Tuesday, 3 January 2012

LONGAN JELLY

 
Bismillah...

Jadual yang agak ketat membataskan masa untuk mengUpdated blog Sy...bertambah dengan bermulanya persekolah anak-anak..membuatkan kelam kabut sekejap..

Tahun ni Alyssa dah masuk tahun ke 4..darjah 4 lah..Aiman dah masuk Tingkatan 2...so bermulalah jadual kembali seperti biasa..dengan kelas tuisyen dan kelas mengaji.. 

Harapan dan doa semoga kalian berdua akan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya di dunia dan juga akhirat..

Ok kita terus dengan menu untuk hari ni..Longan Jelly..semalam semasa kat Giant ternampak Longan..terus teringin sangat nak makan..so mula-mulalah mereka menu yang sesuai dengan Longan ni..

Buah Longan adalah buah feberet Sy..rasanya yg segar menawan hati sesiapa aja...Jom kita tengok apa khasiat buat ini..


 

 KHASIAT LONGAN
Bahagian tanaman longan yang paling menonjol manfaatnya adalah bahagian buah. Namun begitu bahagian yang lain seperti akar, biji, daun dan pokoknya juga mempunyai manfaatnya tersendiri .
  • Akar dan daunnya mempunyai quertin dan quercitrin .  Akarnya boleh membersihkan saluran air kencing dan melancarkan peredaran darah . Daunnya pula boleh digunakan untuk ubat anti radang dan meredakan demam.
  • Bijinya walaupun keras tetapi mempunyai khasiat antaranya untuk menghilangkan rasa sakit . Bahagian biji juga mempunyai khasiat lain antaranya bermanfaat sebagai bahan pembuat syampu rambut kerana kandungan saponin yang dapat menghasilkan buih yang banyak.
  • Isi buah longan dikatakan boleh bertindak sebagai stomatik (agen yang merangsang aktiviti rembesan digaster dan digunakan sebagai tonik untuk meningkatkan selera makan ),  febrifuge (rawatan atau ubat yang mengurangkan atau mencegah demam ) dan vermifuj ( sebarang ubat atau agen kimia yang digunakan untuk singkirkan cacing dari usus). Air rebusan buah yang telah dikeringkan boleh digunakan sebagai tonik dari rawatan imsonia . Buah longan juga boleh meningkatkan stamina kerana mempunyaisukrosaproteinlemakglukosa, dan asid tartaric. Bagi ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin dikatakan baik untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang. Namun perlulah meminta nasihat doktor terlebih dahulu. Manfaat lain apabila memakan buah longan secara teratur dapat mengurangi demam, menambah nafsu makan, mencegah anemia dan rambut beruban.
 


Resepi kali ni agak simple..


1bungkus agar-agar serbuk
2 cwn air
1/2 cwn gula
1sdk esen vanilla
1 tin susu cair


Agar-agar dimasak bersama gula dan air..masak hingga sebati dan halus..kemudian masukkan susu cair ..esen vanilla..


Kemudian buah Longan boleh dimesin atau terus dimasuk sebiji biji..


Sejukkan dalam peti sejuk..untuk menghidangkanya ikut kreativi masing-masing ya...



 








Selamat mencuba ya...

No comments:

Post a Comment