THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Saturday, 31 December 2011

Happy New Year 2012

Bismillah....

Untuk semua pengunjung hanimmdzain@blogspot..selamat menyambut tahun baru 2012 semoga tahun baru ini menjanjikan seribu kejayaan..berjuta juta kegembiraan...dirahmati Allah s.w.t..

Happy New Year...

Weekend with family

Bismillah..

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu...apa rancangan hari ini.....anak-anak dah bersedia nak ke sekolah.....minggu depan  bagi kami di utara 3hb adalah permulaan persekolahan...

Hari ni adalah entri terakhir bagi tahun 2011..banyak lagi yg perlu Sy pelajari dlm melayari dunia berblogging ini..insyaalah usaha tetap diteruskan bagi tahun depan..

Tiada entri masakan untuk ari ni...

Jom kongsi bersama aktiviti Sy sekeluarga sempena hujung minggu...




Jom main Stunt Kite..
father and sons dok pasang...kite...


       

 Angin cantik sangat.....bertiup kencang..


 mai mai nak minum ayak apa...singgit satu..ayak tembikai ada..teh bunga ada milo pun ada..mai mai


 teringin pulak tengok nugget ni...


 

 eh eh..aiskrim la pulak..nak rasa nak rasa....sedapnya...pakcik ais krim satu 


  
Alyssa and Amir baru dapat phone baru...tak le berenggang le...





 tinggginya layang layang tu...anak dara sapa la nie...


 
my two boys...love u....




sekadar renungan


Ingatlah, Allah s.w.t mengajar dan memujuk kita tentang sabar,berbaik sangka dan terus berusaha menerusi mafhum firmannya "kecuali orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh,maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar." (surah Hud 11:11)


Jumpa  lagi .................ditahun depan ya...2012


Selamat Tahun Baru.2012.untuk kalian semua yg singgah di hanimmdzain@blogspot.....terimakasih....

Thursday, 29 December 2011

WHITE CHOCOLATE CHEESE TIRAMISU

 Bismillah....


Apa khabar semua...ada yg tak sihat ka..kalau kurang baik tu banyak banyak kan lah berehat ya...


Lambat bersiaran untuk hari ni...

Seperti yang dijanjikan Sy hidangkan resepi yg memukau hati..sedap sangat menjadi kesukaan my family..



















White Chocolate Cheese Tiramisu..









































Bahan-bahanya


250gm cheese
50ml susu dutch lady full cream
50gm gula halus


semua yang diatas di pukul hingga lembut dan gebu.


Susun atur biskut kesukaan bersama buah-buahan dalam tin dan diselang seli dengan cream cheese yg dipukul tadi hingga habis.


Hiaskan dengan White Chocalate  dan vanilla or chocolate filling.


Siap utk di hidangkan..

Selamat mencuba ya..hingga bertemu lagi ..bye..

Selamat Hari Lahir Anakku...


Lagu yg Along minta mama masukkan dalam ringtone Along ....


Bismillah.....


28hb Disember 2011 


genaplah usia putera sulung ku Muhammad Azuan Harris 20 tahun...


Along selamat hari lahir..mama doakan Along berbahagia di Syurga Allah...mama tahu Along sedang tersenyum bila selalunya mama akan cium Along bila tiba tarikh ini..


Along...tiada apa yg dapat melupuskan ingatan mama pada semua kenangan bersama Along..bahkan  kian hari kian jauh Along meninggalkan mama makin kuat ingatan dan kasihsayang mama pada Along..


Selamat hari lahir putera ku...mama abah dan adik- adik rindu dan sayang Along selamanya.




Alfatihah buat anak ku 
Muhammad Azuan Harris Bin Mohd Alias 
28hb Disember 1991 - 14hb August 2007.


hanimmdzain@blogspot

Monday, 26 December 2011

Grilled Steak with Peppers Sauce..


Bismillah...


Hari ni adalah hari kalut sedunia bagi Sy....penat..sangat..


Bermula dari awal pagi Sy dah berada di sekolah Alyssa untuk menguruskan buku-buku sekolahnya..selesai di sini..Sy berkejar pulak di sekolah Aiman..membeli semua peralatan sekolah..


Balik rumah masak pulak untuk makan tengahari..selesai lunch..Sy berkejar pulak ke tuition class for Aiman..bayar registration fees..for next year class...


Petang dah ada pulak appointment dengan guru tuisyen Alyssa..check schedule for 2012..selesai..balik rumah ...


Aduh penat sangat..bila anak-anak nak kembali ke sekolah kita ibubapalah yg amat sibuk mengatur kembali jadual mereka..


Walau penat bagaimana sekali pun tanggungjawab sebagai ibu bapa tetap kita laksanakan dengan sepenuh hati..


