Tuesday, 7 February 2012

RENDANG AYAM PANDAN WANGI

Assalamualaikum

Selamat kembali berkerja hari ni..dan yang masih bercuti selamat bercuti..bila dah cuti lama-lama ni penyakit malas ni mula la datang..tapi walau bagaimana pun ibadah tetap di teruskan..berkerja pun satu ibadah kan..

Banyak juga resepi yang kak hanim cuba semasa bercuti hari tu..salah satunya Rendang Ayam Pandan Wangi..resepi ni olahan sendiri..memang wangi sangat bila kita gunakan daun pandan dalam resepi ni .
rendang ni boleh di makan dengan nasi minyak or tomato...roti atau ketupat..


Jom kita buat.

1 ekor ayam (- di goreng dahulu ).
8 biji bawang besar*
20 tangkai cili kering*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*  ( * semua bahan di mesin halus)

Bahan tumis

2 batang serai diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
1 biji bawang besar potong halus
3 helai daun pandan

1 tin susu cair
gula & garam , bahan perasa secukup rasa


Mula-mula tumis bahan- bahan tumis hingga kekuningan ..kemudian masukkan bahan kisar ..masak hingga naik minyak..kemudian masukkan susu cair 1 tin..masak lagi 10 minit ..kemudian masukkan gula dan garam juga serbuk perasa..agak-agak sedikit kering masukkan ayam..than gaul sebati ..bolehlah di angkat dan di hidangkan..

Ikut suka hati ya jika nak banyak kuah  masak jangan lama..Kak hanim suka sedikit kering.

Pelbagai resepi rendang ayam yang dapat kita pelajari..rendang yang pakai santai..kerisik..kelapa..belacan dan macam-macam lagi ..tak salah mencubanya ..sehinggalah kita dapat resepi yang memenuhi citarasa keluarga.




Ok selamat menjamu selera makan tengahari nanti ya.. jumpa lagi....bye..

No comments:

Post a Comment