Friday, 11 April 2014

BUTTER CHEESE CAKE..terbaikkk


Assalamualaikum... salam rindu buat teman teman dan pengunjung blog kesayangan hamba nie...maaf sangat sangat agak menyepi dek kerana kesibukkan kerja.hampir sebulan tak mengupdated..hampir bersawang..

Apa khabar semua..seronok tengok kawan kawan yang rajin sangat berkongsi resepi resepi terbaik..hanya Allah sahaja yang membalasnya ..aktiviti memasak ni bukanya berhenti hampir setaip mingu masak,,cuma kerajinan mengambil photo dan mengupdated tu aja yang benar benar tak berkesempatan.

Kali ni mencuba kek yang sangat sedap nie dari blog zila forever..mohon di kongsi di sini pulak...memang sedap sangat..tak rugi mencuba..kek yang simple..terimakasih zila ....






Butter Cheesecake

170 gm mentega 
125 gm krim keju 
250 gm gula kastor 
5 biji kuning telur 
210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
2 camca teh vanila 
5 biji putih telur 
1/8 camca teh garam 


Cara  
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.


No comments:

Post a Comment