THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday 30 May 2012

CUCUR JAGUNG MANIS


Selamat Pagi semua..pagi ke tengahari nie...dah dekat makan tengahari ..eh eh..tak baik tau..ingat orang baru bangun tidur ka?..kita walaupun cuti sekolah bangun tetap waktu yang sama..dah macam alarm clock dah mata nie...5.30pagi aje  dah jaga...


Tak tak marah..:))..nie ha..bangun aja pagi tadi teringin nak makan cucur jagung manis..kat rumah nie kalau yang manis kurang le sikit ..kalau cucur jagung yg letak udang besor besor tu laju aja habis....


Buat bancuhan dulu..kemudian perapkan sekejap dlm 1jam...keluar kejap beli paper..tengok pokok pokok tanaman kat rumah nie..almaklum la kita kan cuti...ada lagi 1 hari..tau esok jumaat baru kerja balik...


Jom kita tengok resepi yg simple bagi adik adik yg baru berjinak jinak kat dapur nie..mana nak tau sok sok ibu mertua minta buatkan..




 CUCUR JAGUNG MANIS


2 tongkol jagung 
1 biji bawang besar potong halus
2 cawan tepung gandum
secubit garam
secubit soda bikarbonat
secubit baking powder
2sdb gula.
1cwn air sejuk


2cwn minyak utk goreng cucur


Gaul sebati semua diatas...perap sekejap dlm 30 to 1 jam..Kemudian bolehlah di goreng hingga kekuningan.
Dah boleh dihidangkan..




Angkat aja dari kuali terus snap gambar..Panas panas nie..sedapppp...


Jumpa lagi nanti ya....Bye..lv u all....................

Monday 28 May 2012

Wah.....bestnya ...Tour di Ladang Bunga Cameron Highland

Assalamualaikum 

Aduh rindu benar pada semua sahabat sahabar blogger semua..baru beberapa hari tak mengupdated rasa macam bertahun meninggalkan dunia blog ini.

Ha ...apa khabar semua..mesti semua sihat dan ceria selalu..actually tuan tanah ni kurang sihat..bila dah berada atas tanah tinggi ni cuaca sejuk mendorong mata ni asyik layu aja..al maklum cuti kan..mestilah membalas dendam tidur secukupnya..bangun aja..mulalah kepala ni berdenyut denyut membawa sampai ke rumah..ye le biasanya mana pernah tidur siang..pengajarannya jangan ikut nafsu tidok..

Ok ..bukan sekali bukan dua kali dah banyak kali percutian yg dipilih utk cuti sekolah kali ni ..kemana lagi kalau bukan Cameron Highland LAGI..nak buat lagu mana pilihan anak anak..Kali ni percutian di CH dipenuhi dgn acara melawat Ladang Bunga..memang teruja benar kami sekeluarga.

Selalunya kalau kat CH..nak tengok bunga kalu..kat pasar aja le..tapi kali ni kami berpeluang melawat ke Ladang Bunga yang biasa jarang benor orang ramai dibenar melawat terus ke Ladang..rezeki kami kali ni ada kawan yang sudi membenarkan kami melawat ke ladang-ladang kepunyaanya.

Jom kali ni saya nak bawa semua pembaca ke Ladang Bunga Cameron Highland..opsss kalau ada yang berkenan tu petik aja..FOC..:)))))


 Ni model tak berbayar...asyiknya...ada bau ke Scha...


 Cantik 


 Segar...

 Merah...


 Aiman dan Alyssa..enjoy..

 Cantinyaaaaaaaaaaaaaaaa



Apa lagi dapat dikatakan subhanaallah...cantiknya ciptaan mu...
 Thanks my Hubby..love u so much...cakap aja nak kemana sampai le kami sekeluarga jiwanya suka tengok ciptaan Allah ..dunia yang luas ni..


Yang ni paling cantik..kekwa putih cantik sangat macam modelnya..sweets...




 Kekwa di letak jala agar bunga tak rosak..


