Friday, 17 February 2012

SOFT SWEETS DONUT


Assalamualaikum...


Salam di pagi jumaat yang barakah ini..semoga hari ni memberi seribu rahmat kepada semua rakan -rakan yang sudi berkunjung di blog anim ini..


BerDONAT lagi..hari ni..wah bila hati tengah syok membuat donut ni mula lah berinspirasi dengan pelbagai resepi donut...bila try pertama kali membuat donut ni hati sudah tertawan..menjadi pulak tu...


Kalau belum bersarapan pagi ni apa kata jom kita ber DONAT..bukan aja membuatnya mudah lah sangat but penghasilannya yang membuat hati berbunga-bunga..


Kali ni resepi di ambil dari My resepi @Mak Yong..yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni..Terimakasih daun keladi..pada Mak Yong..Jom kita intai resepinya..



Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200g tepung roti
  • 100g tepung biasa
  • 100g taufu (cotton taufu)
  • 6g yis kering
  • 5g garam
  • 20g mentega
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu susu segar suam atau air suam
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Sediakan semua bahan. Biarkan semua bahan berada dalam suhu bilik. Keluarkan air dari tauhu tapi tak perlu dikeringkan.
  2. Letakkan tepung, yis, garam, gula halus dan mentega ke dalam mangkuk. Gaulkan bagi sebati.
  3. Buat lubang di tengah. Masukkan taufu, telur dan susu atau air. Uli biar jadi doh. Kalau keras boleh tambah susu atau air sedikit demi sedikit atau kalau terlembik, tambahlah tepung roti sikit demi sedikit.
  4. Sapukan sedikit minyak pada mangkuk. letakkan doh tadi. Tutup dengan cling film. Biar doh naik 2 kali ganda
  5. Bahagikan doh kepada 12. Buat bentuk bulat. Biarkan selama 15 minit.
  6. Kemudian buatlah macam bentuk donut. Biar naik 2 kali ganda lagi
  7. Goreng dalam minyak penuh. Bagi dapatkan bentuk donut yang menarik, masa nak goreng tu, tarik-tarikkan lubang biar jadi lebih besar macam bentuk gelang.

 Bolehlah di pelbagai kan dengan Toping kesukaan spt coklat..cheese or cream butter 

Sekadar renungan bersama..


Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.” More »

5 comments:

  1. Salam Jumaat Hanim..

    Dah terhidu harum donut ni dari dapur hanim.. Kebetulan ita mmg suka sangat donut.. tapi resepi dari mak Yong ni ita tak pernah cuba lagi..

    nanti boleh lah ita cuba sebagai koleksi resepi donut kesukaan ita.. :)

    ReplyDelete
  2. maktam cotton taufu tu apa? cm ne rupanya?

    ReplyDelete
  3. taufu telur yang lembut besaq pada tauhu (taukua)4segi juga..sebiji dlm 5 kupang..ada jual kat market.Sedap boleh makan macam tu saja..

    ReplyDelete
  4. boleh tersa kelembutan donut ni..

    ReplyDelete
  5. terima kasih pada yg komen..selamat mencuba ye semua

    ReplyDelete