THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday 22 August 2012

MERIAHNYA RAYA 2012


Assalamualaikum selamat bertemu kembali ya..hari ni dah raya ke 4..masih meriah lagi dengan rumah terbuka di sana sini..perut ya ampun dah kembali seperti biasa atau lebih luar biasa selepas berehat selama sebulan kini bila raya terpaksa berkerja overtime dek kerana makanan yg masuk luar biasa quatitinya..he he he..

Tak terlambat untuk saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri maaf zahir dan batin.Terimakasih juga buat pengunjung pengunjung hanimmdzain@blogspot..
macammana raya tahun nie..

Jom kita layan photo photo sepanjang 1syawal ...

 ALYSSA
 AIMAN
 BERSAMA ADIK ADIK

 ABANG SEKELUARGA
 SAUDARA MARA SEBELAH HUBBY
 ANAK ANAK SAUDARA
 MY MUM
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Wednesday 15 August 2012

BISKUT SEMPRIT PELANGI


Assalamualaikum...jumpa lagi ya..

Hari nie dah 26 ramadhan..kejap betul masa berlalu..macammana persiapan raya..dah berapa jenis biskut?...wah mesti meriah nanti balang balang biskut dgn pelbagai rasa..nie belum masuk kek lagi..boleh melentur meja nanti sal berat dgn makanan..ya la mana meriahnya raya kalau tak dihidangkan biskut ..kek dan macam macam makanan..utk tetamu..

Kalau di tanya raya..rasanya 1syawal la yang paling bermakna..kalau diikutkan hati dah tawar rasanya nak sambut raya bermula dari raya terakhir bersama Along 2007 ..apatah lagi bila dengar aja takbir ..runtuh hati nie di kuat kan semangat nie bila ingat kesian Aiman dan Scha yg masih mentah nak faham perasaan mama dan abah..

Ok ok ...jgn sedih sedih kan...Jom kongsi biskut raya nie..Semprit Pelangi mudah..senang dan sedap..jutaan terimakasih utk resepi nie siapa lagi kalau bukan Sifu No1 kita ita masam manis..mohon di kongsi bersama ya..


BISKUT SEMPRIT PELANGI
dari Ita masam manis



250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur 
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard 
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka

Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka

Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang 
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

* jika nak buat yang pelangi, masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan, jika guna acuan semprit yang tekan guna jari 

Selamat Menyambut AidilFitri 2012

Tuesday 14 August 2012

ALFATIHAH





Anakanda tersayang 

MUHAMMAD AZUAN HARRIS BIN MOHD ALIAS
28hb Disember 1991 ~ 14hb August 2007


Thursday 9 August 2012

BISKUT HAMPARAN HATI


Assalamualaikum...jumpa kita sekali lagi..masih lagi dengan mood membaking biskut biskut raya yang berderet dalam list untuk di sajikan di hari raya ini..So far rakan rakan macammana..seronok kan bila kita penat menguli tepung anak anak lagi gumbira menanti biskut siap di bakar..nu..nak jadi juri rasa..

Kalih kalih biskut dah sekeret balang di kerjakan anak anak termasuk lah my hubby...ya la masa ni la depa suka makan biskut raya..bila dah raya..nanti banyak kuih yg di sajikan tak nak pulak makan..sabaq sabaq....

Jom kita intai resepi ke tiga Biskut Hamparan Hati ...woi..nama pun dah sakan mesti rasanya pun meletupkan...hik hik hik..





BISKUT HAMPARAN HATI
majalah Saji Ogos 2012

Bahan A

250gm mentega
100 gula kastor

Bahan B
1 biji kuning telur
1 sdk pes oren

Bahan C
300 gm tepung rose/gandum
50gm tepung jagung
80 gm serbuk badam
10gm susu tepung
30gm nestum/di kisar

Caranya

1.  Masukkan bahan A dlm mangkuk gaul sebati
2.  Kemudian masukkan Bahan B
3. Akhir masuk Bahan C dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
4.  Terap dgn acuan biskut. Letak gula hiasan. Bakar 150 selama 30 minit.





SALAM RAMADHAN

Wednesday 8 August 2012

CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Assalamualaikum....salam rabu...sihat ka ?