 Mamat ni pandai mengubah bunga..sempat sambar bunga fresh dipetik terus dari Ladang harga wow...tak percaya...murahnyaaaaa...:)





 Bunga Tulip sekali tengok macam bunga plastik

 Pemandang Ladang Teh...sejuk mata memandang...


Tara...............Alyssa..dah macam gambar hindustan le pulak..Kaho na Phia...

Ok hope u all enjoy the photo....

Jumpa lagi esok..DAAAAAAAAAAAAAAA:)

Thursday 24 May 2012

APAM MINI PELANGI CINTA







Selamat berhujung minggu bagi kami yang di Alor Setar ni..esok dan sabtu off day.....bagi anak anak sekolah pulak ...yahoo..cuti 2 minggu dah bermula...mula lah ibu ibu berperang sakan ya..


Mana nak ke pejabat mana nak sediakan makan minum anak anak di rumah..oh bertambah la kerja ya...bukan senang nak jadi ibu mithali ni..demi keluarga .penat di tolak ke tepi keluarga di dahulukan..Mesti ada yang telah merancang percutian bersama keluarga..


Bagi saya..double YAHOOOO..:)))) bercuti selama satu minggu bermula esok gak...Ha...nak kemana?..nama pun cuti tak bestlah kalau dok kat rumah kan..mestilah relax serelax nya..


Tunggu tunggu mesti share dgn semua di sini nantikan...kemana percutian kami sekeluarga nanti...sabar ya....yang penting nak try berapa laju kereta baru saya tu boleh pecut...he he he..


Ok nak kongsi menu apa hari ni..Ni ha..Apam Mini Pelangi Cinta....amboi sakan nama resepinya....menu berbuka puasa saya petang semalam..senang cepat sedap..Jom kita share resepinya..





APAM MINI PELANGI CINTA


Bahan-bahannya




2 biji telur
1 cwn gula halus
1 cwn tepung gandum* (ayak bersama baking powder)
1/2 cwn santan pekat
1sdk ovalett
1sdk baking powder
suku sdk garam halus
perasa pandan.oren.strawberry.(pewarna hijau,oren,merah)


Pukul telur hingga gebu..masukkan gula pukul lagi..masukkan ovalett pukul hingga kembang..masukan santan dan tepung gaul sebati..


Bahagikan adunan kepada 3 ..kemudian letakan perasa yang disukai..kemudian masukkan kedlm acuan di kukus selama 10 minit..Sejukkan dah boleh dimakan..


Senangkan..





Sedap gak di makan dengan kelapa parut ..atau sos kastard ..or coklat..Nak tahu rasanya macammana..mesti cuba ya..ala..senang sangat 15 minit aja dah siap..

Ok jom kerja ya..dok mengadap lama lama lappy ni mulalah penyakit males tu datang..

Jumpa lagi ya...

Wednesday 23 May 2012

LEMON - 10,000 times stronger than Chemotherapy - (Informative)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Some info to share with all of u....
Sharing is Caring……..please read….



hello!!! just want to share this good information

10,000 times stronger than Chemotherapy.
-
Well - what a remedy for the disease unbelievable - There is no harm just
drinking this water as a normal water, day to day.?
 
Please pass this on to your family and friends.

   


Just cut 2-3 thin slices of lemon in a cup/container and add drinking water will become "alkaline water",
drink for the whole day, just by adding drinking water.  Take it as drinking water everyday is good for everybody.
The surprising benefits of lemon!
I remain perplexed!

================================

Institute  of   Health  Sciences,   819 N. L.L.C. Charles Street   Baltimore  ,   MD  1201.


This is the latest in medicine, effective for cancer!
Read carefully & you be the judge

Lemon (Citrus
) is a miraculous product to kill cancer cells .
 
It is 10,000 times stronger than chemotherapy

 
Why do we not know about that?
Because there are laboratories interested in making a
synthetic version that will bring them huge profits.
You can now help a friend in need by letting him/her know that lemon juice
is beneficial in preventing the disease.
 
