Assalamualaikum , apa khabar..berjumpa kembali bagi siaran Jumaat yang hebat ini..penghulu segala hari..Jumaat pagi Sy adalah hari yg paling di nantikan..
Terlewat bersiaran hari ni ..kerana balik kerja agak lewat..oleh kerana kesetiaan utk meng update tetap di teruskan.
Resepi yg ingin di kongsi hari ini adalah resepi yg di ambil dari dapur RIMA yg sentiasa menjadi kegemaran saya.RIMA bagi saya adalah seorang yg penuh daya kreatif dan resepi yg dipaparkan amat menarik untuk di cuba..
Ingin Sy pohon disini utk berkongsi dgn rakan-rakan sealiran..Tak rugi mencubanya kerana resepinya simple but memang sedap sekali.
Apple Crumble Pie adalah kesukaan saya..pengalaman semasa berada di Adelaide Apple Pie banyak di jual di kedai-kedai bakery..
Bahan-bahannya
A.Lapisan kulitnya - 190g tpg gandum
40g gula halus
secubit garam
120g butter
1 biji kuning telur
B. Intinya - 5 biji epal hijau dipotong dadu
2 sudu kecil butter
100g gula
40g kismis
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar tpg gandum
C. Crumble - 150 g tpg gandum
40 g gula
1 sudu kecil garam
75 g butter.
Cara-caranya
1. Kulit - campur tepung + gula + garam+butter + 1 kuning telur - gaul sehingga menjadi doh simpan dlm peti sejuk 30 minit.kemudian masukkan dlm acuan tekan.
2. Intinya - panas butter bersama gula ..masukkan epal + kismis + serbuk cinnamon + tepung masak hingga sebati semuanya biar epal layu sedikit..angkat sejukkan. Masukkan inti kedlm kulit yg telah siap
3. Crumble - gaul semua bahan ketepikan..akan dimasukkan diatas adunan yang telah siap
4. Bakar selama 20m minit.Sejukkan siap utk dihidangkan.
Selamat mencuba...dan selamat berhujung minggu...
bahan2 dia simple je kan...nnt le cuba...byk resepi tgh Q skrg ni smpi mama kata kalau dia kene kerat kaki semua sbb anas slalu wt dessert...hihi
ReplyDeletesame le gan maktam disini makteh n maktok kata dah x berani check takut..he he..pas ni nak buat yg pedas pedas lak..
ReplyDelete