..biar didih 5 minit tutup api

Tunggu sehingga agar-agar suam baru lapiskan dengan jelly blackcurrant tadi..




Enak dimakan sejuk-sejuk

Selamat mencuba nya....happy sunday....jumpa lagi ...

Saturday, 18 February 2012

GORENG PISANG NANGKA

Assalamualaikum..
selamat bercuti di hujung minggu..

Hujan lebat sedang turun sekarang ni..nak berkebun pun tak boleh..takpa hujan rahmat..kesian pokok pokok yang kekeringan berdoa mohon di turunkan hujan...bila hujan ni perut pun mula lah minta di isi..

Apa lagi yang paling sedap ...  jom..pekena Goreng Pisang Nangka..pisang ni di beri oleh jiran..kebetulan pisang ni adalah antara pisang yang menjadi kesukaan saya..susah juga dapat pisang ni di jual de gerai-gerai.




Pisang goreng ni selalunya menjadi sajian mak mak kita dahulu kala..dulu-dulu mana mak kita pandai buat cup cake..muffin..pasta utk sajian petang ...selalunya petang petang menu kemestian mestilah cucuq kodok..cucuq bawang..goreng ubi..cucuq udang...sajian ni lah yang menjadi kegemaran kita walaupun dah banyak menu barat ada sekarang ni kan..
Minta secawan kopi 



Da....jumpa lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...