Its taste is pleasant and it does not produce
the horrific effects of chemotherapy.
 
How many people will die while this closely guarded secret is kept,
so as not to jeopardize the beneficial multimillionaires large corporations?
 
As you know,
the lemon tree is known for its varieties of lemons and limes.
 
You can eat the fruit in different ways:
you can eat the pulp, juice press, prepare drinks, sorbets, pastries, etc...
It is credited with many virtues, but the most interesting is the effect
it produces on cysts and tumor.
 
This plant is a proven remedy against cancers of all types.
 Some say it
is very useful in all variants of cancer .
It is considered also as an anti microbial spectrum against bacterial infections and fungi,
effective against internal parasites and worms,
it regulates blood pressure which is too high and an antidepressant,
combats stress and nervous disorders.
 
The source of this information is fascinating:
it comes from one of the largest drug manufacturers in the world,
says that after more than 20 laboratory tests since 1970, the extracts revealed that :
It destroys the malignant cells in 12 cancers
including colon, breast, prostate, lung and pancreas

 
The compounds of this tree showed 10,000 times better than the product Adriamycin,
a drug normally used chemotherapeutic in the world, slowing the growth of cancer cells.
And what is even more astonishing:
 
this type of therapy with lemon extract only destroys malignant cancer cells
and it does not affect healthy cells.

Institute  of   Health  Sciences,

819 N. L.L.C. Cause Street ,   Baltimore , MD1201

===============================================================





       Remember to share with your family and friends.
        Sharing is Caring……..please read….





Monday 21 May 2012

SOTONG GORENG KUNYIT LADA HITAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Selamat bertemu kembali...dah lewat malam baru boleh mengupdated entry hari ni..biasalah hari Isnin bermula minggu baru banyak lah kerja perlu di selesaikan ..walaupun lambat semangat nak masukkan menu hari ni berkobar kobar..


Sotong Goreng Kunyit Lada Hitam..mesti semua rakan dah biasa dgn resepinya kan..menu ni sedap di makan dengan nasi putih atau nasi beriyani..Hari minggu yang lepas saya hidangkan untuk Aiman dan Alyssa utk makan tengahari..balik aja sekolah buka tudung saji Aiman dah siap dgn semangkuk nasi ..melantak tak ingat..memang menu kegemaran anak anak kan..Jom kita semak resepi yang simple ni...





SOTONG GORENG KUNYIT LADA HITAM




1 kilo sotong
1sdb kunyit 
1sdk garam 


semua digaul sebati..


Bahan tumis
2 labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
Cili hijau @ cili merah ..cabai melaka pun ok potong halus halus
2sdk lada hitam di tumbuk halus.
2sdb minyak masak.


Rebus sotong yang digaul kunyit hingga masak. masukkan minyak..bila minyak panas tumiskan bahan tumis tadi hingga garing..perasakan dgn garam dan sedikit kicap manis..Dah siap..senangkan.. 


Nak tahu sedap ka tak mesti kena cuba ya....



Ok..jangan lupa ya..esok dah 1 Rejab..jom kita sama sama puasa sunat esok ya...


Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Saturday 19 May 2012

RED VELVET CAKE..khas buat NANA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat berhujung minggu....bestkan bila seharian dapat duduk kat rumah..dapatlah rehat serehatnya...bagi yang berkerja macam saya ....Dok..tengah buat apa tu?..dah minum petang..kalau masih tercari cari menu petang ni apa kata jom kita baking..


Red Velvet Cake..permintaan Nana anak saudara..yang tinggal nun jauh di Utara  Changlun Kedah teringin nak makan.....so maka terjadilah menu hidangan petang ni...senang aja nak buatnya..kalau di ikutkan dari pembacaan saya banyak cara untuk resepi ni..ada yang mengunakan minyak or butter..ada tidak mengunakan telur..ada juga yang mengunakan yogurt..bermacam macam resepi ikut selera dan kemahiran masing masing lah ye..yang penting kek ni memang lembab..gebu dan sedap sangat di tambah pulak dengan cream cheese memang mantap...