We love them so much...


Ok..dah makan malam...tonight Sy hidangkan a very simple dinner for my family Grilled Steak with Peppers Sauce..resepi yg amat mudah disediakan cepat tetapi menjadi kegemaran anak anak sepecially my hubby..


Resepi ni dihidangkan bersama kacang panggang ..sedikit ketang goreng dan telur separuh masak..
Daging di grill bersama pepper sauce ..ditabur oregano dan times leave..


Ok walau di manapun  anda berada untuk makan malam tonight..enjoy the dinner ya..

Sekadar renungan..


Firman Allah bermaksud.
" Mereka duduk di atas tilam-tilam yang isinya daripada sutera(dan sedang duduk-duduk)mereka memetik buah-buahan syurga kerana dekat"  surah al-Rahman 55:54.




hanimmdzain@blogspot

Sunday, 25 December 2011

Rainbow Blueberry Cheese Cake..buat tetamu jauh...




Bismillah..

Merry Christmas and Happy New Year for those yang menyambutnya hari ni...dan tak tak lupa yang sedang bercuti..selamat bercuti..hati hati ya..bila memandu tu..ingat orang orang yang tersayang...

Selepas bercuti panjang minggu lepas hari ni saya bersama keluarga tak kemana hanya relax relax kat kat rumah..sahaja..kebetulan semalam adik tersayang pulang ke kampung bersama keluarga..jadi hari ni kami ramai-ramai berhimpun di rumah Sy..

Sebetul nya rindu nak memasak ni dah tak tertahan-tahan..jadi saya mula beroperasi membuat kek yg dah Sy sediakan bahan-bahannya sebelum cuti hari tu..For the first time..I manage to make my own birthday cake..sebelum ni my hubby always beli aja yg siap utk kami sambut or he will send to my office..selain dari kek Sy juga hidangkan mee goreng basah..pizza special, coktail tiramisu..and ribena juice...will share the photo taken later ya..

ok tak sabar nak tunjuk kek yg best ni........



Tara.......jgn jelous ye....


Nak tengok lagi...




Ops senyum tak henti henti....Rainbow Blueberry Cheese Cake...rasanya yg lemak manis...jem blueberry yg terangkat...dan semestinya cheese fillingnya...aduh..memang class rasanya....


jom kita tengok resepinya...











Bahannya..

200gm tepung superfine
210gm gula halus
3 biji telur
1sdk baking soda
1 sdk soda bicarbonat
1 sdk esen vanilla
1cwn canola oil
1cwn susu pekat manis
1cwn air panas
3 jenis warna pink,blue,orange.








 Do It


1. Ayak tepung bersama soda dan baking powder.letak di tepi.


2. Putar telur ,gula hingga kembang.masuk esen vanilla


3. Than masukkan tepung sikit2. gaul hingga sebati.


4. Tambahkan minyak dan air panas dan susu pekat manis gaul lagi.


5. Bahagi adunan sama banyak kepada 3 bahagian.masukkan warna blue,orange dan pink.


6. Kukus dlm loyang 6 inci satu satu selama 30 minit.


7. Selepas kek sejuk .lapis setiap satu dgn blueberry jem.


Utk fillingnya..


250gm cheese *
210 gula halusn*
50ml susu penuh krim dutch lady*


* putar hingga kembang dan sebati hias ikut citarasa masing masing..








 Thanks adik..nanti mai lagi ye....









Pricess Najla...bestnya kek birthday ni..sapa punya maktam.....
Love u Najla......



hanimdzain@blogspot

Friday, 23 December 2011

JOM MAKAN DURIAN ......cuti day 6 and end day....

 Bismillah....


Awal awal pagi dah tunjuk buah durian....eh sedapnya....sapa yang tak suka makan durian....ruginya...Raja segala buah ni memang menawan hati siapa aja....


Selamat bertemu utk sekian kali...ari ni day ari ke 6  ..........                   22hb Disember 2011.... kami sekeluarga bercuti-cuti Malaysia...dah nak sampai ke penghujung nya...Hari ni kami berada di Pulau Pinang....bila berada disini seharusnya lah kena merasa durian Balik Pulau yg amat terkenal dgn berbagai jenis dan keenakkannya...


Durian di sini amat lain rasa nya kerana penjagaannya yg amat rapi dan baja yang digunakan adalah yg terbaik..setahun buah-buah disini akan berbuah sebanyak 6 kali..bermula Januari hinggalah Disember...


 Ada berbagai bagai jenis buah durian antaranya dikenali Champian, Datuk, Datin, D14 , Kuh Poh , Udang Merah ..Durian kampung..Kunyit..dan mcm mcm lagi....
 Father and Sons dok melantak...
Jenis Kuh Poh rm35 sekilo..isi warna kuning..
 Sedapnya...
 Udang Merah sekilo rm 30..

