THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Tuesday, 31 January 2012

CRYSTAL JELLY PANDAN

 Bismillah...Assalamualaikum..


Apa khabar hari ni....cuaca di luar amat baik sekali..mentari bersinar terang menerangi bumi Allah ini..semoga kita di beri kesihatan yang baik..walaupun kadang-kadang ujian di beri..anggaplah ini perjalan sebuah kehidupan sementara di panggil balik..


Bila dah cuaca terik ni..mulalah terasa nak makan yang sejuk-sejuk..teringin pulak nak makan jelly or agar-agar..mesti sedapkan bila bawa keluar dari peti sejuk...dingin aja melalui anak tekak ni...


Tunggu apa lagi Jom kita buat Crystal Jelly Pandan ni..







A.


1 peket serbuk agar-agar
450ml air
200gm gula
2 helai daun pandan


B.
200ml santan 
1sdk pes pandan
2biji putih telur
1/2 sdk garam
1sdk esen vanillan


Bahan A dimasak hingga sebati..Bahan B pulak di gaul ..bila A dah sebati tuangkan bahan B..biar didih 5 minit..dah boleh di tuang ke dalam acuan yg di gemari.




Senangkan..memang lemak manis aja rasanya.......






Kemumu di tengah pekan   
    
    Dihembus angin jatuh ke bawah

Ilmu yang tidak diamalkan 

   Bagai pohon tidak berbuah



Tumbuh melata si pokok tebu

   Pergi pasar membeli daging

Banyak harta tak ada ilmu   

   Bagai rumah tidak berdinding

Monday, 30 January 2012

MAGGIE GORENG AJE...

 Assalamualaikum


Selamat bersiaran..agak lewat sikit bersiaran malam ni..maklumkan nak selesai kerja rumah baru boleh dok mengadap lappy ni..hari ni tuan tanah agak letih sikit ..hari ni nak share resepi yang paling senang and paling sedap..


Jom makan Maggie Goreng..sesekali best gak..



Resepi mudah..cepat dan mengenyangkan..




Maaf ya..mata ni dah makin kecil...sampai jumpa lagi ye..

Sunday, 29 January 2012

RAINBOW CHOCOLATE RICE DONUT


Assalamualaikum..


Hari ni Ahad..anak-anak dah mula bersekolah selepas bercuti Chinese New Year..selama beberapa hari..pagi ni jalanraya kembali jam ..spt biasa..ibubapa yang berkerja hari ni..awal dah menghantar anak-anak ke sekolah..bagi kami yang off hari ni..relax la sikit...


Dah sarapan..?
Sarapan apa pagi ni?


Kalau belum bersarapan lagi pagi ni apakata kita pekena Donut dulu...dicicah dengan ayak Kopi..apa nak kata..best sangat..actually Donut ni adalah cubaan saya yang kedua..selepas yg pertama tak begitu memuas hati..kali ni alhamdullilah..menjadi ..gebu ...sangat..



Jom kita buat


500gm tepung gandum
100 gm gula halus
11gm yis kering
4 biji kuning telur
100ml susu segar
100ml air suam
100gm butter
1sdk garam

Bahan-bahan diatas di gaul hingga tidak melekat di tangan..dan kembang ..kemudian rehatkan doh selama 1 jam. selepas 1 jam bolehlah di perap dgn acuan donut ataupun dibulat-bulat..rehatkan doh lagi selamat 20 minit.


Panaskan minyak..kemudian bolehlah di goreng donut tadi.Hiaskan mengikut citarasa masing-masing.





Donut ni amatlah gebu dan sedap sangat..walaupun di simpan hingga kepetang donut still lembut.




Jangan lupa mencuba ya....



Saturday, 28 January 2012

Let me introduce...Chombi with the kids..


Hai...semua...let me introduce my kids....

Dilahirkan pada 18hb Disember 2011..jam 6 pagi di Alor Setar , Kedah..jenis saya Scottish Ball...

Bermula dengan


No 1..

Namanya Jebat..kuat berlari.....saya nak kuat macam pahlawan Jebat..kan saya yang sulung mesti pandai jaga adik-adik saya yang semuanya pompuan


No 2..

Nama saya Teja atau Tun Teja nama penuh saya ..saya pompuan tau....saya sorang aja putih..tapi kan mak saya warnanya kelabu..tapi ekor saya kelabu macam mak saya





Saya no 3..

Nama saya Puteri..saya suka main sorang-sorang....ye le saya kan Tuan Puteri..



No 4

Name sssaye...Dayang...saya yang bongsu sekali...saya selalu kena buli dgn abang dan kakak saya..sebab tu badan saya kecik ..tapi Tuan saya paling sayang kat saya....




