Saturday, 21 January 2012

BLENDED BUTTER CAKE

Dengan Lafaz Bismillah...

Assalamualaikum..buat pengunjung semua...dan makan tengahari...mesti hari ini ada yang sibuk berkunjung ke rumah kenduri ada yang membawa keluarga berkelah di tempat tempat menarik...atau yang bercuti di luar negara...Cuti Chinese New Year ni agak panjang so  berkesempatan lah bagi kami yang berkerja ni berehat panjang..

But for me mestilah cuti ni di gunakan sebaik mungkin untuk mencuba resepi resepi menarik dari blog yang lain..banyak list yang menunggu ni....ok .....

Kita mulakan dengan menu pertama bagi cuti sabtu ..Butter Cake ni di minta oleh adik ipar yang teringin nak merasa kek butter ni..so mula la Saya mencari-cari resepi yang menarik..


Resepi ni di ambil dari My resepi Kak Fida yang terkenal kerana bermurah hati berkongsi resepi resepi yang memang best...minta izin untuk sama-sama berkongsi dgn yang lain .terimakasih yg tidak terhingga kak Fida..


Jom Kita Buat



Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
  • 1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
  • 250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
  • 1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
  • 4 biji telur
  • 1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

Cara-cara




 Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.


 Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.


Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega


Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hingga masa


Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.



Memang best sangat rasa kek ni ....gebu dan halus

Mengikut resepi yang asal hanya satu warna ..cuma nak nampak menarik saya bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu di tambah serbuk koko agak agak 2 sudu besar..belang ikut kreativiti masing masing ya..
















No comments:

Post a Comment