Bismillah
SALAM MAAL HIJRAH
Sarapan apa pagi ni.....mesti ramai yg merancang utk membawa keluarga bercuti hari ni..bagi bercuti hari Ahad ..Isnin diganti so cuti sambung la ye...nak menuju kemana..
Atau ramai yang nak memenuhi undangan kenduri kawin yang tak menang tangan mana nak kena pergi dulu...sampai sehari kadang-kadang sampai lima rumah kenduri..Walau apa pun undangan wajib di hadiri ..
Sebelum nak pi makan kenduri tu ..mai la dulu kita breakfast dengan Apam Harum Manis hidangan hari ini...menu diambil dari dapur ita masam manis disini minta dihalalkan utk dikongsi dgn rakan di luar sana..tak lupa ucapan berbyk terimakasih ya...
Hidangan ni cukup senang nak disediakan..rasa manis dan harum pisang emas memang menyelerakan...
Mai kita sama -sama check bahan-bahannya..
- 300 gm gula melaka / gula timbang - dicairkan
- 350 ml air
- 3 biji telur
- 200 gm gula pasir
- 350 gm tepung gandum diayak bersama 1/2 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat.
- secubit garam
- 1 sudu teh esen vanila
- 50 gm majerin - dicairkan
- 8 - 9 biji pisang raja / berangan / emas dihiris bulat2 anggaran 1 cm
Masak gula Melaka dgn air hingga larut dan tapiskan biarkan sejuk.
Pukul telur dgn gula hingga kembang dan pekat.
Masukkan tpg yg diayak bersama sedikit2 dan kacau rata.
Masukkan sirap gula Melaka, esen vanila dan majerin kacau sebati. (jika masih bergentel2 tapis adunan tersebut)
Sapukan acuan kecil dgn sedikit minyak.
masukkan adunan dlm 1/2 acuan sahaja. Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnyer dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
Setelah masak biar sebentar kemudian bolehlah keluarkan dari acuan dan hidangkan.
Selamat mencuba ya... |
No comments:
Post a Comment