Sekian cerita saya..


CHOMBI with the kids...opss lupa nak bagi tahu Tuan saya adalah tuan punya blog ni..hubbynya ..Tuan Alias anak-anaknya Aiman dan Alyssa.yang rajin menjaga anak-anak saya..ehm...saya bersyukur sangat dapat tinggal di sini kerana saya di jaga dengan penuh kasih sayang...


Ok jumpa lagi ye...

Friday, 27 January 2012

Talam Pisang Emas

 Assalamualaikum


Salam Jumaat..penghulu segala hari..maafla ye..bersiaran agak lewat..tuan tanah hari ni kurang sihat...bertambah dengan kerja pejabat yg menanti so jam ni le sempat meng Updated blog ni..


Hari ni nak share satu lagi resepi yang agak ringkas tapi sedap lemak manis rasa pisang emas..Talam Pisang Emas.Menu di pinjam dari ibu tersayang..warisan turun temurun..memang tak boleh menang kalau lawan memasak dengan mak ni..apa aja yg di masak memang best sangat..so nak kongsi di sini salah satu dari resepinya..


Jom kita buat


2 cwn tepung gandum
2 cwn pisang yg di lenyek
1 cwn santan pekat
1/2 cwn gula
1/2 sdk garam
10gm buah kismis


Bahan -bahan di atas di gaul macam nak buat cucur kodok..selepas sebati masukkan buah kismis dan di kukus 30minit atau hingga masak.



Sedikit renungan bersama


AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad). 
 
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak. 

Thursday, 26 January 2012

MARBLE CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Bismillah....

Selamat pagi..apa khabar..mentari bersinar cerah pagi ini....harap harap biarlah cerah hingga ke petang...bila dah cerah hingga ke petang ni sempatlah kain baju kering kan..

Mesti semua dah bersarapan...kan masa pun dah hampir ke tengahari..sekejap aja dah mula bersiap-siap ke dapur pulak utk masak makan tengahari..itulah tanggung jawab kita kaum ibu ni kan..bagi kami yang berkerja ni bila anak-anak bercuti ..kena la masak malam-malam ...

Ok hari ni tak dapat bersembang lama- lama kerna kerja pejabat bertimbun - timbun..nak kongsi menu untuk minum petang...Marbel Chocolate Chips Muffin ...menu ni saya buat petang semalam...



Muffin ni boleh di pelbagaikan mengikut rasa masing- masing..resepinya boleh la search di dalam blog  ini...... ya




Ok kita bertemu lagi ya....selamat mencuba dan tak lupa salam perkenalan di alam maya...

Tuesday, 24 January 2012

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE


Bismillah..


Sekejap aja cuti dah selesai cuti 4 hari ..dapat lepak kat rumah memang best sangat..banyak juga kerja-kerja rumah dapat di selesaikan..yang paling seronok sekali kami adik beradik berhimpun kat rumah mak untuk makan bersama..jarang-jarang dapat makan berhimpun..sambil bercerita..sempat juga me memasak beberapa jenis menu..ayam masak kicap..sambal tauhu..ikan gelama kering..ikan goreng..ulam ulaman..adik ija masak gulai ikan kering..dan kak yati kakak yang sulung masak sambal sotong kacang tanah my feberet kami adik beradik masa kecik kecik..dulu kalau dulu bila balik sekolah buka aja tudung saji nampak mak masa sambal sotong kacang tanah ni senyum sampai telinga la..sedih gak sal adik yang bongsu tak dapat balik...cuti ni..


Esok dah mula rutin seperti biasa kerja-kerja kerja...Alyssa dan Aiman still bercuti ..hari Ahad baru sekolah bermula seperti biasa.


Petang tadi sempat bakar sebiji kek..actually kek ni dapat idea dari daput ITA masam manis..Banana Chocolate Rice Cake..bila aja ada pisang memang menjadi kesukaan saya..nampak pula CMG pun cuba mula lah berkobar-kobar semangat nak cuba..terimakasih yang tidak terhingga pada Ita yang sudi berkongsi resepi ni dan saya memohon berkongsi dengan rakan-rakan blogger saya pulak..semoga dengan ilmu yang dikongsi bersama ni hanya Allah saya yang membalasnya dengan seribu rahmat dan pahala..


Jom kita buat...

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee 
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit ( me tak ada stok kekacang so cuma letak rainbow chocolate rice )

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking papaer dan griskan dengan butter

Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat cip dan gaul rata
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.











