Thursday, 3 May 2012

MINI FRUIT TART

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat bertemu lagi rakan rakan semua.. terimakasih kerana sudi singgah di blog saya..tiada yang istimewa cuma seronok memeriahkan lagi dunia blogging..dan berkongsi resepi resepi ciptaan sendiri dan juga mendapat tunjuk ajar dari blogger blogger senior..hati berbunga bunga bila dapat comment comment membina dari rakan rakan yang terlebih dulu mahir dlm dunia ini.

Hari ni dah hari Khamis sekejap aja masa berlalu ..bagaimana minggu ni berlalu..masih ada lagi kerja yang tertangguh..better le di selesaikan secepat mungkin..bagi yang berkerja macam saya kerja tak boleh langsung di tangguh kerana setiap hari kami akan menempuh cerita yang baru..memang seronok sangat..

Ok la kita tinggal bab kerja dulu jom kita tengok apa hidangan hari ini.. Mini Fruit Tart..aduhss sedap sangat..kebetulan pertama kali membuatnya..seisi keluarga pun suka..



diambil resepi dari Sifu Azlita Masam Manis dan CMG - terimakasih ita dan CMG kerana sudi berkongsi resepi yg sedap sangat..mohon di kongsi dgn rakan rakan lain ya.semoga sentiasa di beri kelebihan untuk berkarya dgn resepi respi yang terbaik..


MINI FRUIT TART
resepi dari Azlita masam manis dan CMG

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing







Penyediaan Tart

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk





Macamana ..nak cuba jangan tunggu lagi mesti kena cuba kerana rasanya memang best sangat..bila di gigit buah buahan dan kastard..aduss sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Ok Jom kerja..sampai jumpa lagi ya

Bye...............

7 comments:

  1. sedapnye tgk mini fruit tart tu...resepi ni dh lama sgt terc=simpannye...tp entah bile la seru nak dtg...hihii...bleh bg 2 ketui x...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. same le dengan di sini..kelonsong tart ni dah buat dulu..konon konon nak buat cheese tart..last last resepi ni yang timbul..

      Delete
  2. Salam. Haritu bundo buat kelongsong tart satu balang. sampai sekarang tak buat isinya lagi. Creamcheese dah dibeli tapi terperosok dalam peti ais. Adei.. malasnya. Tapi nampak fruit tart ni macam menaikkan semangat balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam...ibundo..terimakasih sudi singgah di dapur saya..elok sangat la tu..kelongsong tart dah ada..tinggal fillingnya and fruit aja..tunggu apa lagi mesti cuba tau...sedap...

      Delete
  3. maktam nak order ble? serius ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah order mai maktam teach anas..sok sok nas boleh business..la maktam dok ambik tempahan muffin hari hari..

      Delete
  4. Salam. Saya ada beberapa soalan nak tanya, 1. Crust tu kalau dibuat dulu, elok disimpan dalam peti sejuk atau just dlm bekas kedap udara tanpa perlu masuk peti sejuk. 2. Size acuan utk crust tu berapa cm ya? 3. Daun apa yang diguna utk hiasan tu? Saya tgk di blog Azlita Masam Manis pun, kalau tak salah dia guna daun tu juga. Terima Kasih ye.

    -Maryam-
    Sintok, Kedah.

    ReplyDelete