THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Thursday, 29 November 2012
KUIH KETAYAP INTI KELAPA
Hai..jumpa lagi hari nie..apakhabar semua..sihat kan...
Hari nie tak kerja kerana membawa anak teruna sorang tu jumpa dengan pakar Ortopedic di Kedah Medical Centre..dah banyak kali dok komplain bahagian dibawah lutut sakit bila tunduk sewaktu sembahyang..nampak bengkak sedikit dikedua dua lutut tu..so set the appointment hari nie..seawal jam 8.30 pagi dah sampai..selepas X Ray..alhamdulilah..tiada apa apa yang perlu di risaukan..cuma perlu makan ubat insyallah..akan baik mengikut beredaran usia anak remaja..
So bila cuti ni mula lah mereka reka makan petang ..Petang tadi Aiman dan Alyssa pi swimming dgn rakan rakan so..inilah juadah selepas balik dari kelas swimming tadi..
Kuih tradisional Ketayap Inti Kelapa .senang aja nak buat..ni kuih my feberat ...jom tengok bahan-bahannya.
KUIH KETAYAP INTI KELAPA
Bahan Untuk Kulit
300 gm tepung gandum
650 ml air pandan
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
Masukkan semua bahan ke dlm blend, dan kisar.... sampai semua sebati , kemudian tapis. Tuang sesenduk ke dlm pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis....
Sudukan inti dan letak atas kulit kuih ketayap tadi dan gulung kemas... siap!!!
Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul
Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.
Selamat mencubanya ya..Bye jumpa lagi ........................
Wednesday, 28 November 2012
PEACH with WHIP CREAM
Bertemu sekali lagi...
Hari ni nak kongsi khasiat buah Peach..walaupun buah nie kurang digemari tak macam buah durian atau rambutan di Malaysia..khasiatnya tiada bandingan.bagi saya buah nie adalah buah kegemaran saya no 1..selalunya dalam peti ais mesti ada setin dua buah nie..
Jom kita sama-sama baca apa ada dalam sebiji buah yang digelar Peach.
Khasiat Buah Peach (Persik)
Buah yang banyak ditemukan di daratan Cina ini, kaya akan vitamin C, yang bermanfaat untuk menjaga sistem imun tubuh kita. Jadi, kalau kita sedang banyak melakukan kegiatan dan merasa kurang fit, makan buah peach secukupnya.
- Meski teksturnya lembut, buah peach ini kaya serat. Makanya, sesuai sekali untuk membantu organ pencernaan. Apalagi untuk yang sedang melakukan program diet.
- Buah yang musimnya ada di bulan Mei sampai Oktober ini memiliki kandungan mineral seperti besi dan potassium. Besi berguna untuk melancarkan proses metabolisme tubuh. Sementara potassium, dipercaya bisa membantu mengurangi resiko tekanan darah tinggi dan sebagai komponen penting untuk kekuatan otot kita.
- Peneliti menemukan buah ini termasuk dalam snack rendah karbohidrat. Kerana peach memiliki kandungan air yang cukup banyak. Setiap buahnya hanya mengandung sekitar 60 kalori.
- Seperti buah apel dan plum, kulit peach adalah bahagian buah yang paling bernutrisi. bahagian ini mengandung konsentrasi vitamin, mineral, dan antioksidan terkaya.
- Kandungan vitamin A yang kaya, membuat peach dipercaya dapat mencegah kanser dan baik sekali untuk penglihatan kita.
Emm memang sedap dan banyak khasiatnya..jangan lupa mencubanya ya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