Memang benar kata ITA dan CMG kek ni memang sedap sangat..tambahan di makan panas-panas hot from the oven kata mat saleh

So tunggu apa lagi..mesti cuba tau..

Monday, 23 January 2012

LASAGNA BOLOGNESE

Bismillah


Assalamualaikum..bertemu kembali..hari ni Isnin cuti bagi menyambut Chinese New Year..mungkin ada yang berkunjung ke rumah sahabat...mungkin juga ada yang membuat family gathering  bersempena cuti ini..atau ada yang melangsungkan perkahwinan...


Bagi yang tidak ada plan apa-apa..macam saya ..nikmatnya sungguh bila dapat dok teperap kat rumah..tak menang tangan banyak kerja yang tertanggung perlu di selesaikan..masa ni lah kita dapat berkepit dengan anak-anak..dan mereka juga ada aja cerita yang ingin di kongsi bersama..


Ok jom kita ke menu minum petang untuk hari ni..Lasagna Bolognese..dah lama sangat terperap lasagna dalam kotak..dok tunggu hari yang sesuai nak membuatnya..so hari ni maka terlaksanalah misi yang lama tertangguh..jom kita tengok bahan-bahannya
Jom kita buat

6 keping lagsana.


Sos nya


250 gm ayam yang sudah di kisar
1 botol sos bolognese
2 biji bawang besar/holland di potong dadu
cendawan butang di potong halus
10gm mozarela cheese
10gm parmesan cheese
10gm cheddar cheese
sedikit serbuk  oregano dan rosemary
10ml susu segar
1/2 sdk garam
1 sdk gula


Tumis bawang besar hingga garing..kemudian masukkan ayam..selepas ayam masak bolelah masukkan sebotol sos bolognese..cendawan..garam dan gula ..agak kering masukkan serbuk oregano dan rosemary.Tuang susu segar dan masak agak-agak 5 minit.tutup api ketepikan.


Ambil loyang susun lasagna sekeping kemudian masukkan sos bolognese yang di masak tadi..susun hingga habis..akhiri dengan sos bolognese..Taburkan kesemua cheese..bolehlah di bakar hingga cheese cair dan garing.









sesekali merasa masakan western ni ok juga..tak payah la membuang duit membelinya di luar kerana cara-cara membuatnsya amat senang.

Selamat mencuba ya...jumpa lagi....bye

Sunday, 22 January 2012

CUCUR JAGUNG DENGAN IKAN BILIS


Bismillah

Assalamualaikum....mesti semua sedang berehat selepas makan tengahari...waktu ni selalu nya mata dah mula kuyu...kecik aja...lelap sekejap boleh gak merehat kan badan selepas bertungkus lumus menyimpan rumah dan memasak..


Selalu cuti cuti gi ni bila mai petang aja mulala anak-anak menanyakan menu petang pulak..dah ada idea ..kalau masih tercari-cari saya hidangkan lagi sekali Cucuq Jagung ikan bilis..oleh kerana stok jagung yang masih ada lagi 4 tongkol..saya habiskan saja dari kering tak di makan..selalunya rumah ni kalau cucuq jagung sure habis....



rasa yang rangup sekali..lagi sedap di cicah dengan mayo dan cili sos



Resepi boleh di dapati di SINI di blog saya..ok selamat minum petang...

Saturday, 21 January 2012

BLENDED BUTTER CAKE

Dengan Lafaz Bismillah...

Assalamualaikum..buat pengunjung semua...dan makan tengahari...mesti hari ini ada yang sibuk berkunjung ke rumah kenduri ada yang membawa keluarga berkelah di tempat tempat menarik...atau yang bercuti di luar negara...Cuti Chinese New Year ni agak panjang so  berkesempatan lah bagi kami yang berkerja ni berehat panjang..

But for me mestilah cuti ni di gunakan sebaik mungkin untuk mencuba resepi resepi menarik dari blog yang lain..banyak list yang menunggu ni....ok .....

Kita mulakan dengan menu pertama bagi cuti sabtu ..Butter Cake ni di minta oleh adik ipar yang teringin nak merasa kek butter ni..so mula la Saya mencari-cari resepi yang menarik..


Resepi ni di ambil dari My resepi Kak Fida yang terkenal kerana bermurah hati berkongsi resepi resepi yang memang best...minta izin untuk sama-sama berkongsi dgn yang lain .terimakasih yg tidak terhingga kak Fida..


Jom Kita Buat



Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
  • 1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
  • 250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
  • 1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
  • 4 biji telur
  • 1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

Cara-cara




 Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.


 Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.


Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega


Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hingga masa


Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.



