THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 18 January 2012

BIHUN GORENG

Assalamualaikum

Apa khabar...maaf ya semalam tidak sempat nak mengupdated kerana awal-awal pagi dah bertolak ke Penang di panggil untuk attend meeting..lepas tu balik pun dah lewat lebih kurang jam 11 malam . Sampai aja rumah memang letih sangat letih fikiran letih tenaga semuanya..

So pagi ni awal awal lagi selepas Alyssa dan Aiman kesekolah sempatlah menghadap lappy sebentar..


Tiada menu istimewa cuma Bihun Goreng yang di hidangkan ..rasanya tak payah la saya letakkan resepi untuk bihun ringkas ni...Bihun boleh di perasakan dengan pelbagai stail..ada Bihun Singapore , Bihun Hailam , Bihun Tomyam , Bihun Lada Hitam  dan jenis jenis yang lain..Bagi Saya yang mengemar bihun ni apa saya jenis bihun yang dimasak tetap menjadi feberet saya.. 

ok kita jumpa lagi dengan menu yang berbeza...

Monday, 16 January 2012

Sepetang di Tanjung Dawai.....Kedah

Assalamualaikum....

Semalam bawa anak-anak makan makan kat Tanjung Dawai , Kedah..tempat bagi siapa yang teringin nak makan ikan bakar or seafood..disepanjang pantai ni ada banyak gerai gerai yang menghidangkan makanan laut yang segar.ianya .bertentangan Pantai Merdeka..

Tanjung Dawai juga ada menjual segala jenis bahan laut yg telah dikeringkan spt ikan kering pelbagai jenis..keropok buatan tempatan, belacan yg terkenal dengan rasa aslinya selalunya di musim cuti sekolah tempat ni tak sunyi dari kunjungan tetamu dari luar Kedah..



persekitaran restoran Mak Jang yg menjadi pilihan sepanjang tahun kami sekeluarga

Pilih aja mana yang suka ada siakap putih..merah,jenahak,kerapu,..sotong ,ketam harga not bad
nak kerang bakar pun ada..

Menu hari ni.. Fresh Oren


Laicikang

Sudah semestinya Nasi Goreng Ikan kering..best sangat sal ikan yang digunakan Ikan tengiri masam.............
nasi putih

Sotong goreng tepung, Ikan Siakap Merah masak 3 rasa.,   ketam masam manis..



Dah lincin dikerjakan kami 4 beranak







My Family Love u all...........


Panorama Senja di Tanjung Dawai

Sesiapa yang berhajat nak bawa keluarga bercuti di Kedah jangan lupa ya..bolehlah berkunjung ke sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...