Wah biskut lagi...bila dah mula mengukis ini..seronok la pulak...lebih lebih lagi bila biskut yg di bakar menjadi..mula la syok sendiri..kembang sekembang cookies yang sedang di bakar tu...hik hik hik..

Kalau di tanya sapa yg tak suka makan Chocolate Chips Cookies mesti tak ada orang yg angkat tangan..ya....senang mudah semestinya la sedap rangup..tak yah buang duit membeli Famous Amous yg mahai tu..

Jom tengok resepi ya...


CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Bahan-bahan

250gm mentega SCS
70gm gula halus
80gm gula perang
1/2 sdk vanila
1 biji telur
1 biji kuning telur
60gm kacang badam
250gm chip chocolate

Bahan Ayak
300gm tepung rose
10gm serbuk koko
1/2 sdk baking powder
1/2sdk soda bikarbonate
50gm susu tepung

1. Pukul mentege,gula,gula perang dan vanila hingga sebati.

2.  Masuk telur dan kuning telur pukul sebati.

3. Masukkan campuran tepung perlahan lahan sambil di pukul, campur kekacang dan chip coklat, Gaul sebati.

4. Sudukan adunan di atas dulang.

5. Bakar pada suhu 170C 20 minit.


SALAM RAMADHAN

Tuesday 7 August 2012

BISKUT SUJI CORNFLAKES..


Bertemu lagi ..sihat tak rakan rakan semua...harap harap semua ok ya...bila dah masuk pertengahan ramadhan nie rasanya semua kaum ibu lah yang paling sibuk..

Dah berapa jenis biskut dah di buat..mesti senyum tersimpul bila tengok berbalang balang biskut buatan sendiri penuh atas rak ye..jenuh gak nak sembunyi pada anak anak..kalau boleh tu nak perabih semua tak dan le nak tungu raya..bukannya kedekut tak bagi makan tapi dah letih benar nak tungu biskut di bakar..

Kalau ada adik adik di luar sana yang masih tercari resepi biskut jom tengok disini satu jenis biskut suji cornflakes yang memang le tersangat sangat sangat sedapnyaaaaaaaaaaaa..rasanya yang rangup..sujinya memang best giler...
resepi diambil dalam majalah Saji Super Bumper Ogos 2012.



 

BISKUT SUJI CORNFLAKES

Bahan A
150 gm minyak sapi
100 gm shortening
180 gm gula kastor

Bahan B

1 biji kuning telur

Bahan C ( Ayak bersama )

300gm tepung red rose
80 gm tepung jagung
80gm tepung suji
100gm cornflakes yg dikisar halus

Untuk hiasan
Telur kuning
Manik gula hiasan

Putar shortening dan gula hingga sebati masukkan minyak sapi dan putar sekejap

Masukkan Bahan B dan satu semua bahan C

Campur semua bahan C kedlm bancuhan A. Uli adunan hingga menjadi doh

Rehat 15 minit, canai an terap dgn acuan

Sapu telur hias kan dgn manik

Bakar pada suhu 160 selama 15 minit.






Ok jangan lupa cuba ya memang best..

Bye Bye..

SALAM RAMADHAN

Monday 6 August 2012

PUDING ROTI


Assalamualaikum...apa khabar rakan rakan semua..maaflah ye..tuan tanah tengelam timbul...tak sempat nak mengupdated N3..semuanya kita sorang aja nak buat..yang sempat buat mengintai dapur rakan rakan untuk mencari juadah untuk di hidangkan..kadang kadang letih gak..kita yang kena cari menu, kita yg ke pasar ..sudah tentu kita yg masak..sampai bab menbasuh pinggan mangkuk pun kita..juga la ye...anak dara yg sorang nie ada juga tolong ..boleh lah....

Bukan senang nak jadi ibu mintali nie...sabar sabar...

Jom tengok apa menu pencuci mulut kali nie..nampak tak rama rama berterbangan di dapur saya..Puding roti..rasanya semua dah pandai buat kan..tak pa la..saya hidangkan resepinya sekali buat adik adik yg baru berjinak jinak ke dapur nie..masa bulan puasa nie le sesuai..sekali belajar memasak..sal semuanya nampak sedap..perut orang lapar katakan..