Memang best sangat rasa kek ni ....gebu dan halus

Mengikut resepi yang asal hanya satu warna ..cuma nak nampak menarik saya bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu di tambah serbuk koko agak agak 2 sudu besar..belang ikut kreativiti masing masing ya..
















Friday, 20 January 2012

CHICKEN TORTILLA WRAP

Bismillah...

Assalamualaikum



Salam di pagi jumaat penghulu segala hari...apa khabar..doa di panjat semoga di beri kesihatan yang baik..dirahmati dunia dan akhirat...di kelilingi anak-anak yang soleh dan solehah...dijauhi dari godaan syaitan dan iblis..di jauhi dari lalai mengerjakan solat ...Amin..

Cuaca cerah pagi ni..menjadikan mood kita pun secerah mentari pagi...dah sarapan...kalau belum cepat-cepat  isi perut tu dulu...kalau dah tak ada idea nak makan apa pagi ni..jom kongsi Chicken Tortilla Wrap .

Actually menu ni di buat untuk dinner semalam..masih ada lagi 2 keping tortilla so saya bekalkan ke pejabat..save le breakfast ...



Jom kita buat

1 bungkus tortilla (yg ni perasa kentang)
dada ayam or chicken nugget di goreng
Salad,Tomato, Timun , Lobak Merah
Mayo and cili sos..
Mozarella cheese
Parmesan cheese

Bungkus semuanya spt gambar..grill 5 minit atau sehingga cheese cair...kemudian  boleh di hidangkan.







menu sihat boleh di amalkan semasa berdiet..memang best sangat di makan panas-panas..






Opss jangan lupa minuman kegemaran saya RIBENA..




Sebelum berundur pagi ni sedikit renungan bersama


BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).
 

Kesimpulan Hadis: 
1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 
2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.




Thursday, 19 January 2012

CUCUR JAGUNG DENGAN UDANG


Assalamualaikum


Hari ni cuaca tak menentu pada awal pagi nampak langit cerah membiru...masuk aja tengahari langit dah mula kelam..dalam dok memandu teringat kain baju yang bawah porch..nasib tak bawa keluar kain..kalau tak alamat kena basuh lain la..


Bila dah hujan tu paham-paham le mulut ni mulalah buat perangai teringat nak makan macam-macam..so dalam perjalan nak ke Jitra berhenti tepi jalan ada orang jual kuih..tengok alamak macam-macam ada pokoknya semua teringin...kebetulan tak makan tengahari konon nak skip le lunch..aduh tak tau nak pilih apa..tengok lompang sedap..pas tu tengok lopes pun meleleh aayak liur..pas tu tengok bubur pulut hitam pun kaw...last last tau saya beli apa.....


Beli cucuq pisang..baru padan muka semua teringin tu la orang dok kata nak membeli ..beli masa perut kenyang..memang syaitan dok mengoda betoi..


Ok la nak share satu menu permintaan cik Abang yang teringin..kalau ikut hati memang malas benor..tapi apakan daya nak jadi isteri mitahli..kena buat le juga walaupun balik kerja tinggai 1/2 selinder aja...


Cucuq Jagung dengan Udang..kebetulan cik Abang outstation sebelah Naka nun jauh di pendalaman nampak orang jual jagung elok-elok so dia lah yang membeli semua bahan -bahannya...Jom kita tengok...bahan-bahanya...



     

3 tongkol jagung
2 ulas bawang Holland/bawang besar
2 biji cili merah
sedikit daun kucai
400gm tepung gandum
1sdk garam
350g udang segar
air ais utk bancuhan biar rangup cucur kita
minyak untuk mengoreng

Potong jagung..bawang dadu,cili potong bulat,,kucai campur semuanya dengan tepung gandum..perasakan dengan garam..saya letak sedikit serbuk kunyit biar nampak kuning-kuning sikit..masukkan sedikit sedikit air ais agak-agak adunan kita tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair.

Kemudian bolehlah panas kan minyak dan mula mengoreng..masukkan sedikit adunan tepung ..letakkan udang kemudian ambil lagi sedikit adunan tutup udang than goreng sehingga garing..lakukan sehingga habis..dah boleh dihidangkan..boleh di tambah cili ..semasa menghidangkannya...

Alamat dua  tiga hari ni jenuh le saya mengidangkan menu berdasarkan jagung sal Cik Abang membeli stok jagung macam nak buat kenduri..bubur jagung..bingka jagung..kek kukus jagung..punding jagung..semuanya jagung le....ada orang buat sambal tumis jagung tak..he he...
       
         
                                        

Kita jumpa la esok ye...terimaskasih sudi melayari blog saya...saya chow dulu ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...