THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday, 29 July 2013

UDANG MASAM MANIS


Assalamualaikum

Haru biru juga mencari menu untuk hidangan berbuka dan bersahur..bermacam kerenah anak anak kan..macam macam pulak yang di mintanya mengalah kan Chef mama mencuba pelbagai resepi.....tapikan anak anak kita nie memang penyejuk hati.. mama masak le macammana pun mesti kata sedapnyaaaa mama bila ditanya sedap ka tak...

Tu la dikatakan air tangan ibu....

Jom kongsi lagi satu resepi simple Udang Masam Manis..senang aje Udang di goreng sedang bersama kunyit..Kisar 2 labu bawang besar bersama sedikit halia dan 5 tangkai cili kering..tumis hingga garing..masukkan sos cili.sos tomato dan sos tiram...perasakan dengan sedikit garam dan gula...siap..senangkan..pekena pulak dengan nasi panas panas mesti anak anak suka,,,

Selamat mencuba...

Wednesday, 24 July 2013

BUAH MELAKA



Siapa tak suka makan kuih Buah Melaka..rasanya semua orang sukakan..lebih - lebih lagi bila tergigit akan gula melaka di dalamnya...perrrrr  sedap tu.... bukan sahaja senang dan cepat penyediaanya....cantik bila di pelbagaikan warnanya..menarik..

BUAH MELAKA

Tepung Pulut
Gula melaka di potong dadu
Kelapa aka nyiok untuk di salut bersama sedikit garam lebih elok kalau nyiok tu di kukus sebentar agar boleh bertahan lama..
air untuk adunan..

Buah Melaka ni sememangnya kuih kegemaran hamba...diantara kuih kuih melayu....teringat kuih melayu ni teringin lak nak makan Qasidah..aduss sedap tu....sapa tak kenal kuih nie....sayang seribu kali sayang..kuih yang teramatlah senang nak buatnya...dan sedapppp

Ok esok tungu kita perkenalkan kuih nie ya......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...