THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label mee dan bihun. Show all posts
Showing posts with label mee dan bihun. Show all posts

Monday, 17 June 2013

MEE UDANG istimewa....Pulau Sayak..Kedah..

Assalamualaikum





Salam pagi Isnin..bertemu lagi kita di minggu baru nie..ya...kejap aja masa berlalu..bagaimana cuti hujung minggu..lepas..seronok...Hari ni kita nak kongsi jalan -jalan cari makan kami anak beranak..tak ramai pun kami 4 orang aja..minggu lepas..bawa anak-anak jalan tengok tempat bersejarah kawasan di Kedah nie yang terkena Tsunami 2004..Kampung Pulau Sayak..selain terdapat peninggalan rumah-rumah yang di lambung ombak Tsunami dulu anak-anak juga dapat melihat penempatan baru penduduk yang kehilangan hartabenda semasa kejadian dulu.

Rumah-rumah yang roboh akibat ribut dijaga rapi oleh pihak-pihak berkenaan bagi tujuan sejarah..

Hari ni Pulau Sayak bukan saja terkenal dgn kejadian Tsunami tapi amat terkenal dengan keenakkan Mee Udang yang emmmm sangat sedap..udang yang dihidangkan..adussss besaq besaq..tu ha..tengok dalam photo diatas..

Jangan tanya resepi ni ya....depa tak bagi tau...tapi kan kita rasa mee ni lebih kurang macam kita buat mee bandung aja...cuma Udang nya tu yang fresh lagi besar besar...

Jom-jom kita pakat pakat terliuq tengok mee nie.............:)



Kalau ada yang teringin tu..google google la kat mana Kampung Pulau Sayak di Kedah nie ya..

Jumpa lagi.......

Thursday, 30 May 2013

MEE GORENG MAMA

Assalamualaikum............




Selamat Pagi semua...sihat ka? kalau pening pening atau tak sedap badan tu cepat-cepat makan ubat..kita ni kaum ibu kalau jatuh sakit alamat satu rumah jadi caca merba..lebih lagi cuti sekolah nie...

Bangun pagi nie dah mula fikir apa nak masak untuk sarapan..ya la anak-anak nie bangun pagi buka tudung saji atas meja mesti nak makan..so mama dah plan awal awal lagi utk anak-anak breakfast hari nie jom kita makan mee goreng MAMA..ya le..mama yang masak mesti kena letak resepi mama...takkan kut MAMAK yang masak..hik hik hik......




Tak payah resepi la ye...hentam aja..asal kan airtangan mama tu yang penting...

Jumpa lagi esok ya....selamat berperang dengan anak anak ya...

Wednesday, 28 March 2012

OUR DINNER TONIGHT......sweets dream


Sebelum melelapkan mata malam ni..nak kongsi menu makan malam ari ni..simple aja...acara malam ni meClearkan peti ais yang dah sarat..dgn bermacam macam barang sampaikan dah tak muat lagi..so malam ni masak mee goreng basah dgn segala sayur sayuran..udang dan sotong  ..kentang goreng..cheese black pepper sausage..


Pengajaran dari hari ni..lain kali sebelum top up stok makanan sila check dulu apa yang patut di habiskan..



Selamat makan malam dan selamat beradu..mimpi yang best best tau....



anak dara datuk tinggi,

buat gulai ikan tilan,

Datuk Tua xade gigi,

Bila makan kunyah telan.



berderak2 sangkutan dacing

bagaikan putus diimpit lumpang,

bergerak-gerak kumis kucing,

melihat tikus bawa senapang.



pokok pinang patanya condong,

dipikul ribut berhari2,

kucing berenang tikus berdayung,

ikan di laut berdiam diri.





Saturday, 24 March 2012

MEE GORENG MAMAK

Assalamualaikum

 Selamat berhujung minggu..apa khabar...hari ni off day ..tak ada plan ke mana mana ..Alyssa pun kurang sihat so..relax kat rumah aja...dapat le berabih lipat baju dan basuh segala baju yang perlu..cuaca yang panas terik cepat aja kain baju kering.. 


Pagi tadi sempat jalan jalan kat pasar tani...breakfast nasi dagang..bestnya...Alyssa dengan nasi lemak dan otak otak..macam macam yang dia nak..so sesekali jalan pasar tani mama pun ikut aja..so dia pun membelila..sat nak donut..pas tu mangga..pas tu nak murtabak pulak..Alyssa oi...perut besaq mana ni semua nak makan...


Kesian pulak orang demam..ikut aja..last last mamala yang berapih....


Hari ni share lagi satu resepi yg menjadi feberet seisi keluarga..Mee Goreng Mamak..resepi di ambil dari 365 1hari 1 Resepi..Istimewa Chef Hanieliza..banyak sangat resepi resepi yang ingin di cuba bila membelek buku ni...


Rasa mee yang berbeza dan semestinya tersangatlah sedap...





Resepi nya


1 bungkus mee
100gm daging
1 paket kek ikan
1 peket bebola ikan
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu besar cili kisar
1sdb rempah kari
1sdb kicap pekat
2sdb minyak masak
1 labu bawang besar(dicincang halus)
3 biji telur
3 biji cili hijau (utk hiasan)
sedikit cucur udang (saya tambah)

 Cara mengorengnya.


1. Panas minyak.Tumis bawang,cili ,rempah kari..goreng hingga garing.
2. Masukkan daging kacau rata.
3. Tambah kek ikan bebola ikan.
4. Masuk kicap dan mee..taugeh dan sawi..kacau rata.
5. ketepikan mee pecah telur di tengah tengah kuli.
6. Biar telur masak sedikit kemudian kacau sebati dgn mee tadi.Masak mee hingga garing.
7. Hidangkan.






Selamat menjamu selera...



Ok jumpa lagi ya..selamat merelax kan diri manja manja kan diri sendiri ya...

Monday, 30 January 2012

MAGGIE GORENG AJE...

 Assalamualaikum


Selamat bersiaran..agak lewat sikit bersiaran malam ni..maklumkan nak selesai kerja rumah baru boleh dok mengadap lappy ni..hari ni tuan tanah agak letih sikit ..hari ni nak share resepi yang paling senang and paling sedap..


Jom makan Maggie Goreng..sesekali best gak..



Resepi mudah..cepat dan mengenyangkan..




Maaf ya..mata ni dah makin kecil...sampai jumpa lagi ye..

Wednesday, 18 January 2012

BIHUN GORENG

Assalamualaikum

Apa khabar...maaf ya semalam tidak sempat nak mengupdated kerana awal-awal pagi dah bertolak ke Penang di panggil untuk attend meeting..lepas tu balik pun dah lewat lebih kurang jam 11 malam . Sampai aja rumah memang letih sangat letih fikiran letih tenaga semuanya..

So pagi ni awal awal lagi selepas Alyssa dan Aiman kesekolah sempatlah menghadap lappy sebentar..


Tiada menu istimewa cuma Bihun Goreng yang di hidangkan ..rasanya tak payah la saya letakkan resepi untuk bihun ringkas ni...Bihun boleh di perasakan dengan pelbagai stail..ada Bihun Singapore , Bihun Hailam , Bihun Tomyam , Bihun Lada Hitam  dan jenis jenis yang lain..Bagi Saya yang mengemar bihun ni apa saya jenis bihun yang dimasak tetap menjadi feberet saya.. 

ok kita jumpa lagi dengan menu yang berbeza...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...