Nana lepas ni bolehlah belajar buatkan..senang aja...


Jom kita semak resepi ni olahan saya sendiri..



RED VELVET CAKE
OLAHAN hanimmdzain@blogspot


A.


2 cwn tepung gandum
1 sdk baking powder
1/2 sdk soda bikarbonat
1/2 sdk garam
1sdk serbuk koko


semua di atas diayak 2 kali.


B.
2 biji telur
1cwn gula halus
1cwn yogurt asli
1 cwn minyak
1sdk esen vanilla
1sdk cuka makan
2sdk pewarna merah terang


Putar B semua diatas hingga kembang..kemudian masukkan bahan A..gaul sebati ..masukkan adunan kedalam acuan di sukai bakar selama 30 minit dgn suhu 170.


250  cream cheese
1cwn gula halus
1sdk juice lemon


Putar cream cheese bersama gula hingga gebu masukkan juice lemon..Bolehlah dihiaskan atas kek.
Sedia di makan..











MERAH.......













Mesti cuba tau jika nak rasa kesedapannya..

Ok sekali lagi selamat berhujung minggu..bagi yang nak berjalan jauh tu hati hati di jalan raya..

Kita jumpa esok ya..

Salam sayang buat semua kenalan baru dan lama terimakasih atau komen-komen semua...

Love U All.......

Friday 18 May 2012

STRAWBERRY AND CHOCOLATE PUDDING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Bertemu di pagi Jumaat yang barakah ini..apa khabar...harapan saya biarlah kita semua dalam keadaan sihat..ceria dirahmati Allah...sentiasa..Dah breakfast...mestilah ye dah dekat pukul 11.00..hari ni lambat sikit mengupdated N3.. agak sibuk sedikit dengan urusan my new car tu..hopefully esok boleh la saya melaram dengan keta baru..hik hik :))

Ok ok kena laju sikit menaip ni..sat gi bos dah call for a meeting..macam ni la department sales..asyik target target..mesti kena belasah nanti..

Nampak tak pudding I yang berseri seri tu..PINK colour you..strawberry u ...with bar of chocolate..apa macam...ok tak??.. ok la you all layan dulu photo photo tu atau kalau ada yang teringin tu sudi sudika la ambik semangkuk...

Resepi nya sekejap lagi I updated kan ye..



                               


Thursday 17 May 2012

APAM PUTRI AYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Dah hari Khamis...kejap aja ya..Apa khabar pagi ni..masih sejuk ke...sejuk tu malas le nak keja hari ni..ka??


Ya la kadang kadang hari segan sedunia tu datang le sekali sekala..apa nak buat kata cerita Labu dan Labi.." Selagi mata belum pejam keja keja keja....."...


Dah sarapan ka..atau masih dok tercari cari kawan nak ajak pi breakfast...Kalau yang kat rumah tu apa kata hari ni kita buat Apam Putri Ayu..actually dah banyak kali try kejadian apam ni tak secantik hari ni..puji sendiri nampak..tuah tanah kembang semangkuk..


Bila kadang kadang kuih yang kita suka makan tu terasa le nak cuba buat sendirikan..Jom kita semak resepi yang diambil dari my resepi..nuirisyah terimakasih kerana sudi kongsi resepi yang sedap ni..minta di izinkan bagi saya berkongsi dgn rakan taulan di luar sana..




APAM PUTRI AYU



Bahan-bahan ( 1 Family )

  • 250gm tepung gandum
  • 250ml santan
  • 300gm gula
  • 5 biji telur
  • 2 camca teh ovallete
  • 2 camca teh paste pandan
  • 1 camca teh baking powder
  • sedikit pewarna hijau
  • kelapa putih digaul dengan garam dan tepung ubi

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu. Kemudia masukkan santan, tepung gandum, bakin powder, paste pandan dan perwarna hijau dan kacau lagi hingga sebati.
  2. Sapu sedikit minyak kepada acuan. masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan tepung dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  3. Selamat mencuba!!!!! :)



Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian


Sampai jumpa lagi ...love u all and thanks..my dear friends.....

