Wednesday, 14 December 2011

HERSHEY'S BISCUIT.......

Bismillah.....

Selamat bertemu kembali.......apa rancangan cuti persekolahan kali ni..dah plan utk membawa anak-anak bercuti..

Sebagai ibubapa yg berkerja ni..anak-anak sentiasa menantikan percutian bersama..boleh dikatakan setiap malam anak-anak Sy akan bertanya bila mama cuti...

Memang percutian utk mereka dah dirancangan..cuma tak nak inform awal-awal takut nanti tak jadi pulak..insyallah Sy akan bercuti mulai dari 17hb sehinggalah 26hb Disember..yahooo...tak sabaq rasanya nya nak relax gan family ni...

Nak kemana???...tu kena tungu dulu ya..nanti...story akan menyusul...




Aik..resepi biscuit pulak...ya la..bila raya biscuit ni tak pandang lansung..tapi bila bukan musim raya dah teringin pulak....

Hershey's Biscuit ni memang menjadi  kegemaran My hubby...and anak-anak...cara nak buatnya pun amat senang..bahan bahanya pun mudah nak dicari..'

Mai kita tengok resepinya..


Bahan-bahannya

150gm mentega
150gm gula perang
1 biji telur
200gm tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1sk esen vanilla
50gm cip coklat Hershey's
50gm badam cincang.

Cara nak buatnya.
1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang
2.  Masukkan esen vanilla,tepung,soda yg telah diayak bersama sikit sikit sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan badam dan cip coklat Hershey's dan gaul rata.
4. Dgn mengunakan sudu bentukkan adunan dan susun diatas dulang pembakar.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C sehingga masak.

Sedia dihidangkan..



Renungan bersama


Kaki anggota yg membawa kita menjelajah dunia. Merata-rata tempat kita pijak,beralas atau tidak.
Kaki juga akan bersuara mewakili kita yg bisu saat disoal tentang amal perbuatan di dunia.

sumber Solusi Isu no 38.


hanimmdzain@blogspot

No comments:

Post a Comment