Friday, 16 March 2012

Strawberry Cupcakes with Strawberry Buttercream

Assalamualaikum..

Salam pagi jumaat..salam kerahmatan bagi semua pengunjung pengunjung blog hanimmdzain..Penghulu segala hari..doa dipanjangkan semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan dilimpahi belas kasihan dari Alllah s.w.t.

Sebelum memulakan perjalan kami sekeluarga hari ni ke negara jiran ..sempatlah petang semalam membaking sedikit Cup cakes buat bekalan..Resepi kali ni diambil dari Buku Prima Cakes Simple Recipes yang baru di beli..

Minat membaking cup cakes ni semacam ribut melanda pantang ber jumpa buku resepi cup cakes wajib la saya membelinya..so kita mulakan dengan resepi yang senang ni Strawberry Cupcakes with Strawberry Buttercream

Jom kita tengok bahan-bahannya..










115gm mentega dalam tin/marjerin
80gm gula kastor
2 biji telur
2 sudu teh perisa strawberi
1/2 sudu teh pewarna pink
150gm tepung naik sendiri (diayak)
2 sudu besar dairy'whipping cream'

Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati.Masukkan telur satu persatu,perisa strawberi dan pewarna pink.Pukul sampai kembang

Akhir sekali masukkan tepung berserbuk penaik berselang -seli dengan'whipping cream'.

Masukkan dalam acuan cup cakes dan bakar dengan suhu 170C selama 23 minit.

Creamnya bolehlah mengunakan buttercream atau creamwell.


Resepi yang ringkas ..rasanya yang sedap dan gebu..senangkan cara membuatnya..bolehlah dicuba bagi yang baru berjinak-jinak belajar membaking..

No comments:

Post a Comment