Wednesday 16 May 2012

AYAM GORENG RANGUP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Haa....malam malam tayang ayam goreng ...apa nak kata..sahih menu malam ni...betoi betoi..memang benar rakan taulan..dah banyak hari permintaan anak dara sorang tu nak makan ayam goreng..so malam ni memenuhi hajat nya..lagi lagi anak dara tu kurang sihat...


Simple aja..tapi sedap..lagi makan panas panas..



AYAM GORENG RANGUP
Olahan hanimmdzain


1 ekor ayam di potong kecil kecil
1 kotak Ayam goreng Adabi..( hik hik hik shortcut )


2 biji telur - di kacau 


Ayam dipotong bersih..mula mula masukkan ayam dalam telur..kemudian masukkan pulak dalam tepung goreng adabi..goreng dalam minyak panas..


Agak garing.angkat ....tara..dah boleh makan..







Sedap ni..makan panas panas...



Tuesday 15 May 2012

CHOCOLATE HAZELNUT SLICES

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bertemu lagi ya..apa khabar rakan rakan semua..dah sarapan..bila diam sebentar memikirkan masa yang berjalan begitu pantas...takut pun ada..ya la..tertanya diri sendiri apa yang telah di pelajari..pengalaman apa yang ada .cukup ka..bekalan yang akan di bawah balik nanti...rasanya banyak lagi yang perlu di kejar dgn masa yang begitu pantas meninggalkan kita...

Ok la... rakan rakan semua hari ni nak kongsi lagi satu resepi kek yang sedap ringkas ..Chocolate Hazelnut Slices yang di ambil dari Allrecipes.co.uk.   Jom kita tengok bahan bahannya.

CHOCOLATE HAZELNUT SLICES

Ingredients

Makes: 80 depending on size
  • 250g butter, softened
  • 250g caster sugar
  • 6 eggs
  • 250g dark or milk chocolate
  • 250g hazelnuts or almonds, chopped
  • 100g plain flour

  • For the Topping:
  • 200g milk chocolate, melted and cooled
Preparation method

Prep: 15 mins | Cook: 30 mins


Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Sampai jumpa lagi Daa..............................................................................love u all

Monday 14 May 2012

FRESH MIXED FRUIT COCKTAIL WITH CHOCOLATE CHIP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Salam Pagi Isnin..salam ceria buat semua rakan rakan yang di sayangi..apa khabar pagi ni...sihat??..kurang sihat?? jgn tungu ya..cepat cepat makan ubat...mula lagi minggu baru bagi bulan mei ini..cepat aja masa berlalu..tup tap tup tap dah nak masuk setengah tahun..

Bagaimana cuaca di tempat anda..kat Alor Setar ni cuaca agak panas..bila dah panas panas ni mula la mencari resepi resepi yang sejuk sejuk..Ok jom kita makan cocktail..ala..bukan nak makan pagi pagi ni..sat gi after lunch le...sedapnya..rasa buah buahan dan lemak manis susu cair tu..ni memang feberat saya selamanya...




FRESH MIXED FRUIT COCKTAIL WITH CHOCOLATE CHIP
olahan hanimmdzain@blogspot


1 tin susu cair
120ml fresh apple juice

Buah buahan tembikai , kiwi, strawberry , berries ,sedikit selasih , nata de coco , atau apa jua buah buahan yang anda suka..

20gm chocolate chip untuk hiasan.

Masuk buah buahan dlm cawan than tuangkan susu cair dan fresh apple juice..kalau suka letak air gula ..dan masukkan sedikit ais batu..dah boleh di makan sejuk sejuk..Bestkan..







Mudah ...senang..cepat dan pastinya sedap...



Ok selamat berkerja ya..kita jumpa lagi esok ya....love u all.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...