Lagu yg Along minta mama masukkan dalam ringtone Along ....
Bismillah.....
28hb Disember 2011
genaplah usia putera sulung ku Muhammad Azuan Harris 20 tahun...
Along selamat hari lahir..mama doakan Along berbahagia di Syurga Allah...mama tahu Along sedang tersenyum bila selalunya mama akan cium Along bila tiba tarikh ini..
Along...tiada apa yg dapat melupuskan ingatan mama pada semua kenangan bersama Along..bahkan kian hari kian jauh Along meninggalkan mama makin kuat ingatan dan kasihsayang mama pada Along..
Selamat hari lahir putera ku...mama abah dan adik- adik rindu dan sayang Along selamanya.
Alfatihah buat anak ku
Muhammad Azuan Harris Bin Mohd Alias
28hb Disember 1991 - 14hb August 2007.
hanimmdzain@blogspot
No comments:
Post a Comment