Bagi kami Udang merah adalah yang terbaik rasanya yg lemak manis..uh...sedapnya..............
4 biji buah dengan harga rm90.00 memang berbaloi..... 




 Siapa yg teringin or dah menitik.nitik air liur tu datang lah arah sini ye..ikut aja Balik Pulau jumpalah peniaga-peniaga yg menjual ditepi-tepi bukit...

 Lepas makan ronda-ronda ..bergambar kejap kat Empangan Teluk Bahang..



Actually banyak lagi tempat-tempat menarik di Pulau Pinang ni dapat kita kunjungi..spt Bukit Bendera..Pantai Batu Feringgi..Butterfly Farm..pada bulan Disember akan ada Pesta Pulau Pinang yg terkenal dengan barang-barang yg di lelong dengan harga amat murah....dan lain-lain lagi..oleh kerana kami selalu berkunjung di sini trip kali ni kami hanya berehat di tempat penginapan..sahaja..

END DAY of CUTI-CUTI MALAYSIA for year 2011...17 to 23 Disember..




Ok finally Jumaat 23hb Disember we still at Penang ..hari ni do bersiap-siap  to check out..dah rindu sangat pada Labu and Chombi..my cat..oh by the way..cerita Chombi dah selamat melahirkan 4 ekor anak merangkap cucu-cucu pada Sy le..tunggu ye akan Sy masukan gambar-gambar mereka nanti..rindu pada kerja...rindu pada rumah...sebenarnya rindu pada dapur..he he...


Ok sehingga bertemu lagi....terimakasih yang tidak terhingga kerana sudi melayari blog Sy...salam perkenalan di alam maya..








hanimmdzain@blogspot



Wednesday, 21 December 2011

Pangkor Island......day 5

 Bismillah....


Hari ni 21hb..kami dah berada di Pangkor Island.  nama Pangkor diambil dari seorang yg dikenali sebagai Chen Pang Khor .. ..selamat sampai petang semalam menaiki bot dari terminal Marina Island yg hanya memakan masa 10 minit sahaja ke Pangkor..Terminal ini baru dibuka selepas puasa tahun ni..masih ramai yg belum tahu lagi jetty ni dah beroperasi..sebab tu la tak ramai yg melalui jetty ni...masih ramai yg mengunakan jetty Lumut yg akan mengambil masa 45 minit ke Pangkor..so siapa yg bercadang nak ke sini jangan lupa ya..Jetty Marina ..kemudahan menyimpan kereta yg besar memudahkan kita hanya rm5 dicaj untuk 1 hari..



Di Pangkor kami menginap di Anjungan Resort yg terletak di Teluk Nipah..resort yg baru dibuka dengan bilik yg cantik ..harga bagi satu malam rm300.bagi 1 katil queen dan 2 katil single..cukup la bagi kami 4 beranak..

Kemudahan kolam renang yg disediakan membolehkan Aiman dan Alyssa berendam seharian..



Tarikan di Pangkor kita dapat melihat sejenis burung yg dipanggil Burung  Hornbill @ burung Enggang . Pada jam 6.30ptg kita boleh melihat burung ni turun kebawah dgn sendirinya ... kita dapat memberi makan burung-burung ni depan mata..pengalaman unik yg belum pernah Sy alami...

 


Aiman tengah seronok bagi burung tu makan..pisang 





Satu lagi kemestian yg mesti kita lalui di Pangkor Island..snorkling di Pulau Gaim..hanya di hadapan Pangkor Island ..untuk kesana kita dikenakan caj rm15 utk seorang..jika nak melawat pulau pulau disekeliling caj utk sebuah bot besar bagi 4 orang dikenakan caj rm100 bersama snorkling set...


sempat lagi posing nak ke sana..


Nampak tak batu tu seakan kepala buaya.....


atas bot..



nak turun kelaut..
Alyssa dok pegang tangan abah ..takut..
Aiman ...akhirnya dapat gak merasa snorkling....budak pandai berenang buang kat laut pun no hal..
tak habis habis lagi anak dara and  Abah dok pebetul snorkling set...


End day to Pangkor Island melawat galeri..yg ada disana...



Dalam kul 1.30 ptg kami bertolak balik ke Jetty Marina...continue our trip to Pulau Pinang from Lumut...Pantai Remis...Taiping...dan terus sampai ke Pulau Pinang.....dalam pukul 5.00 petang...


Ok..will continue tomorrow our holiday at Pulau Mutiara...                 .c.... u..... all ......

hanimmdzain@blogspot.com..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...