Monday, 12 March 2012

STRAWBERRY SWISS ROLL




Assalamualaikum


Selamat pagi semua...semoga pagi isnin ini menjanjikan seribu keceriaan....mungkin hari ni ada yang berpuasa sunat..selamat berpuasa ya...bagi ibu ibu yang berkerja..sepanjang cuti sekolah jadual pun bertukar la ye..mana nak sediakan sarapan..makan tengahari..


Walau bagaimana sibuk jadual insyallah pasti kita super mak ni dapat mengatur jadual dengan lancarnya..


Aduh...pagi pagi dah terhidang menu kek ni...macammana ada yang tergoda kah...Jom kita tengok resepi kali ni Strawberry Swiss Roll..kek yang amat mudah dan cepat untuk di sediakan.





Bahan-bahannya


3 biji telur
1 cwn gula
1/3 cwn air
1 sdk kecil esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa kering
1sdk baking powder
1/4 sdk teh garam


Gula ising dan jem strawberry







 1. Panaskan ketuhar ke 150
 2.Putar telur hingga kembang. masukkan gula sikit sikit.
 3.Terus pukul pada kelajuan yang rendah.
 4. Masukkan air sikit sikit dan esen vanilla
 5. Di dlm bekas lain campurkan tepung/baking powder/kelapa        kering.
 6. Tuang sikit sikit adunan tepung ke dlm adunan telur.Pukul hingga kembang.
 7. Ambil bekas 15x10x1inci..dilapik dengan kertas minyak dan sapu sedikit mentega.
 8. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit.








Terbalikkan kek keatas kain bersih yang di tabur dgn gula aising.
Keluarkan kertas minyak. Gulung kek dengan kain dari hujung menjadi swiss roll.Buat semasa kek masih panas. Sejukkan di atas dawai. Bila sudah sejuk buka gulungan dan sapu dengan jem..gulung kembali.  Dah siap bolehlah di hidangkan..

No comments:

Post a Comment