PUDING ROTI

5 keping roti gardenia
agar agar tali agak agak segengam
1 cwn gula
1 tin susu cair
1sdk esen vanilla
pewarna ikut suka 

Masak agar agar hingga hancur..masukkan gula..masak lagi hingga gula sebati..dalam blender masukkan roti yg dikoyak koyak bersam susu cair..kisar hingga hancur..tuangkan dlm periuk agaragar tadi ,..masak hingga semuanya sebati...masukkan esen vanilla..tutup api..

Bahagikan puding mengikut berapa warna yg kita suka..lepas tu tuang dlm loyang berselang seli hingga puding habis..sejukkan dlm peti sejuk..Taraaa....dah siap...



SALAM RAMADHAN

Thursday 2 August 2012

STRAWBERRY NUTTY BERRY COOKIES


Alhamdulilah bertemu lagi kita pagi nie...sihat ka?


Kadang kadang bila masuk jam 11 pagi aja mesti terasa pening kepala kejap..walaupun tiupan aircond atas kepala nie dok meniup sakan...tengok cuaca kat luar panas lit lit org kedah kata...ya la bila keja luar nie mula lah penyakit segan tu mai...


Wah di sana sini kaum mak mak sedang sibuk menyingsing lengan mengukis....bila dok kat dapur aja terbau haruman biskut dlm oven..wangiii...semangat tiba tiba aja datang bagai semua perkara dah tak dan nak buat..hari ni dah 13 hari kita posa..kita mak mak ni bagai menteri semuanya kena prepare..baju raya..kuih raya..duit raya..rumah raya...bak kata semua ..la...bukannya apa takut takut ada yg tertinggal..


Boleh dikatakan bila masuk pertengahan Posa ni semangat raya dah mai dah.....ring phone pun dah tukaq lagu raya..lappy kat office pun dok pasang lagu Ahmad Jais semangat tau ..bile dengaq lagu lagu raya versi lama nie..


Ni ha..jom tengok biskut raya terbaik nie...Strawberry Nutty Berry Cookies..sesedap namanya..memang best..yang penting kurang manis..



Projek percubaan..kena tambah lagi ...woi..memang sedap dengan rasa kacang badam panggang dan coklat strawberrynya..



Ok bye bye..jumpa lagi ya...sapa sapa yg tertawan dgn biskut nie jemputlah mai rumah raya nanti ya..boleh rasa kita bagi sekali dgn resepinya ya...

SALAM RAMADHAN

Wednesday 1 August 2012

TUNA PUFF


Bertemu lagi untuk ke sekian kalinya..maaf di pohon ya ..kesuntukkan masa membataskan saya mengupdated blog kesayangan ku ini..Apa khabar rakan rakan semua..harap semuanya sihat sihat sahaja.


Macammana puasa so far?..Alhamdulilah ...


Pernah dengar tak ..kadang kadang semasa bulan puasa nie..ada juga penyakit sembuh dik kerana berpuasa dan ada juga penyakit datang  kerana berpuasa..ye le bila siang tak makan dapat le kurangkan lemak lemak di badan..but bila berbuka pulak di gasak dengan pelbagai menu manis ada pedas ada..semuanya masuk..jom kita kongsi sedikit info tentang penyakit yang sudah famous di kalangan kita yg sukakan manisan..



Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?

Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.

Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.

Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatikan gambarajah di bawah ini:







3 Jenis Diabetes yang Utama

Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

-    Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

-    Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.
Diabetes jenis 1 dan 2 dapat dibezakan seperti berikut:


Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlakuu tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk.Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahunTejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkanTerjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manisMempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesityKejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang seriusMerupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulinKebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)


-    Kencing manis jenis Semasa Mengandung


Rawatan penyakit kencing manis


Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan.  Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1.    Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.


Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
-    Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
-    Mengawal paras gula dalam darah.
-    Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
-    Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:

-    Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
-    Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
-    Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.

Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
-    Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
-    Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
-    Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
-    Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2.    Senaman secara sederhana setiap hari


Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3.    Ubatan dan Insulin


Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.

Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.

Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

Sumber  Google ( Diabetes & Kencing Manis)




Sedikit info ya tentang penyakit kencing manis untuk renungan bersama..Opss menu hari ni Tuna Puff simple but  sangat sedap..resepi..boleh search di dlm blog saya ya..


Jumpa lagi sok ya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...