THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 17 August 2011

relax time.......






disini lah tempat aku merehatkan minda..................tenang tiada bunyi hanya deruan angin dan awam sejuk yang melintas..... aku tenang....................

Tuesday, 16 August 2011

HELPING HAND.......









my expirence during jalan jalan ke Danok Thailand...

kita boleh beri makan gajah dengan RM10.00 dapat sebungkus Tebu..

so we help gajah dgn cara membeli tebu and than dapatlah gajah tu makan untuk hari tu...

kesian kan..macammana kalau tak dak orang beli..tak makan le gajah tu sehari....

aktiviti ini hanya terdapat di Thailand waktu petang sahaja...pagi and tenghari tak dak activiti ni sal apa....

SAL GAJAH TIDOQ...cuaca panas di waktu tengahari gajah cepat naik minyak.....

Monday, 15 August 2011

Selamat datang ahli syurga..selamat datang.....

ah....risaunya hati esok harinya...14hb Ogos ...satu tarikh yang paling aku takut untuk menghadapinya...

apa akan jadi...sayu ...sedih....tah bagaimana lagi perasaan ini..

Malam..............................................................................................

' Abang..sok...14 Ogos....Sya...sok..14 Ogos..Man..sok 14 Ogos..semua..aku ingatkan....

Jawab suamiku..: Abang cuti esok...nanti abang bagi tau kita kemana...

Jawab anak daraku : Sya ....ingat....

Jawab anak terunaku:  Man ingat mama....

Aku....aku..ingat..ingat semuanya yang berlaku pada tarikh itu.....

14hb Ogos 2007..

Pergilah along. Mama izinkan. Mama izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata along yang layu tertutup rapat, genggaman tangan along pada jari mama semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 9.25 mlm, akhirnya along meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mama kucup dahi along. Mama bisikkan di telinga along: "Tenanglah along di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak along. Along... tunggu mama di sana ya! Di syurga!"



Kenapa Along dulu yang pergi bukan mama....adakah ,Along telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mama di sana nanti.

Sepanjang hayat Along, apa saja keinginan along  telah mama tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mama

Selama 16 tahun hayatmu anak ku....terlampau banyak cerita sedih yang terpaksa Along lalui..berehat lah Along...tiada lagi pembedahan tiada lagi kesakitan..tiada lagi hinaan..
tiada lagi kata -kata keji...

 Mama telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi along dan menggembirakan along setiap saat dan waktu.

Mama  rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti along  Mama jadi 'kaya' dengan kehadiran along. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mama telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk along. Mama telah beri yang terbaik dan mama telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mama tak perlu menangis lagi.

Along.. biarpun kini hidup mama dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa along tapi... mama akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran along dalam hidup kami biarpun cuma sebentar....


Selamat tingal anak ku.....mama sentiasa merindui Along sentiasa....

Mama Sayang along dari lahirmu hingga ke hujung nyawa mama...

ALFATIHAH...buat anakku..Muhammad Azuan Harris bin Mohd Alias.


Friday, 12 August 2011

12 ramadan 12hb Ogos

Alhamdullilah dah 12 hari kita berpuasa....

Setakat hari ini...syukur alhamdulilah aku di beri kesihatan yang baik walaupun kadang-kadang tak
berapa sihat...mungkin cuaca yang panas di Kedah ni..

Apa menu hari ni...

Ni yang merisaukan aku...

ingan nak makan nasi zam zam le...lauk ayam madu n teloq...

and hari ni nak buat fruit coktail...sruup......sedapnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...