Assalam..hari ni terlebih rajin..nak cuba merasa bingka durian...
masih ada lagi sebiji durian yang di beli di Pasar Malam Taman Nuri..so mulalah Sy mencari cari resepi yang sesuai..
Bahan-Bahannya
200ml santan + 2 cawan air
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
3 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna kuning
bijan hitam dan yg biasa utk hiasan
1 cwn durian di lenyek halus
Cara-caranya
Hancurkan gula + telur hingga kembang
Masukkan Tepung + santan+air +garam+ isi durian gaul hingga sebati
kemudian masukkan sedikit pewarna.
Masukkan dalam acuan yg telah di oles dgn butter sedikit agar tidak melekat.
bakar selama 30 minit.
selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment