THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Thursday 29 November 2012

KUIH KETAYAP INTI KELAPA


Hai..jumpa lagi hari nie..apakhabar semua..sihat kan...

Hari nie tak kerja kerana membawa anak teruna sorang tu jumpa dengan pakar Ortopedic di Kedah Medical Centre..dah banyak kali dok komplain bahagian dibawah lutut sakit bila tunduk sewaktu sembahyang..nampak bengkak sedikit dikedua dua lutut tu..so set the appointment hari nie..seawal jam 8.30 pagi dah sampai..selepas X Ray..alhamdulilah..tiada apa apa yang perlu di risaukan..cuma perlu makan ubat insyallah..akan baik mengikut beredaran usia anak remaja..

So bila cuti ni mula lah mereka reka makan petang ..Petang tadi Aiman dan Alyssa pi swimming dgn rakan rakan so..inilah juadah selepas balik dari kelas swimming tadi..

Kuih tradisional Ketayap Inti Kelapa .senang aja nak buat..ni kuih my feberat ...jom tengok bahan-bahannya.



KUIH KETAYAP INTI KELAPA


Bahan Untuk Kulit

300 gm tepung gandum
650 ml air pandan
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak


Masukkan semua bahan ke dlm blend, dan kisar.... sampai semua sebati , kemudian tapis. Tuang sesenduk ke dlm pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis....
Sudukan inti dan letak atas kulit kuih ketayap tadi dan gulung kemas... siap!!!


Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul 


Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.

Selamat mencubanya ya..Bye jumpa lagi ........................

Wednesday 28 November 2012

PEACH with WHIP CREAM


Bertemu sekali lagi...

Hari ni nak kongsi khasiat buah Peach..walaupun buah nie kurang digemari tak macam buah durian atau rambutan di Malaysia..khasiatnya tiada bandingan.bagi saya buah nie adalah buah kegemaran saya no 1..selalunya dalam peti ais mesti ada setin dua buah nie..

Jom kita sama-sama baca apa ada dalam sebiji buah yang digelar Peach.




Khasiat Buah Peach (Persik)


Buah yang banyak ditemukan di daratan Cina ini, kaya akan vitamin C, yang bermanfaat untuk menjaga sistem imun tubuh kita. Jadi, kalau kita sedang banyak melakukan kegiatan dan merasa kurang fit, makan buah peach secukupnya.
  • Meski teksturnya lembut, buah peach ini kaya serat. Makanya, sesuai sekali untuk membantu  organ pencernaan. Apalagi untuk yang sedang melakukan program diet.

  • Buah yang musimnya ada di bulan Mei sampai Oktober ini memiliki kandungan mineral seperti besi dan potassium. Besi berguna untuk melancarkan proses metabolisme tubuh. Sementara potassium, dipercaya bisa membantu mengurangi resiko tekanan darah tinggi dan sebagai komponen penting untuk kekuatan otot kita.

  • Peneliti menemukan buah ini termasuk dalam snack rendah karbohidrat. Kerana peach memiliki kandungan air yang cukup banyak. Setiap buahnya hanya mengandung sekitar 60 kalori.

  • Seperti buah apel dan plum, kulit peach adalah bahagian buah yang paling bernutrisi.  bahagian ini mengandung konsentrasi vitamin, mineral, dan antioksidan terkaya.

  • Kandungan vitamin A yang kaya, membuat peach dipercaya dapat mencegah kanser dan baik sekali untuk penglihatan kita.







Emm memang sedap dan banyak khasiatnya..jangan lupa mencubanya ya..

BANANA MOIST CAKE


Bertemu lagi ya...selamat pagi...semoga pagi nie semua rakan rakan seceria mentari bersinar pagi nie..

Apa rancangan hari nie.....apa pun yang ingin dilakukan harap semuanya berjalan lancar..

Hari ni nak kongsi sebiji kek yang dibuat semalam ..bila tak ngantuk tu mulalah tangan nie gatal nak membaking..Banana Moist Cake ..yummy...




























BANANA MOIST CAKE

A.

200gm tepung gandum
1sdk baking powder
1sdk soda bicarbonat
secubit garam

semua diayak

B.

3 biji telur
150gm gula kastor/gula perang pun boleh
120 minyak jagung
1sdk esen pisang

Gaul sebati B..kemudian masukkan A..gaul sebati..masukkan dlm acuan dan di bakar 50minit.


Jumpa lagi ya..ceria selalu..



Sunday 25 November 2012

CHEESE PUDING with OREO


Assalamualaikum...

Hari nie hari minggu..tapi tak cuti hari nie kena kerja ..so bawa lah si anak dara tadi ke tempat kerja nun jauh di Changlun dekat dekat Bukit Kayu Hitam...ye...sempadan Thailand...bila drive sorang sorang nie bosan juga so bawa Scha boleh gak sembang sembang sepanjang 120km tu..


Hari nie tak nak taip panjang panjang sal la nie dah nampak bantal dan selimut....letih...


Nak kongsi Cheese Puding with Oreo yang sempat di buat sebelum pergi kerja tadi..dah lama kempunan nak try puding nie..terimkasih pada sifu kita Ita di masam manis yang menghidangkan resepi yang menawan hati..mohon di panjangkan perkongsian di sini..terimakasih daun keladi...


Jom tengok bahan bahannya..





CHEESE PUDING WITH OREO
Resepi diadaptasi dari resepi CHEESE PUDING
By: Along Roz / Ita di masam manis....

13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya - ita tambah

Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tpg kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

Tuang ke dlm loyang atau acuan. Ita layerkan dengan biskut oreo. Susun Biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.




Saturday 24 November 2012

FAMOUS AMOS COOKIES


Bertemu lagi....

Apa khabar semua rakan rakan blogger ? Harapan biarlah ceria gembira bersama keluarga tersayang..

Walaupun kadang kadang penat ..letih..marah bila banyak kerja kerja rumah yang perlu di selesaikan..lebih lebih lagi bila anak anak ada di rumah ..kejap aja kemas..kalih belakang aja dah semak balik..belum cakap bab memasak..baru habis masak utk sarapan..tu tup dah tengahari..masak makan tengahari pulak..sat gi petang nak makan petang lak....sabar sabar...yang penting air tangan kita ni kaum ibu yang membuat anak anak ternanti nanti setiap hidangan..

Famous Amos cookies ...permintaan si anak teruna..ari tu..bila kerja kat Penang sempat beli cookies ni..bawa balik..punya le depa suka..kalau selalu beli boleh senget poket ni..so cuba cuba baking..menjadi..tak sempat nak masuk tupperware dah habis..

Jom tengok bahan bahan yg mudah dan pastinya rangup..



FAMOUS AMOS COOKIES

2 1/2 cwn tepung gandum
2 sdb serbuk koko
2 sdb susu tepung
2 sdb tepung jagung
1/2 sudu soda bicarbonate
secubit garam

( semua bahan bahan di atas di ayak)

250gm mentega
150gm gula kastor
1 biji kuning telur
1sdk esen vanilla

coklat chip dan kekacang

Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang..masukkan telur kuning dan vanilla..bila sebati masukkan adunan tepung yang di ayak tadi

Bulat bulat kan bakar selama 10minit dgn suhu 150.




Selamat berhujung minggu...

Tuesday 20 November 2012

BINGKA SUSU LEMAK MANIS



Ingat lagi kata kata arwah Abah...kuih muih melayu ni kalau tak lemak kerana santannya  manis gula merahnya..tak nama kuih muih Melayu la..lagi lagi kalau lah Kakak sulung saya Norhayati Md Zain yang membuatnya..memang tak leh lawan..apatah lagi kalau dapat makan Serawa..atau Bubur air tangan nya..memang peh...tersangat lah sedap ..cukup lemak manis .... 

Terimakasih Kak Yati kerana menjadi peminat No 1 hanimmdzain@blogspot

Ari nie nak juga saya tayang kuih Bingka Susu atau kat Kedah nie kami namakan Bengkang Susu..bahan bahan sudah semestinya secukup rasa...menjadi feberat saya sepanjang zaman.

Senang aja nak buat..tapi lagi sedap kalau kita dapat bakar bingka nie macam dulu dulu..dalam periuk di letakkan pasir atas api minyak tanah dan  di letakkan tudung periuk yang ada bara sabut kelapa dan arang..wah aromanya..memikat...

Dulu bila mak bakar bengkang malam kami adik beradik kena tungu esok pagi baru mak potong bengkang tu..sampai di bawa mimpilah nak makan bengkang..:)



BINGKA SUSU LEMAK MANIS

1 1/2 cwn tepung gandum
2 cawan santan pekat
2 cwn susu cair
4 sdb susu pekat manis
3 biji telur
1 cwn gula perang/pasir
1sdk vanilla
2 sdb tepung kastard
secubit garam
1sdb mentega

Satukan semua bahan di atas hingga sebati. Masak sekejap atas api perlahan.Sedikit pekat tuang dalam acuan di sukai. Bakar selama 30minit 170.

Boleh juga di tabur sedikit bijan putih dan hitam.

Setelah masak sejukkan baru di potong dan hidang dengan secawan kopi panas..





Monday 19 November 2012

BROWNIES WITH STRAWBERRY


Strawberry week katakan..so layan la ye gambar strawberry lagi tak habis dlm peti sejuk tu...hik hik hik...

Selamat bertemu lagi ya rakan rakan semua....emm..semoga sihat sihat semuanya..
Bila cuti cuti sekolah nie mama nie kena la rajin sikit..anak anak asyik lapar aja...jom kongsi menu petang kami Brownies  sangat la..moist...terasa coklatnye..yang bestnya bahan-bahannya pun ringkas aja







BROWNIES

A

2 cawan tepung gandum
1cawan koko
1sdk baking powder
1/2  sdk soda bicarbonat
1/2 sdk garam ( diayak semuanya)

B

3 biji telur
1cawan susu full cream
1 cawan mentega cair
1 1/2 cawan gula perang
1 cwn air panas (gaul sebati )

1/2 cawan badam
1/2 cawan biscuit oreo di ramas kasar kasar


Satukan A dan B hingga sebati..masukkan badan dan biscuit oreo. Masukkan dlm acuan yg di lapis kertas. Bakar 170 selama 30 minit.

Hidangkan dgn sedikit coklat ganache dan buah buahan di sukai.




Mesti cuba tau..senang sedap dan cepat....

Jumpa lagi ya........

Sunday 18 November 2012

STRAWBERRY WEEK....awesome


Selamat bertemu lagi...emmmm sedap tak terkata bila dapat makan strawberry segar segar di Tanah Rata Cameron Highland jumaat lepas..memang belasah cukup cukup..manis..segar..ditambah dengan lemak manis coklat tu..

Hari nie nak tayang gambar buah kegemaran saya di carta no 1..emmm sudah semestinya Strawberry Coklat...






 

 

 

Aiskrim strawberry ditambah dengan strawberry filling yang manis ...aduhs.....sedap tak terkata.....

Yang teringin tu ambik aja mana yang suka ya.....:)

Tuesday 13 November 2012

CHOCOLATE MUD CUPCAKE



Assalamualaikum....apa khabar semua..

Selamat bercuti bagi rakan rakan yang tengah bercuti bersama keluarga..enjoy ya time with family...layan aja kerenah anak anak...we will miss ...the moment bila mereka dah besar nanti....Bila cuti sekolah bermula..jemputan kenduri kendara pun melimpah limpah..kenduri kawin..kenduri berkhatan..dan mcm mcm kenduri lagi...

Hari ni saya menghadiri kenduri berkhatan anak jiran..sedap..menunya..masakan kampung..kenyang la kami anak beranak..sekarang trend kenduri kalau ada hidangan nasi dan lauk pauk..wajib pencuci mulut mesti ada bubur..tu yang syoknya...bubur jagung..kadang bubur kacang. hijau ..bubur gandum..my feberet ..

Ok hari ni nak kongsi satu resepi Chocolate...Mud Chocolate Cup Cake...so delicious...terasa kepekatan coklatnya...jom tengok resepinya..




CHOC MUD CUP CAKE

200gm dark chocolate (cincang kasar)
200gm mentega
1/2 cwn air
3/4 gula kastor
3/4 tepung gandum
3/4 cwn tepung naik sendiri
1/4 cwn serbuk koko
3 biji telur

Ising

75gm coklat susu cincang kasar
1/4 susu atau krim pekat

Masak double boil utk ising nya.

Jom buat.

Panas ketuhar 170*
Cairkan dark chocolate,mentega dan air..kacau hingga berkilat.
Campur gula,tepung dan koko dlm mangkuk.Tuang coklat yg sudah cair dan telur.
Kacau sebati
Masukkan dalam kertas cup cake..Bakar selama 30 minit atau hingga masak.

Bila Cupcake sejuk..bolehlah dihias dengan ising cokelat tadi.

Hias ikut kesukaan..





Sunday 11 November 2012

ITALIAN QUICHES


Assalamualaikum.....

Wah..rindu betul la kat kawan kawan semua...apa khabar..harapan biar semuanya sihat sihat belaka ya...

Hari ni Ahad saya rehat kat rumah aja..ajak anak anak gotong royong kemas rumah....

Macammana keadaan cuaca di tempat kawan kawan semua..saya di Alor Setar ni bila pagi ke tengahari cuaca panas terik..kering cepat kain baju..alhamdulilah..mai petang aja hujan lebat selebatnya..alhamdulilah sejuk aja duk dalam rumah..

Ha...sejuk ni berkait rapat dgn lapar..so jom kita tengok menu makan petang kami ari nie..Italian Quiches..cepat sedap..






































ITALIAN QUICHES


6 biji telur size A
1 1/2 cawan tepung
2 cawan susu segar
2 batang sausage ayam/daging ( potong kecik kecik )
1 keping daging burger (kisar halus)
1sdk Italian herbs
1sdk oregano
1cwn mozarella cheese
1/2 cwn parmesan cheese
1/2 cwn cheddar cheese
garam secukup rasa
1sdk baking powder
1sdk serbuk paparika


Mulakan dengan telur di pukul hingga kembang..kemudian masukkan tepung..kacau sebati..tuang susu segar kisar lagi..kemudian masukkan baki bahan bahan yang lain..putar hingga semuanya sebati.

Gunakan acuan di sukai ..jgn lupa sapu sedikit mentega..bakar selamat 15 minit..

Hidangkan dengan mayonis dan cili sos..












Tuesday 6 November 2012

TIRAMISU ..dessert today



Wah wah..dia tayang dessert la pulak....mengancam betul...

Ha..apa macam ...memang sedap tak terkata...ada yang berkenan tu sila lah..rasa..em..kemanisan krim bersama oreo biskut ..ditambah masam manis strawberry..
sedar tak sedar dah semangkuk habis...






Ala senang sangat nak buat..nanti nanti la kita tayang resepinyaa....buat anak anak saudara ku dan juga adik adik ku dan juga kakak tersayang yang membaca nak ..mai la rumah ya...

C u all..love everbody...tata......

Sunday 4 November 2012

ITALIAN SAUSAGE SPAGHETTI


Bertemu la ya di cuti hujung minggu ..bila dah ada kat rumah banyak le permintaan dari anak anak..

Hari ni minggu terakhir bagi anak anak bersekolah..semalam si anak dara tu awal awal lagi dah minta mama buat spaghetti...memang suka benar dia..bertambah tambah makan kalau ada hidangan nie..si anak teruna tu pulak tak leh hidup kalau tak ada nasi..so dia nak mama buatkan Asam Pedas dan Ayam masak kicap..Abah pulak nak makan Nasi goreng Siam..oh.....mama jadi chef le ari nie...

So tengahari tadi saya berpecah silat di dapur le memenuhi permintaan anak anak..selalunya walaupun off hari minggu kekadang saya terpaksa berkerja kalau ada event kat luar..
so ari ne depa latu mama depa la....

Ok kita kongsi resepi Italian Sausage Spaghetti..mudah aja nak buat..saya tukar sikit ikut selera melayu ye...



ITALIAN SAUSAGE SPAGHETTI


Italian Sausage Spaghetti Recipe

INGREDIENTS

  • 1 large (7 to 8 inch link) Italian sweet sausage ( saya guna jenama ramly)
  • 1 large Italian hot and spicy sausage ( pilih aja yang ada kat m'sia)
  • 1 yellow onion, chopped
  • 2 cloves of garlic
  • 3/4 large (28 oz) can of whole tomatoes ( saya guna sos kimball )
  • Olive oil
  • 1 lb (16 oz) spaghetti pasta
  • Salt
  • Grated Parmesan cheese

METHOD

The Sauce:
Take the Italian sausage meat out of the sausage casings. Break up into pieces and mix the sweet and spicy sausage meats together. Brown the sausage meat in a large skillet on medium high or high heat with a little olive oil. In a separate skillet sauté the onions and garlic until the onions are translucent. Purée the tomatoes in a blender, add to the skillet with the sausage meat. Add the cooked onions and garlic.
The Pasta
Fill an 8-quart or larger stock pot at least half full with water and bring to a boil. Add a tablespoon of salt. Slowly add the pasta, stirring to prevent clumping. Allow the water to come to a boil again. Cook, uncovered, with a fairly vigorous boil, for as long as the directions on the pasta package say, usually about 10-12 minutes. When pasta is al dente (cooked but still a little firm), remove the pot from the heat. Add a cup or two of cold water to the pasta to stop the cooking. Drain the water from the pasta through a colander. Place the pasta in a serving bowl.

( Rebus pasta yang di sukai )
Serve immediately. Garnish with grated Parmesan cheese.
Serves 4-6.





Macammana senang aja kan..hidangan nie kalau makan kat luar nie sepinggan boleh pi RM10..so jangan membazir buat sendiri lepas nie ya...

Jumpa lagi ya...

emmmm nak buat apa utk makan petang ari nie..????

Saturday 3 November 2012

PEPPERONI PIZZA PUFFS


Assalamualaikum..selamat berhujung minggu..

Doa saya agar semua rakan rakan berada dalam keadaan sihat..ceria ya....apa rancangan hujung minggu nie..bagi kami sekeluarga tak kemana ..minggu nie minggu kat rumah..lagi pun cuaca hujan di sebelah petang nie..selalunya sedap lagi lepak lepak kat rumah aja..sambil layan Astro..

Bila aja hujan.... tu pulak dok kat rumah apa lagi yang sedap makan le.jawapnya.....jom kongsi hidangan makan petang kami ari nie..resepi ringkas..sedap sangat..kena bawa lari sekejap nak ambik gambar..bila dok dalam oven anak anak dah dok tanya bila nak siap..bau harum oregano..em..so delicious..






Resepi di ambil dari Link The Bowl Good...ringkas..bahan mudah didapati..anak anak pasti suka..


Pepperoni Pizza Puffs adapted fromEveryday with Rachael Ray and Cassie Craves

  • 3/4 cup flour
  • 3/4 teaspoon baking powder
  • 1 tablespoon Italian seasoning
  • pinch of salt (my addition, optional)
  • pinch of red pepper flakes (my addition, optional)
  • 3/4 cup whole milk
  • 1 egg, lightly beaten
  • 1 cup shredded mozzarella cheese
  • 1/4 cup grated Parmesan cheese
  • 1 cup cubed pepperoni
  • 1/2 cup store-bought pizza sauce
1. Preheat the oven to 375 degrees. Grease a 24-cup mini-muffin pan. In a large bowl, whisk together the flour, baking powder, Italian seasoning, salt and red pepper flakes (if using) ; whisk in the milk and egg. Stir in the mozzarella, Parmesan and pepperoni; let stand for 10 minutes.

2. Stir the batter and divide among the mini-muffin cups. Bake until puffed and golden, 20 to 25 minutes.

3. Meanwhile, microwave the pizza sauce until warmed through. Serve the puffs with the pizza sauce for dipping.

NOTE: All my batter did not fit into the 24-mini muffin pan. So I made a full size muffin with the leftover batter. Some pans are larger than others so you may not have have an issue.



Selamat mencuba ya...


Thursday 1 November 2012

LEMON CUPCAKES.....



Selamat bertemu kembali...apa khabar rakan rakan semua..semoga semuanya sihat ya...

Seminggu lagi cuti sekolah akan bermula..emm meriah le rumah nanti..bila anak anak ada di rumah....ada yang telah berkira-kira untuk membawa anak anak bercutikan....dengan cuaca yang tidak menentu ni merancanglah dengan betul ya.

Kami sekeluarga pun dah ada rancangan juga..maybe ke luar negara....tunggu ya nanti kita kongsi di sini..dapat cuti panjang juga la nanti..

Hari ni nanti kongsi cupcakes yang simple ni..Lemon Cupcakes..senang aja nak buat semudah 123....





LEMON CUPCAKES.


Ellie’s Lovely Lemon Cupcakes
(adapted from Amy Sedaris’s vanilla cupcake recipe)
Ingredients (makes approx. 36 small-medium sized cupcakes)
180g butter, softened
400g caster sugar
2 large eggs
1 tsp pure vanilla extract
Zest of 1 lemon
Juice of 1/2 a lemon (about 1 1/2 – 2 tbsp)
1/2 tsp salt
2 1/2 tsp baking powder
450g all-purpose flour
1 1/4 cups whole milk
1. Preheat your oven to 175 degrees C, and cream together your butter and sugar till creamy (sorry, pictures for this step are the wrong way around!)
2. Beat in the eggs, vanilla, salt and baking powder and continue beating till the mixture is light and fluffy, then add your lemon zest and juice and beat in for another few minutes.
3. Add your milk and flour in 3 alternating batches, beating well after each addition. Once all the milk and flour has been added, beat at top speed for about 30 sec – 1 minute or till the mixture is smooth and shiny.
4. Line your cupcake baking tray with cupcake liners and fill each liner about 1/2 – 2/3 full – it depends on whether you want the cake to peep over the top of the liner, or stay completely contained. I personally prefer to underfill as it means you have a ‘tidier’ cupcake once they’re baked, iced and decorated.
HANDY TIP: Being the control freak that I am, I weigh out the amount for each cupcake on my electronic scales. This takes a little bit longer, but means that you get exactly the same amount of batter for each cupcake, meaning that they’ll all be quite uniform in shape and size once baked. This also makes the decorating process easier as it means not having to worry about any lack of uniformity in the cakes you’re dealing with.

5. Place your lined and filled cupcake tray into the oven, and bake for 15-20 minutes, or till a toothpick inserted into each cupcake comes out clean.
Lemon Buttercream Frosting
(adapted from the Magnolia Bakery Vanilla Buttercream Frosting recipe)
Ingredients
225g unsalted butter, softened
6-8 cups icing sugar
1/3 cup milk
1/2 tsp pure vanilla extract
Zest of 1 lemon
Juice of 1/2 lemon
1. Beat the butter till it is creamy, then add 3 cups of sugar, milk, vanilla extract, lemon zest & juice and beat at high speed for 5 minutes.

2. Gradually add the rest of the sugar, adding 1 cup at a time and beating for 5 minutes after each addition. Once all the sugar has been added, continue beating at high speed till the mixture is extremely pale, light and very fluffy. Use immediately, or cover tightly with cling wrap if you’re not ready to ice your cupcakes just yet.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...